Sierra keluar dari Private Training Room bersama beg sandang dibahu kanannya. Pintu bilik itu ditutup dengan penuh hemat supaya tidak mengejutkan Claire yang masih lagi berlatih di dalam.
Jika dia menghempas pintu itu, silap haribulan Claire tertusuk pedang yang dipegangnya pada mana-mana bahagian akibat terkejut.
Claire ni seorang yang cepat terkejut. Itu agak bahaya sikit jika nak ganggu dia ketika dia berlatih. Kalau pedang tu terlepas dari tangannya, tak apa lagi. Tapi kalau dia tersalah halakan pedang itu pada si pengusik, boleh mati orang tu.
Dalam kata lain, padan mukalah orang tu. Suka sangat mengusik orang, kan dah mati– okay, gurau je.
Laluan kaki lima bangunan department-nya itu dilalui. Tanpa disedari, ada sejambak bunga ros dihadapan matanya kini.
Dia mengangkat wajahnya untuk melihat bunga ros itu. Cantik, berwarna merah dan merah jambu serta ada sekeping kad kecil berwarna putih yang terselit diantara bunga-bunga itu.
Kad itu diambil dan dibacanya.
To: Sierra Clelia Emersyn
Hope you like this little gift. It symbolises our friendship and I wanna see you smilling again. Don't forget to smile and live a happy life. You're really pretty especially when you smile. Take care!
Sincerely,
You-know-whoSierra menggeleng kecil tatkala membaca kad yang terselit itu. Tengok gaya penulisan pun dia boleh kenal siapa gerangan yang berinya bunga itu.
Tanpa ragu-ragu, dia mengambil bunga itu dan membawanya bersama menuju ke Aquila Dormitory.
Blaze yang menyorok di belakang tiang berdekatan dengan lokasi Sierra sebentar tadi tersenyum girang.
"First move, done!" Monolognya bahagia. Dia kemudiannya berlalu dari situ.
Senyumannya tadi tidak lekang dari bibirnya. Bahagia sangat.
...........
Aryana membuka aplikasi Instagram-nya setelah hampir 3 minggu dia tidak aktif dalam aplikasi itu.
Gambar lamanya, yang tersimpan dalam galeri gambar disunting sedikit sebelum ianya dihantar ke dalam akaun peribadinya bagi laman sosial tersebut.
aryanarose_ i wish i could watch the sun set with you <3
Tak sampai beberapa minit, dia pun telah memunggut hampir 200 likes dan 102 comments.
Hanya senyuman yang mampu untuk dia ukirkan. Tak perlu berbangga pun kalau ramai peminat sebab Sierra lebih ramai pengikutnya.
Ralit Aryana mentatal ruangan explore dalam aplikasi itu, tiba-tiba ada satu dentingan berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.
YOU ARE READING
Second Chance [C]
Teen FictionOrion Sports University Melahirkan ramai atlet yang terkenal di negaranya berada. Sebut sahaja nama Universiti tersebut, pasti dikenali ramai. Aryana Rosè Henderson Seorang gadis yang terkenal dengan sifat nakal semula jadinya. Setiap hari, ada sah...