SC-11

381 21 4
                                    

"Kau buat apa lama sangat dalam bilik air weh!" Laung Aryana dari luar bilik air.

Tak senang duduk dirinya apabila Sarah dah terperap dalam bilik air tu lebih kurang sejam.

Nak kata dia mandi, tak pernah pula dia mandi selama ni. Nak kata dia menangis, tak ada pula bunyi esak tangis.

Kalau menangis pun, sebab apa? Sarah mana ada teman lelaki. Dengan lelaki pun dia tak rapat sangat. Lainlah budak bernama Aryana. Yang tu memang jenis kawan dengan lelaki berbanding perempuan.

Alasan dia? Sebab kawan lelaki ni tak ikutkan perasaan dan sporting. Paling penting tak dramatic!

Sebab kawan perempuan? Dia tak ada seorang pun kawan perempuan lain selain teman sebiliknya.

Kalau dia pergi kelas pun, dia selalu pergi bersendirian. Tak rasa kesunyian pun. Lagi pun dia memang suka buat hal sendiri.

Sarah tak menyahut langsung dari dalam bilik air. Dia fokus untuk mencuci kotoran tersebut. Selagi tak cuci, selagi tu dia buat. Sudahlah tuala kecil itu berwarna putih! Memang bijak sangat sampai jatuh dalam lumpur.

Aryana mencebikkan bibirnya apabila tidak mendengar apa-apa sahutan. Dia kembali ke katilnya semula.

"Dia okay ke?" Soal Erilynn sambil tangannya masih lagi sibuk melukis. Dah hobi nak buat macam mana.

"Okay tu tapi tak tahu buat apa." Jawab Aryana. Dia duduk bersila diatas katil, memandang Erilynn yang masih sibuk dengan lukisan.

Tak dapat tengok pun apa yang dilukis oleh gadis tu sebab katil Erilynn bersebelahan dengan Sarah. Jauh darinya walaupun menghadap dia.

Erilynn dah seminggu lebih berpindah masuk ke dalam dormitory Aryana dan Sarah. Mulanya, memang ada halangan dari teman sebilik Erilynn yang lama tapi Ally, selaku ketua dalam bilik tersebut membenarkan sahaja Erilynn pindah.

Langsung tak ada alasan kenapa dia benarkan. Sebenarnya, Erilynn bersyukur sangat sebab Ally melepaskan dia.

Duduk berlama dalam bilik itu kadang-kadang bertambah serabutnya. Lagi-lagi bila penghuni A-5 suka sangat berpesta tengah malam ketika orang nak tidur. Hilang akal ke apa.

Beberapa minit kemudian, Sarah keluar dari bilik air bersama muka kepenatan. Dahinya yang berpeluh dilap menggunakan lengan baju.

Sudahlah bilik air tu kecil. Panas pula tu. Memang menyeksakan.

Serentak Erilynn dan Aryana berpaling ke arah Sarah tatkala mendengar pintu bilik air dibuka.

"Kau buat apa lama sangat berkurung dalam bilik air?" Soal Erilynn.

"Kau cuci jamban ke apa sampai berpeluh ni?" Sambung Aryana.

Sarah menggeleng kecil. "Taklah  Adalah aku buat kerja sikit." Balasnya tidak mahu memberitahu perkara sebenar.

Aryana merenung mata Sarah dengan tajam. "Gila ke buat kerja dalam bilik air?" Ujarnya.

Alasan langsung tak masuk akal betul si Sarah seorang ni.

Sarah mengulas senyuman janggal. Biarkan je lah alasan tak masuk akal pun asalkan dia ada alasan.

Aryana yang masih tak puas hati dengan alasan yang diberikan oleh gadis itu segera berlari anak menuju ke bilik air. Meninjau apa yang dibuat gadis berumur 18 tahun itu.

Sarah cuba menghalang laluan dan penglihatan Aryana dengan menghadang pintu bilik air tersebut namun apakan daya bila ketinggian Aryana jauh lebih tinggi berbanding Sarah.

Second Chance [C]Where stories live. Discover now