Chapter 60: AO Corporation

Start from the beginning
                                    

"Haider... Bad... Buat apa kat sini? Tak ada kerja ke?" tanya Pn Sarah. Melihat Pn. Sarah yang berada di pintu pejabat Kayla membuatkan Haider dan Bad terus berdiri.

"Baiklah Kayla... Welcome to AO Corporation... Harap you enjoy kerja sini okay" Kata Haider. Dia dan Bad terus meninggalkan pejabat Kayla. Pn. Sarah hanya memerhatikan kedua – dua mereka yang meninggalkan pejabat tersebut.

"Kayla... Jom ikut saya..." kata Pn Sarah. Kayla hanya mengikut Pn. Sarah ke lift.

"Kayla kenal Haider ke?" tanya Pn. Sarah.

"Kenal waktu study foundation dulu je Pn" balas Kayla. Pn Sarah hanya mengangguk.

"Saya nak pesan... Jangan rapat sangat dengan Haider dan Bad... Banyak susah daripada senang" pesan Pn Sarah kepada Kayla.

"Kenapa Pn?" tanya Kayla yang berasa hairan dengan kata – kata Pn Sarah.

"Haider memang anak Tan Sri. Tapi dia tak macam Tan Sri. Dia pegang position Finance Manager pun sebab Tan Sri terpaksa create position tu untuk dia. Kita sekarang ada 2 Manger untuk Finance. Bangga sangat yang dia graduate overseas tapi hampeh satu kerja tak boleh buat. Kalau Kayla nak berurusan kena jumpa dengan En Fahmi. Dia lagi tahu pasal perjalanan kewangan syarikat. Nak minta budget ke? Hantar market research ke? Apa – apa yang melibatkan kewangan syarikat hantar pada En Fahmi" cerita Pn Sarah. Kayla hanya mengangguk apabila mendengar kata – kata Pn. Sarah.

"Bad tu pula?" tanya Kayla lagi

"Bad tu kipas Haider je... Ada kepentingan dia tu... Standard la Kayla office politic setiap orang nak naik pangkat dengan cara masing-masing. Ada yang akan naik pangkat dengan kerja bersungguh -sungguh. Ada yang akan naik pangkat dengan cara mengipas. Bad pula dia bukan pasang kipas lagi, dia dah pasang aircond. Tapi Tan Sri orangnya sangat mementingkan kualiti kerja. So Kayla kerja sini betul – betul. Saya percayakan bakat awak. Buktikan" tambah Pn. Sarah. Pn. Sarah seorang wanita berumur dalam lingkungan lewat 30an. Sangat bergaya, dia selesa berpakaian business formal (Blazzer, Blouse dan black trousers). Seorang yang sangat tegas dalam kerjanya. Mengikut kata – kata staff department Kayla. Pn Sarah sangat mengambil berat tentang staff bawahannya dan pada masa yang sama menitik beratkan profesionalisme kerja. Sebab itu ramai yang suka berkerja di bawah pengurusan Pn Sarah, walaupun dia tersangat demanding dengan tugasnya. Bagi Kayla cara Pn Sarah sedikit sebanyak sama dengan cara bekerja Kak Nasha. Lift tiba dan mereka berdua masuk kedalam lift. Pn Sarah menekan punat butang tingkat 30.

"Tingkat 26 sampai 30 untuk top management... tingkat 30 pejabat pengarah eksekutif, 21 sampai 25 untuk main department AO Corporation macam HR 21, Operation 22, Marketing 23, Finance 25, dan tingkat 1 sampai 5 staff's common area... 6 sampai 20 semua business unit bawah syarikat AO Corporation" terang Pn Sarah dengan panjang lebar. Kayla perlu mengetahui semua ini kerana dia perlu bekerjasama dengan semua business unit apabila dia ingin melakukan tugasnya nanti.

Mereka tiba di tingkat 30, Pn. Sarah keluar dan menegur staff – staff di tingkat 30 dan pada masa yang sama dia memperkenalkan Kayla pada staff -staff berikut. Mereka menuju ke sebuah pejabat yang sama besar dengan pejabat Kayla.

"Aisyah... Tan Sri dah ada ke?" tanya Pn Sarah. Seorang perempuan... jelas Kayla perasan yang dia diawal tempoh kandungan.

"Pn. Sarah... Tan Sri ada didalam menunggu Pn. Sarah. Staff baru ke?" tanya Aisyah mnghulurkan tangganya untuk bersalam. Kayla menyambut tangan Aisyah.

"Ye... Aisyah staff baru... Kayla kenalkan ini Aisyah... PA Tan Sri" Pn Sarah memperkenalkan Kayla.

"Kami masuk dulu ye" kata Pn Sarah. Aisyah memberitahu Tan Sri mengenai kehadiran mereka melalui intercom. Pn Sarah menolak pintu kayu yang cukup megah.

"Assalamualaikum Tan Sri, Selamat Pagi?" tanya Pn Sarah.

" Waalaikumsalam... Pagi... Sarah... Masuk..." jemput Tan Sri Bakhtiar.

"Ni staff baru tu ke? Tanya Tan Sri Bakhtiar sambil melihat Kayla dia tersenyum bagai seorang bapa melihat anaknya.

"Nama saya Kayla Adena Raisya Tan Sri... Tan Sri boleh panggil saya Kayla" Kayla memperkenalkan dirinya pada TanSri Bahktiar.

"Cantik awak ni... Boleh jadi bakal menantu saya tak?" gurau Tan Sri Bakhtiar. Kayla dan Pn Sarah hanya ketawa mendengar jenaka Tan Sri Bakhtiar. Selepas sessi suai kenal Tan Sri Bakhtiar memanggil semua top management untuk hadir mesyuarat. Tidak disangka Kayla, dia juga terlibat sama dalam mesyuarat tersebut. Selepas hampir sejam mesyuarat mereka selesai. Sebelum mereka meninggalkan pejabat.

"Kayla... kalau ada masalah dekat pejabat ni jangan segan -segan bagitahu saya ye" kata Tan Sri Bakhtiar. Kayla mengangguk. Dalam perjalanan ke pejabat mereka.

"Pn Sarah, Tan Sri tu umur berapa macam steady je lagi?" tanya Kayla

"Tak salah saya... dah dekat nak masuk 60 dah... tapi bergaya lagikan" kata Pn Sarah.

"Dia memang baik... Top management dengan Head management risau kalau jadi apa – apa pada dia. Pewaris dia sekarang ada potensi untuk lingkupkan syarikat..." tambah Pn. Sarah lagi.

"Haider ke Pn?" tanya Kayla. Pn Sarah hanya mengangguk. 

KaylaWhere stories live. Discover now