"Love, kau suka buli aku sekarang kan"rengus Syahriz tidak puas hati. Haura masih ketawa. Pipi Syahriz dicium manja.

"Sorry sayang. Saya tak akan buat lagi dah"balas Haura. Suaranya dimanjakan. Syahriz tersenyum kecil. Pipi Haura dicubit manja. Pingang Haura ditarik supaya senang gadis itu masuk ke dalam dakapannya. Haura hanya menurut. Kepalanya dilentokkan di dada bidang Syahriz. Selesa.

"Awak.."suara Haura meleret memanggil. Syahriz mengumam. Kepalanya ditundukkan memandang wajah isterinya. Makin hari makin manja betul mummy twins ni. Geram pula dia.

"Terima kasih jadi suami saya. Maaf kalau saya selama ni membebankan awak. Saya janji selepas ni, saya akan selalu ada di sisi awak jika akan ada ribut melanda dekat rumah tangga kita"balas Haura. Syahriz hanya mengeleng. Dia sebenarnya yang patut berterima kasih pada gadis itu. Tanpa Haura mungkin dia masih bergelar sebagai raja Syaitan.

"No love. Aku yang sepatutnya berterima kasih. Perjuangan kau terlalu besar untuk aku. Kau selalu ada di sisi aku bila kita ditimpa ujian. Kau lahirkan twins. Kau jaga aku masa aku koma dulu walaupun kau sudah sarat. Sepatutnya aku yang perlu jaga kau."nafi Syahriz. Umbun-umbun Haura dicium. Dia bahagia dengan Haura. Malah sangat bahagia.

"Itu tanggungjawab saya Lee Syahriz Dani. Tanpa bantuan awak saya mungkin tak boleh lakukan seorang diri " balas Haura. Masing-masing tidak mahu kalah. Syahriz tersenyum nipis. Bila mengingat kembali apa yang dia kata dulu, dia terasa seperti dia sangat ego. Dia langsung tidak percaya cinta itu wujud dan sekarang dia sudah ada cinta hatinya.

"Dulu..aku tak percaya bahagia dan cinta tu wujud. Aku memperlekehkan manusia dekat luar sana yang berjuang demi cinta mereka. Aku kata mereka bodoh sebab sanggup buat apa saja demi orang yang mereka sayang.."wajah Haura dilihat. Haura hanya mendengar. Renungan mata hitam suaminya direnung kembali. Syahriz tersenyum sendiri.

"Tapi aku sedar yang bodoh tu aku. Aku sanggup buat apa saja asalkan kau selamat. Semua tu buat aku sedar betapa hebatnya kuasa cinta.."Syahriz mengakhiri kata. Pipi Haura diusap lembut. Haura tersenyum. Dia pun fikir bergitu juga.

"Saya sayang awak cinta hati Haura Rose."ucap Haura. Sempat hidung mancung Syahriz dicuit. Syahriz tersenyum kecil. Lantas dia mendekatkan wajahnya di telinga gadis itu.

"Aku sayang kau cinta hati Syahriz Dani"







































RAFQI melepaskan keluhan. Telefon canggihnya dilihat sebelum menoleh kembali ke arah botol vitamin yang tersusun di situ. Sekejap dia mengaru kepalanya. Sekejap dia naik memicit kepala. Apasal susah sangat nak cari bendalah ni? Dia ingatkan cari vitamin itu senang saja rupa-rupanya lagi susah daripada mencari susu formular. Haish, sumpah dia cakap dia kena tipu dengan Syahriz. Haish, geram pula dia.

"Mana satu aku nak ambil ni eh?"Rafqi mengumam sendiri. Di kiri dan di kanannya dilihat tapi tak ada orang pula. Dia baru mahu menanyakan soalan.

"Ah bantai saja lah. Kalau salah suruh lah daddy tukar"kata Rafqi. Botol vitamin diambil mengikut sesuka hatinya. Pandai-pandailah nanti dia menipu. Tak apa lah tipu sunat kan?

"Aduhai, beratnya. Macam mana nak angkat eh?"rengus seseorang. Lantas Rafqi menoleh ke arah perempuan berpurdah yang mengaru kepalanya daripada tadi. Rafqi terus menapak ke sana.

"Err. Makcik. Nak saya tolong?"tanya Rafqi perlahan. Gadis berpurdah terus tersentak. Lantas dia menoleh ke arah Rafqi. Bila lihat saja anak mata Rafqi, dia tergamam. Tidak sampai beberapa saat, dia memalingkan kembali wajahnya. Rafqi pula terkedu. Alamak. Tu masih anak dara lagilah Rafqi! Kenapa dia panggil makcik eh?

"Err maaf. Saya tak sengaja panggil awak makcik. Saya salah panggil."pinta Rafqi. Gadis berpurdah itu hanya mengangguk sebagai jawapan. Tidak semena-mena Rafqi tersenyum kekok. Tak apa lah dia datang hanya menolong bukannya mahu mengorat. Sabar Rafqi. Manalah tahu itu jodoh kau nanti.

"Mari saya tolong awak angkat beras tu."pelawa Rafqi. Beras yang berada di atas rak barangan itu diambil lalu diangkat masuk ke dalam troli.

"T-terima kasih. Saya nak pergi dulu"balas perempuan berpurdah itu. Rafqi hanya mengangguk. Dia tersenyum manis. Alahai, merdu sungguh suara. Ini boleh jadi calon isteri. Ah cewah!

"Baiklah. Awak pergilah. Maaf kalau saya buat awak tak selesa"balas Rafqi. Risau juga kalau dia ada buat dosa lain pula harini. Yalah. Perempuan alim jangan dibuat main nanti lain pula jadinya. Gadis itu hanya mengangguk. Baru saja dia mahu menolak troli bergerak ke hadapan, namanya dipanggil seseorang.

"Darina! Marilah sini. Aku ada benda nak tunjuk pada kau"jerit seseorang. Lantas Darina mengeluh. Dia melajukan pergerakan. Rafqi yang masih terkaku di situ hanya dihiraukan. Lagipun, lelaki itu tidak halal untuknya. Biarlah.

Hilang saja kelibat gadis itu, Rafqi tersenyum sendiri. Tangannya dilekap ke dada. Berdegup kencang betul. Ini ke dinamakan jodoh? Ya Allah, aku nak dia!

"Darina.."sebutan nama itu diulang perlahan. Rafqi tersenyum menyenget.

"I like you name"








SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن