BAB 5

3.7K 133 4
                                    

"K-KENAPA?"tanya Rafqi gagap.Berkerut keningnya memandang wajah dingin abangnya. Kenapa pula lelaki itu nak menghalang? Sepatutnya bukan dia ada kerja lain ke? Dapat arahan apa pula kali ni.

"Tuan Lee ada dekat dalam"kata Rifqi.

Terus terbutang biji mata Rafqi mendengarnya. Macam mana orang tua itu boleh ada dalam kelab itu? Bukan sepatutnya lelaki itu sudah ke luar negara? Memang tak reti nak insaf betul orang tua tu.

"Macam mana dia boleh ada dekat sana? Sepatutnya budak-budak saja kan yang ada dekat dalam. Haishh, tak kan tak ada siapa pun bawak orang tua tu keluar! Kacau betul lah!"marah Rafqi.

Tangannya naik mencabut earbug yang dipakai ditelinganya. Lantak lah apa nak jadi. Pandai-pandai lah diorang itu survive. Selepas itu, kerusi yang tidak jauh darinya ditendang kuat. Kalau misinya kali ini tidak berjaya memang dia bunuh orang tua itu.

Rifqi hanya membiarkan saja adiknya itu melepaskan marah. Memang semua orang yang berada di pihak Syahriz sangat membencikan lelaki yang bergelar Tuan Lee atas sebab tertentu. Ada ke patut buang anak sendiri? Syahriz membesar pun disebabkan usahanya sendiri.Ya, usaha sendiri!

"Aku tahu kau marah. Tapi kau tahu kan apa akibat kalau kita cuba bunuh Tuan Lee? Lagipun nyawa keluarga kita dalam tangan dia. Fikir pasal ibu. Dia mesti tak nak kita kena hukuman lagi."pujuk Rifqi.

Perlahan lahan dia menapak ke arah lelaki itu. Dia tahu adiknya akan bertindak ganas kalau dia pun cakap kasar juga. Jadi dia memang perlu cakap lembut. Selepas itu, dia cuba menyentuh belakang adiknya. Digosok lembut bagi mengurangkan rasa marah. Rafqi terus menepis tangan lelaki itu.

"Jangan sebut pasal ibu kalau kita tengah bercakap pasal orang tua tu. Ibu tak ada kaitan langsung pasal hal ni."tegas Rafqi.

Dia terus melihat ke arah skrin komputer miliknya. Dapat dia lihat, orang yang dihantar ke sana sudah hampir semua ditangkap. Berkerut keningnya melihat. Kenapa hanya ada lima orang saja? Yang paling peliknya hanya dua orang saja yang handal berlawan. Yang lain pula masih budak latihan lagi.

"Tuan Syahriz ada rancang apa apa ke?"tanya Rafqi sebaik saja dia melihat ke arah abangnya. Dia pasti abangnya tahu apa rancangan tuannya. Rifqi yang melihat wajah bingung adiknya itu terus menganggukkan kepala.

"Nanti aku akan bagitahu."

BIB!

Bunyi itu terus menyentakkan Rafqi dan Rifqi. Berkerut kening Rifqi mendengarnya. Apa yang bunyi kuat sangat tu.

"Bunyi kentut kau ke?"tanya Rifqi.

Dia menghidu- hidu sekeliling. Mencari kalau ada bau busuk. Tetapi tiada tak akan lah orang bawah kentut bunyi kuat sangat?

Rafqi yang melihat perbuatan lelaki itu hanya mengeluh perlahan. Abangnya memang nampak hebat kalau berkaitan dengan berlawan tapi lelaki itu akan nampak bodoh kalau berkaitan dengan teknologi.

"Aku rasa kau kena pergi hospital nanti."kata Rafqi.

Dia terus meletakkan punggungnya di atas kerusi. Selepas itu, tangannya mula menari-nari di atas papan kekunci. Dia mahu sambung buat kerjanya sekarang.

Dia terus menekan butang keyboardnya. Tetapi tidak ada apa apa terjadi. Dia terus menekan berkali-kali tapi langsung tiada apa apa yang berlaku. Mesti dia ada salah tekan ni. Ataupun sistem di sana ada yang rosak.

"Kenapa? Aku sihat lagi kut. Buang duit je"

"Sihat ke sampai bunyi kentut dengan bunyi benda ni pun kau tak dapat beza? Tak pun kau check otak kau tu. Harap badan saja tegap tapi otak kecil macam batu tepi jalan"kata Rafqi pedas.

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now