BAB 10

3.5K 105 3
                                    

SYAHRIZ terus menoleh ke arah Rifqi yang sudah sesak nafas akibat berlari. Kenapa cemas sangat? Mesti berita penting ni.

"Kau dah kenapa?"tanya Syahriz dengan kerutan di dahi. Mesti ada benda yang tak kena ni. Kalau tidak kenapa lelaki itu cemas sampai sebegini rupanya.

Rifqi pula tidak menjawab malah dia menaikkan sebelah tangannya untuk memberi dia masa. Penat sangat sampaikan dia tidak mampu untuk bercakap. Setelah beberapa minit, dia mula bersuara.

"S-saya baru dapat berita yang Syahfiq letupkan balai polis. Dia gunakan nama tuan untuk buat semua tu. Tapi pihak polis anggap ni semua kemalangan."kata Rifqi.

Nafasnya sudah tercungap-cungap dek kerana dia berlari seperti pelari pecut. Bayangkan dari ruangan bawah tanah dia berlari sampai ke tingkat 5. Betapa besarnya rumah lelaki itu sampaikan dia hampir mati akibat naik tangga. Salah dia juga sebab tak guna lift. Memanglah tak guna sebab dia tak nampak! Nasib baik dulu dia atlet sekolah.

Syahriz tidak menunjukkan apa-apa riak tapi dalam hatinya sungguh terkejut. Berani betul lelaki itu. Dia pun masih lagi tidak mahu ganggu pihak polis sekarang tapi tak apalah janji lelaki itu buat kerja.

Tapi bagi dia lelaki itu sudah cukup gila. Tak sangka lelaki itu betul-betul buat kerjanya. Dia sangkakan lelaki itu penakut. Asyik nak duduk bawah ketiak dia saja tapi rupanya tidak. Bahkan lebih berani dari pekerjanya yang lain.Rasa bangga pula dia.

"Aku ada kerja untuk kau Rif"kata Syahriz. Serta merta Rifqi menoleh ke arah tuannya. Dah apa pula kerja yang dia harus buat sekarang. Harap-haraplah kerja senang.

"Suruh Syahrin datang jumpa aku nanti."arah Syahriz tapi cukup untuk Rifqi faham. Benda senang. Celah gigi saja lah dia boleh buat. Tengok kaki lah ma!

"Baik tuan. Ada apa-apa lagi?"tanya Rifqi. Terasa mudah sangat pula kerja dia. Lebih baik dia minta lagi sedikit kerja. Tak adalah dia rasa bosan sangat. Sekali sekala apa salahnya.

"Dah kau tawar nak tolong kan. Kau pergi ambil beg perempuan tu dekat dalam kereta. Aku lupa nak ambil semalam. Dah tu je aku rasa. Nanti minta bonus untuk minggu ni"kata Syahriz.

Secara tidak langsung, Rifqi tersenyum. Jarang dia dapat bonus lagi-lagi sejak tuannya sudah pandai bawa perempuan tidur sebilik. Bukannya dia tidak tahu lelaki itu ada buat sesuatu semalam. Ni mesti nak tutup cerita semalam.

"Eleh, ni mesti tuan tak nak saya sebarkan pasal semalam kan?"tanya Rifqi sambil keningnya diangkat-angkat.

Syahriz terus terbungkam. Aih, lelaki itu pasang cctv ke apa? Semua benda nak tahu. Ni mesti dulu selalu borak dengan makcik bawang sebab itulah perangai adik beradik tidak boleh dipercayai.

"Apa yang kau merepek ni?"tanya Syahriz tegas. Tak akan lah dia nak kata ya pula kan? Nanti jatuhlah dia punya maruah.

"Alah, bukannya saya tak nampak apa yang jadi semalam. Tuan angkat cik masuk dalam bilik kan? Semua orang nampak lah tuan. Bukannya tak nampak. Cuba tuan share apa yang jadi semalam?"kata Rifqi.

Dia terseyum jahat kepada lelaki itu. Sengaja dia mengusik tuannya. Alah bukan selalu dia jadi gila macam ni. Selalunya Rafqi saja yang perangai seperti ini tapi itulah lelaki itu selalu sibuk pula. Entah apa yang dibuat pun dia sendiri tidak tahu.

"A-aku rasa aku ada kerja nak buat"kata Syahriz. Dia terus menapak laju menuruni anak tangga. Bahaya betul dengan anak buahnya sekarang. Makin lama makin berani mengusik dia. Tak boleh jadi ni. Nak saja dia turunkan gaji diorang.

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now