BAB 59

1.6K 63 0
                                    

KAKI Rafqi laju berlari. Nafasnya kini semakin tidak teratur. Sudah seperti sesak nafas. Matanya memandang ke kiri dan ke kanan sebelum dia perlahan-lahan menapak hadapan. Baru saja dia mahu menoleh ke belakang, lantas dia terus dipukul dari belakang. Rafqi mengerang kesakitan. Dia memandang ke arah lelaki itu tajam.

"Oi kau nak mati ke! Main pukul-pukul orang pula!"bertak Rafqi. Sakit tahu tak! Sudahlah guna kayu besbol. Pasti lebam nanti. Lelaki itu hanya tersenyum sinis. Tangannya bersiap sedia untuk memukul lelaki itu lagi.

"Kau yang akan mati." Rengus lelaki itu. Tangannya terus menghayun ke arah Rafqi namun Rafqi pantas mengelak. Lelaki itu merengus tidak puas hati. Tanpa melengahkan masa, lantas Rafqi menendang lelaki itu sehingga terdorong kebelakang. Kayu yang terjatuh itu, dikutip. Rafqi tersenyum sinis. Heh, nasib baik aku pandai melawan kalau tidak habislah nasib aku.

"Kau dah pukul aku tadi kan, meh sini aku pukul kau pula. Aku ni bukannya selalu dapat pukul orang."balas Rafqi. Tangannya terus menghayun kuat ke arah lelaki itu. Lelaki itu mengerang kesakitan. Dia cuba memegang pungungnya namun dia tidak mampu. Sakit.

"Sakitlah bodoh! Berhenti lah!"jerit lelaki itu. Rafqi hanya tersenyum sinis. Sebelum dia membaling kayu tersebut, sempat lagi dia menendang belakang lelaki itu. Bukan apa sengaja.

KLICK!

Rafqi terus terkaku. Matanya dikerli ke arah tepi kepalanya. Ah bagus. Berkecailah kepala dia nanti. Sudahlah dekat betul pistol itu di tepi kepalanya.

"Budak lembab macam kau ni pandai juga ya berlawan"bisik lelaki itu. Rafqi terus tersenyum sinis. Lembab? Wah, berani betul mereka ni.

"Sono io quello umido, huh? "Sinis Rafqi. Lelaki itu terus mengerutkan keningnya. Bahasa apa pula tu? Macam pernah dengar. Apabila lelaki itu terpinga-pinga, Rafqi terus mencengkam kuat tangan yang memegang pistol itu, kemudian rahang lelaki itu disiku sehingga pistol itu terjatuh. Kakinya pula terus menendang tubuh lelaki itu sehingga tersungkur. Baru saja dia mahu menghalakan pistol itu pada lelaki itu, tangannya ditarik kasar. Mulutnya ditekup menggunakan kain. Rafqi meronta kuat. Dia cuba melawan namun gagal. Kepalanya mula sakit. Matanya pula mum lama semakin kabur.

"Kau makin berani Raf." Sapa suatu suara. Suara itu tidak dapat didengar jelas. Badannya terus dilepaskan sehingga dia tersungkur. Tangannya mula naik memegang kepala. Sakit. Tidak lama itu, pandangannya terus menoleh ke atas.Matanya terus tertutup rapat.

PAK!




































SYAHRIZ terus terjaga. Kepalanya muka berdesing. Tangannya terus memegang kepala. Sakitnya hanya tuhan saja yang tahu. Sudah lama dia tidak kena tapi kalini sumpah sangat sakit. Kakinya terus menapak perlahan-lahan ke arah tandas. Pintu tandas itu dibuka kasar.Syahriz terus membuka pili air kemudian dengan segera dia membasuh mukanya. Setelah beberapa minit, kepalanya mula semakin hilang denyutan.

"Syaitan macam kau memang tak akan bahagia. Itu janji aku!"

Perkataan itu mula teringa-ringa di fikirannya. Kenapa? Kenapa mimpi itu muncul lagi? Dia sudah tidak ada kena mengena dengan semua perbuatan keji itu lagi. Dia bukan Syaitan!

"Sayang, awak ok ke tu?"jerit Haura dari luar. Secara tidak langsung lamunan Syahriz terhenti. Pandangannya teralih ke arah suara tersebut. Haura terjaga?

"Aku ok"balas Syahriz dari dalam. Wajahnya yang basah dilihat. Gelaran Raja Syaitan itu masih ada padanya kah? Tidak lama kemudian dia mengeleng. Tak, dia tak akan kembali buat kerja itu. Dia sudah janji pada Haura.

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now