BAB 38

2K 72 0
                                    

SUDAH seminggu berlalu, Syahriz dipulaukan. Mana tidak nya, pakaian dan makan minum hanya pekerja yang siapkan bukan Haura. Dia tidur pun dalam bilik Rafqi. Dan yang paling teruk sekali, mahu sentuh tangan Haura pun tidak boleh. Ini ke yang dinamakan hukuman? Kejam sungguh penghuni dalam rumah ini. Haih, teruk!

Syahriz hanya memandang sayu saja makanan yang berada di hadapannya. Haura pula asyik keluar beli belah. Mujur ada Dania sebagai peneman. Nafasnya dihembus perlahan. Sabar sajalah. Dia sudah terbiasa dengan perkara ini jadi buat apa dia nak marah kan? Salah dia juga.

Rafqi hanya mengeluh melihat tuannya seperti mati bini. Aih, rasanya rancangan Haura terlalu kejam. Dia kalau jadi suami pun dia tidak boleh tahan juga. Denda yang terlalu mustahil kut. Lagipun kesalahan lepas bukannya salah lelaki itu pun. Syahriz tidak sengaja.

Lagipun lelaki itu kan mukalaf. Jadi untuk mengelakkan lelaki itu murtad, dia memainkan peranan supaya lelaki itu dapat bertenang. Walaupun dia hanya mengajar lelaki itu solat. Rasanya sudah cukup baik. Malah, lelaki itu sudah semakin rajin solat. Bangga juga dia.

Anak murid lah katakan. Tak sangka betul!

"Tuan nak pergi kerja ke sekarang?"tegur Rafqi. Syahriz hanya memandang lelaki itu sekilas. Selepas itu, keluhan diberi. Semangat untuk pergi kerja semakin pudar.

Haura pun sudah tidak mahu bercakap dengannya. Nak kata dia goda, sudah banyak kali godaan diberi tapi iman gadis itu boleh kental pula. Kalau memujuk pun dah tapi tetap juga tidak berjaya. Apa yang kurang lagi?

"Dalam 2 minit lagi aku gerak lah. Lagipun bukannya ada benda menarik dalam rumah ni"kata Syahriz senada. Rafqi pun turut simpati. Aih, tak apalah nak buat macam mana kan? Hati si isteri sudah semakin keras.

"Tuan tak nak pujuk puan lagi? Manalah tah-"

"Dah tapi dia tetap nak mengelak. Besar sangat ke dosa aku ni? Aku minum pun sebab si Syahfiq tu yang hasut aku. Dasar setan!"marah Syahriz. Geram betul. Ini mesti salah satu rancangan bodoh lelaki itu. Memang lunyai lelaki itu dia kerjakan nanti.

Rafqi hanya mengerutkan kening. Aih, selama ni bukan ke lelaki itu yang syaitan? Dah ada gelaran baru ke? Mungkin bapak harimau. Haura yang gelarkan panggilan itu.

"Tuan ni,cubalah pujuk lagi mana lah tahu hati puan nanti bol-""

"Boleh lembut macam kerak nasi."cantas Syahriz laju. Ayat lelaki itu memang sama saja setiap hari. Kerak nasi. Kerak nasi dan kerak nasi. Lelaki itu memang makan kerak nasi dari kecik ke apa? Sibuk betul dengan ayat kerak nasi dia tu. Ayat lain tak ada ke?

"Haa. Pandai pun. Alah, nanti puan OK lah tu. Bagi dia masa eh?"pujuk Rafqi. Syahriz hanya mengangguk lemah. Tak terdaya lagi. Dia lagi rela Haura memakinya daripada hidup seperti ini. Sangat sakit.

"Haih,kalau lah Haura jaga aku macam dulu.  Bila aku sedih dia ada. Bila aku gembira dia buat hati aku berbunga. Bila aku sakit.."Syahriz menghentikan perbualannya. Di benak fikirannya sudah memikirkan sesuatu. Dalam beberapa minit, Syahriz tersenyum menyenget. Kalau mengoda tidak menjadi mungkin kerja gila yang berkesan.

"Raf"panggil Syahriz. Rafqi mengerutkan kening melihat riak wajah lelaki itu. Pasti lelaki itu mahu buat sesuatu yang gila.

"Y-ye?"jawab Rafqi. Hatinya sudah berdegup. Pasti dia akan terlibat sama dalam kerja gila lelaki itu. Dia yakin sangat.

"Kau tolong aku boleh?"

Gulp!

Air liur terpaksa ditelan. Dia sudah agak dah. Lelaki itu seperti psychopath yang sedang merancang strategi gila! Argh,tolong dia tidak mahu terlibat!

"T-tolong apa?"















































HAURA tersenyum riang. Perutnya yang kempis diusap lembut. Nampaknya doa dia dan suaminya telah dikabulkan. Dia sudah disahkan mengandung 3 minggu.

Senyuman mekar terukir di bibirnya. Pasti lelaki itu suka. Tapi buat masa sekarang, perkara ini akan dirahsiakan. Tak apa demi membuatkan lelaki itu sedar akan kesilapan dia sanggup.

Dengan langkah yang gembira dia menuju ke arah Dania yang sudi menunggunya. Di tepi lelaki itu juga, ada Shah yang masih mengawasi. Haih, bodyguard lah katakan.

"Dania..."panggil Haura sebaik sahaja dia sampai ke arah gadis itu.

Dania mengeluh. Risau dia tadi. Kenapa lama sangat. Punyalah dia ingat gadis itu sakit teruk. Kata Haura cuma sakit biasa. Aih, dia tetap juga risau. Kalau Syahriz marah dia macam mana? Lelaki itu bukannya boleh dibuat main. Habis satu keturunan dia nanti.

"Puan, kenapa lama sangat? Doktor cakap apa je?"tanya Dania risau. Haura hanya menghadiahkan senyuman saja.

"Maaf. Doktor kata saya demam biasa je. Tak ada penyakit serius pun"balas Haura. Tipu?  Tak. Memang dia demam tadi cuma dia minta doktor buat periksaan di rahimnya. Tak sangka pula dia disahkan mengandung. Punyalah dia ingat dia terkena penyakit lah tadi.

Dania menghembuskan nafas lega. Nasib demam saja. Selamat keturunan dia. Lega!

"Kalau macam tu.. jom kita pergi makan. Saya lapar lah puan. Tunggu puan lama sangat"kata Dania. Perutnya yang sudah bermain irama digosok. Lapar tau! Tadi dia shopping sehinggaka perut pun dia hiraukan. Aih, teruk.

Haura menganggukkan kepala. Dia pun lapar juga. Tak salah kalau dia mahu makan diluar. Rasanya suaminya pun sudah makan agaknya. Jadi tak adalah dia mahu risaukan.

"Baik jomlah kita pergi makan"kata Haura. Dania sudah tersenyum lebar. Banyak benda dia nak makan nanti. Roti canai, kimbab, kimchi, air Starbucks. Uuuu sedapnya.

"Puan, kita kena gerak pergi hospital sekarang"kata Shah dengan riak wajah yang cemas. Haura mengerutkan kening. Siapa yang sakit?

"Kenapa?"

"Tuan kemalangan!"

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now