BAB 55

1.7K 61 2
                                    

⚠️RAPE, AND SEXUAL HARASSMENT!
Jika ada sesiapa yang tidak selesa boleh skip. OK bubbye!

HAURA masih terdiam. Tidak percaya yang dia berhadapan dengan musuh terbesar suaminya. Wajah lelaki itu kelihatan ganas saja. Takut pula dia melihatnya. Tapi apabila dia mendengar perkataan itu. Dia teringat akan sesuatu. Perkataan itulah yang menganggu dia setiap hari. Dahulu, dia selalu mendapat mesej daripada orang yang sama. Panggilan pun turut sama juga. Ini pasti lelaki itu. Ya, dia yakin sangat!

"Why little Rose? Takut?"sinis Syahfiq. Tubuh gadis itu dipandang daripada atas sehingga ke kaki. Masih sama walaupun sakit. Lagipun sudah lama dia tunggu saat ini. Haura mula tidak keruan. Hendak lari tidak mampu. Apa yang dia mahu buat?

Sally merengus kasar. Lantas dia mendepakan tangan supaya lelaki itu tidak akan apa-apakan Haura. Haura kawan dia! Dia mesti perlu lindung gadis itu sehingga Syahriz tiba.

"You jangan sentuh kawan i !"halang Sally. Wajahnya cuba membuat wajah garang. Namun, sebelah kening Syahfiq ternaik. Sajat ni nak halang dia? Rasanya kalau dia bagi penampar pun dah pengsan.

"Kalau macam tu. prova a fermarmi "balas Syahfiq. Lengan bajunya dilipat sehingga ke siku. Sally terkulat-kulat. Apa yang dia nak buat? Argh, bantai saja lah!

"Ish, entah apa punya bahasa. You ingat I lemah ke!"kata Sally. Baru saja dia mahu melayangkan penumbuk, Syahfiq terlebih dahulu sudah membuka langkah. Wajah Sally ditumbuk. Tidak cukup dengan itu, kakinya menghayun ke arah kaki lelaki itu sehingga terjatuh. Sally mengerang kesakitan. Wajahnya dipegang. Aduh, sakitnya! Habis muka dia! Kaki dia pun sakit!

"Sally!"jerit Haura dan Raisya. Masing-masing dalam ketakutan. Mereka mahu melawan tidak berdaya. Syahfiq tersenyum sinis. Heh, lemah. Pandangannya teralih ke arah pengawalnya yang berada di kiri dan kanannya.

"Tahan mereka kecuali perempuan yang ada dekat atas katil tu"

Kedua pengawal itu terus melakukan arahan apabila disuruh. Syahfiq tersenyum sinis melihat wajah cuak Haura. Perlahan-lahan dia menapak ke arah gadis itu. Haura sudah gelisah. Tangannya terketar-ketar apabila dia cuba mencapai sesuatu barang yang boleh dibuat senjata. Botol air yang berwarna pink menjadi tumpuannya. Jadilah tu. Janji dia cuba pertahankan diri.

"J-jangan dekat!"jerkah Haura. Tangannya mengigil memegang botol air sebagai pelindung. Syahfiq terus ketawa. Alahai, comel betul.

"Relax Haura. Aku tak akan sakitkan kau macam aku sakitkan mereka. Aku cuma nak tanya kau satu soalan mudah saja"kata Syahfiq. Botol air itu terus dirampas lalu dibaling. Haura terjerit kecil. Dia sudah cuak. Matanya melilau mencari sesuatu untuk dibuat sebagai senjata tapi malangnya tidak ada. Dia nak guna apa!

"T-tolong! Emph!"

Mulut Haura terus ditekup menggunakan tangannya. Syahfiq mengetap giginya. Tubuh gadis itu terus ditolak kuat sehingga terbaring. Haura meringis kesakitan. Air matanya terus jatuh menahan sakit. Mahu saja dia menjerit sekarang namun dia tiada tenaga.

"Mana cip aku,Haura. Kau mesti tahu mana dia simpan."tanya Syahfiq. Sebelah tangannya sudah mengunci pergerakan gadis itu. Haura mengerutkan keningnya? Cip apa pula ni! Cipsmore dia tahulah!

"Aku tak tahu!"balas Haura. Mengigil satu anggotanya. Syahfiq merengus. Dia naik menindih tubuh kecil gadis itu. Haura mula tidak keruan. Kepalanya digeleng kekiri dan ke kanan. Sumpah, dia nak bunuh lelaki itu kalau dia mampu. Syahfiq tersenyum senget. Perut gadis itu disentuh lembut.

"Jangan sentuh dia lah!"jerit Raisya kuat. Syahfiq hanya tergelak. Lantas dia menunduk mendekati wajah gadis itu.

"Kau ingat aku akan ikut kata kau?"kata Syahfiq. Pipi Haura dicium. Selepas itu, ciumannya turun ke leher gadis itu. Haura terus menangis sekuat hati. Sungguh, lelaki itu lagi kejam dari Syahriz dulu.

"Jangan sentuh aku lah!"jerit Haura dalam tangisan. Syahfiq hanya mengendahkan. Bibir gadis itu disentuh.

"Shhhttt. Aku sentuh kau sikit je. Jangan risau lepas kau keluarkan budak dalam perut kau ni.. aku akan pastikan kau mengandung anak aku pula. Jadi, bagilah aku peluang sekejap"balas Syahfiq. Baju t-shirtnya ditanggalkan. Haura hanya mampu memejamkan matanya. Tidak sanggup melihat apa yang lelaki itu mahu lakukan padanya.

"Argh! Tolong!"
















































SYAHRIZ tersentak. Tangannya naik memegang dada. Entah kenapa dia rasa Haura dalam kesakitan sekarang. Pelbagai perkara buruk terlintas di fikirannya. Selepas itu, lantas dia mengelengkan kepalanya. Pandangannya teralih ke arah Rafqi yang mengerutkan kening bila memandu. Ish,lampu kecemasan sudah diberikan tapi kenapa mereka tak mahu saling bertolak ansur? Hmm, tak boleh jadi ni.

"Raf, bawa kereta laju lah sikit!"marah Syahriz. Daripada tadi menekan hon kereta. Kan kesalahan jalan raya tu. Rafqi mengeluh. Lantas dia menoleh ke arah lelaki itu.

"Eh, tuan buta ke! Cuba tuan tengok depan tu!"rengus Rafqi. Syahriz mengerutkan keningnya. Pandangannya teralih ke arah sebuah kereta proton wira yang bergerak perlahan. Syahriz tercengang. Lah, manusia ni memang tak guna betul lah!

"Kau macam tu biar aku yang pandu."kata Syahriz. Rafqi hanya mengangguk. Dia pun malas mahu pandu lagi. Buat sakit hati saja. Dengan pantas, mereka bertukar tempat duduk. Syahriz terus mengendalikan kereta itu.

"Jangan mati mengejut pula"kata Syahriz. Rafqi mengerutkan keningnya. Mati mengejut? Maksud lelaki itu apa pula? Mereka nak bunuh diri ke?

"Eh tuan, ber- Ya Allahhhh"terkejut Rafqi apabila Syahriz terus memecut untuk memotong. Tangannya terus mencapai pemegang di atas kepalanya. Takut! Sudah lama mereka tidak buat kerja begini sebab itulah dia makin tidak biasa.

Syahriz mengoyak senyuman senget. Tak apa kalau mereka kena saman nanti. Dia tidak kisah.

"Tuannnnn! Perlahannnnn!"jerit Rafqi seperti terkena histeria. Mana tidaknya lori di hadapan pun dipotong. Syahriz mencebik. Dia melihat kelajuan yang dia bawa. Lah, baru 150 tak akan lah lelaki itu takut?

"Tuannn!"

Syahriz merengus.

"Ish,diam lah beruk!"

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now