BAB 49

1.6K 66 2
                                    

KAKI Syahriz laju berlari apabila sudah sampai hospital. Pintu ward dilihat mencari nombor yang sama seperti jururawat itu bagi. Sampai saja di hadapan pintu bilik ward yang berangka 262, Syahriz terus menghentikan tapaknya.

Di hadapannya ada Puan Aida yang sudah menangis teresak-esak. Perlahan-lahan tangannya mengepal membentuk buku lima.  Rahangnya diketap. Baru saja dia mahu menapak ke arah wanita tua itu, pintu ward dibuka. Lantas Syahriz mengalihkan pandangannya ke arah doktor perempuan yang melangkah keluar dari bilik tersebut.

"Doktor, macam mana dengan isteri saya?"tanya Syahriz tanpa memperdulikan perempuan tua itu. Doktor perempuan itu menghembuskan nafas berat.

"Puan Haura dalam keadaan stabil sekarang. Saya difahamkan yang puan Haura jatuh. Hentakan kuat di bahagian rusuk dia membuatkan tulang rusuk dia sedikit retak.Jadi, saya tidurkan dia buat sementara waktu untuk elakkan dia menangung sakit lah."terang doktor perempuan itu. Syahriz tergamam. Hentakan?  Habis, anak dia macam mana?

"Kandungan dia macam mana doktor?"tanya Syahriz lagi. Risau apabila kandungan isterinya turut terjejas. Kalau terjadi apa-apa memang dia bunuh siapa yang dalangnya. Doktor perempuan itu tersenyum. Dia terlupa pula.

"Oh pasal kandungan puan, Alhamdulillah, dengan kuasa tuhan, kandungan dia selamat. Isteri encik memang seorang yang kuat. Memandangkan puan jatuh dalam keadaan mengiring, kandungan puan langsung tidak terjejas."

Syahriz terus melepaskan nafas lega. Dia tersenyum kelat. Memang betul. Haura adalah seorang yang kuat. Dia sahaja yang tidak kuat apabila ditimpa ujian seperti ini. Dia akui dia adalah seorang yang lemah.

"Kalau dah tak ada pertanyaan lagi, saya pergi dulu ya? Kalau ada apa-apa perkembangan saya akan segera maklum"pinta Doktor itu. Syahriz hanya mengangguk. Hilang saja kelibat doktor itu, pandangan Syahriz yang tadinya redup kini bertukar tajam. Wajah puan Aida ditatap geram. Tangannya mengepal bentuk penumbuk. Tingal tunggu saja tumbukan itu terlepas.

"Dani umi-"

"Raf"potong Syahriz dingin. Apa yang mahu dikatakan oleh wanita tua itu tidak dihiraukan. Rafqj terus menoleh ke arah tuannya. Dia sedar lelaki itu masih marah sekarang tapi apa yang boleh dibuat. Masa tidak boleh diputar. Itulah hakikatnya.

"Tolong bawa mereka balik. Aku tak nak mereka ada dekat sini. Cukuplah dosa aku dah banyak bunuh orang selama ni. Aku tak nak ulang balik masa silam aku sebab Haura tak suka"perlahan saja suaranya saat nama Haura disebut. Perasaan takut masih ada dalam hatinya. Rafqi menganggukkan kepalanya tanda faham. Lantas kedua sepasang suami isteri ditarik supaya memberikan lelaki itu ruang.

Hilang saja kelibat mereka, Syahriz terus menoleh ke arah pintu ward. Tangannya terketar-ketar apabila mahu membuka pintu itu. Dengan lafaz bismillah, Syahriz menguatkan iman supaya dia dapat bertenang.

Apabila buka saja, tubuh kaku Haura menjadi santapan matanya. Lantas kakinya mengorak langkah mendekati isterinya.  Wajah pucat Haura dipandang sayu. Perlahan-lahan dia memegang tangan isterinya.

"L-love..."seru Syahriz perlahan. Walaupun seruannya tidak dijawab tapi tak apa. Janji dia boleh bercakap dengan isterinya. Meskipun buat kali terakhir.

"A-aku minta maaf sebab tak bawa kau sekali tadi. Aku tak nak kau penat. Aku tak nak kau sakit. A-aku bodoh sangat sebab biarkan kau seorang diri tadi. Aku betul-betul minta maaf love."kata Syahriz. Dia menghembuskan nafas perlahan. Kerusi yang berada di belakangnya ditarik lalu dia melabuhkan punggungnya. Bungkusan plastik itu dilihat. Tanpa dipinta, dia tersenyum kelat. Bungkusan plastik itu dicapai.

"Love... aku ada bawakkan kau gajah. Kau teringin nak makan kan? Cepat lah bangun. Kau mesti suka gajah ni."bergetar suaranya saat dia bercakap.

Sebak. Haura memang teringin nak makan tapi itulah tak sempat. Cupcake yang berbentuk gajah itu dilihat. Memang sebelum dia pergi mencari kerja, dia singgah dahulu di kedai kek semata-mata untuk Haura. Dia sanggup berebut dengan pelangan lain semata-mata dia mahu kan gadis itu makan apa yang dia beli.

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now