BAB 4

3.9K 127 6
                                    

TAP!

Terus tersentak Haura apabila mendengar bunyi tapak kaki. Dia menoleh kebelakang untuk melihat ada orang atau tidak. Tapi langsung tiada orang! Hantu ke yang mengikutnya?

"Haish, apasal lah main ikut-ikut ni. Tahu tak seram"gumam Haura dalam hati. Tidak berani dia mahu bercakap dengan nada kuat. Takut benda lain pula yang jawab. Kan seram tu.

Dengan iman yang tidak berapa kuat dia terus menapak laju. Sekarang dia hanya fikir mahu balik sekarang juga. Menyesal pula tidak minta tolong pada kakaknya. Haish tu lah sombong lagi!

"Piwit" tegur seorang lelaki yang berada di depan Haura.

Tersentak Haura apabila melihat lelaki itu. Bila masa pula lelaki itu ada? Setahunya tadi dia seorang diri saja di sini tapi entah setan mana pula yang muncul.

Haura terus mengabaikan saja lelaki itu. Dia meneruskan menapak ke hadapan. Tidak mahu berlama-lama di situ. Takut pula kalau lelaki itu mengambil kesempatan nanti.

"Uiii, nak pergi mana" sergah seorang lagi lelaki.

Sekali lagi Haura tersentak. Haish, kenapa ada orang lagi. Sekarang dia lagi rela kalau hantu yang mengacau daripada manusia. Manusia lagi seram dari hantu. Itupun dari segi perangai.

"Tolong jangan kacau saya. "Kata Haura gugup.

Baru sahaja diamahu mengelak sekali lagi, tangannya terus direntap kasar. Berkerut keningnya melihat lelaki itu. Seorang lagi sudah tersenyum miang.

"Boleh, tapi kau kena..."kata salah seorang lelaki itu meleret. Sengaja memgantungkan ayatnya bagi menakut- nakutkan Haura. Dia memandang Haura atas bawah. Terasa jijik dengan pandangan dia.

"K-kena apa"tanya Haura gagap. Dia melihat ke arah kedua lelaki itu. Tersenyum sinis lelaki itu memandang ke arahnya.

"Layan kitorang malam ni."kata salah seorang lelaki. Dia tergelak jahat.

Secara tidak langsung, jantung Haura berdegup laju. Macam mana dia nak lari? Sesiapa tolong lah datang! Mahu saja dia menangis sekarang.

"J-jangan merepek lah!"Bertak Haura. Dia terus menendang perut lelaki itu. Serta merta tangannya dilepaskan. Padan muka!

Baru saja dia mahu melarikan diri sekali lagi, tangannya direntap kasar. Lelaki itu terus menampar wajah cantik Haura sehingga terjatuh. Rambut gadis itu yang serabai ditarik kasar. Mendongak Haura memandang wajah lelaki yang berada di depannya. Lelaki itu terus mencengkam rahang dia kuat. Berkerut kening dia menahan sakit. Sakitnya hanya Allah saja yang tahu.

"Sial punya perempuan, berani kau sepak aku! Kau memang nak mati lah!"marahnya sambil menampar wajah gadis itu lagi.

Tidak cukup dengan itu lengan baju gadis itu dikoyak kasar. Puas dia meronta tapi itu tidak memberi apa apa kesan pun pada lelaki itu.Matanya terus ditutup rapat tanda pasrah. Berharap ini adalah mimpi saja.

BUK!

Terhinjut bahu Haura apabila mendengar bunyi kuat. Serta merta tangannya terus dilepaskan. Tidak berani dia mahu membuka mata.

Haura terduduk bersandar dengan dinding akibat tidak dapat mengimbangkan diri.Secara tidak langsung tangannya naik menutup telinga. Mengerikan apabila mendengar bunyi pukulan itu. Apatah lagi dia mendengar bunyi tembakan bertubi-tubi.

Dua minit kemudian, bunyi tembakan terus terhenti. Haura mahu sangat membuka mata tapi perasaan takut mula menguasai dirinya.

TAP!

Haura mendengar bunyi tapak kaki berhenti betul-betul dihadapannya. Dia terdengar satu barang diletakkan di tepinya. Dia yakin sangat itu pistol.

"Kau ok?"tanya seorang lelaki.

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now