BAB 48

1.7K 60 1
                                    

HAURA mencebik. Wajah suaminya dipandang. Bawah baju Syahriz masih setia dalam gengaman. Syahriz pula tersenyum nipis. Kepala isterinya yang berlapik tudung disentuh. Alah, dia baru saja bersemangat mahu pergi cari kerja tapi itulah bila dia lihat gadis itu seakan-akan tidak mahu lepaskan dia. Haih, susah bila dapat isteri manja. Nak melekat saja tahu.

"Love, aku pergi sekejap je. Dah dapat je kerja, aku terus balik rumah ok?"pujuk Syahriz. Namun Haura tetap tidak mahu lepaskan baju suaminya. Sekali-sekala berdegil apa salahnya kan?

"Betul ni?"tanya Haura seakan-akan mahu kepastian. Bebola matanya dikecilkan. Syahriz menganggukan kepalanya. Mestilah dia akan balik nanti.

"Ok. Awak jangan nakal-nakal tau dekat sana.Kalau saya tahu awak tengok perempuan lain, mata awak saya cungkil"pesan Haura. Syahriz hanya tersenyum kecil. Ini ugutan ke pesanan?

"Baiklah Puan Haura. Ada apa-apa pesanan lagi?"tanya Syahriz. Haura menganggukan kepalanya. Mestilah ada lagi. Tak akan lah pesanan dia cuma satu saja kan. Dia mesti perlu lebih dari satu. Baru cukup.

"Awak, saya mengidam nak makan satu benda lah."kata Haura. Lengan suaminya diconteng menggunakan jari. Syahriz tersenyum menyenget. Nak mengidam saja pasti buat perangai macam ni kan? Nak saja dia lahap sekarang. Tapi sabar sajalah. Isteri mengandung tu.

"Apa dia?"

Haura mengoyak senyuman senget. Hehehe. Ada lampu hijau ni.

"Saya mengidam nak makan gajah lah. Awak boleh tolong belikan?"tanya Haura. Serta merta Syahriz membuatkan matanya. Gajah? Mana dia nak cari binatang tu! Haish, macam-macam kerenah betul lah!

Serta merta pandangan Syahriz jatuh ke arah Rafqi yang sudah terkaku. Rafqi pula membalas kembali pandangan lelaki itu. Aduh, apasal pandang aku pula? Nak kena ke apa.

"Err... Love. Nanti aku belikan eh. Ada apa apa lagi?"tanya Syahriz. Dah satu hal pula kena cari gajah nanti. Tak apalah. Nanti pandai-pandailah dia fikir. Haura menguntumkan senyuman gembira. Dapat juga aku rasa gajah harini.

"Tak ada. Dah awak pergilah cari kerja. Ingat tau. Jangan cari isteri nombor dua pula."pesan Haura sambil menepuk lembut lengan suaminya.Sempat lagi bagi amaran. Syahriz hanya menganggukkan kepalanya. Isteri nombor dua? Rasanya dia tidak perlu kut. Nombor satu pun tak terjaga. Haih, rupanya susah juga dapat isteri ni.

"Ok. Bye love. Jangan nakal-nakal. Jangan buat kerja berat. Kalau ada orang suruh buat kerja, kau jangan buat. Cakap dekat orang tu yang aku tak bagi kau buat kerja. Faham?"pesan Syahriz sebelum dahi licin isterinya dicium. Haura hanya mencebik. Ish, dia tahulah.

"Ok. Jaga diri tau sayang."pesan Haura.

Syahriz tersenyum nipis. Susah betul nak berengang. Tapi demi kebaikan gadis itu, dia paksa diri juga untuk pergi. Lagipun siapa yang mahu beri nafkah pada Haura nanti? Tak akan orang lain pula.

Dengan hati yang berat, dia menapak ke arah kereta. Sebelum membuka pintu itu, sempat Syahriz menoleh ke arah isterinya. Entah kenapa hatinya jadi takut pula mahu tinggalkan gadis itu. Seperti akan ada perkara buruk yang akan terjadi. Entahlah, perasaan dia saja kut. Lantas Syahriz masuk kedalam perut kereta.

Kereta proton saga yang sudah bergerak pergi dilihat sayu. Haura mengeluh perlahan. Aku nak ikut tapi dilarang. Hem, nak merajuk tapi tak boleh. Apalah nasib aku ni? Baru saja Haura mengorak langkah untuk pergi, namanya diseru. Lantas dia menoleh. Wajahnya yang tadi mendung kini bertukar gembira.

"Sally!"jerit Haura. Lantas dia menapak laju ke arah lelaki itu. Baru saja semalam mereka berjumpa tapi itulah nak melepas rindu tak boleh. Nanti Syahriz marah.

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now