BAB 65

2.1K 73 2
                                    

SYAHRIZ mengerutkan keningnya. Kertas yang berselerak di atas meja dilihat malas. Susahnya jadi cikgu. Dia bukan setakat cikgu pendidikan jasmani tapi dia juga cikgu matematik. Dia memang handal bab ini jadi itu tiada masalah.Kertas periksa matematik di hadapan matanya langsung tidak menarik minat. Malas betul dia mahu tanda.

"Sayang.."panggil Haura meleret. Dia menapak ke arah meja kerja itu. Syahriz hanya mengumam. Kertas di atas mejanya dikemaskan sebelum dia menoleh ke arah Haura.

"Tak nak berhenti?"tanya Haura. Lengan suaminya dipegang. Sekali-sekala dia mengusap lengan tersebut. Serabut betul rupa.

"Sekejap lagi. Twins dah tidur?"Syahriz menanyakan soalan. Kalau suara anaknya tidak kedengaran maknanya sudah tidur lah tu. Bolehlah dia bermanja dengan Haura. Haura hanya mengangguk. Mestilah dia tidurkan anak dia dulu sebelum dia menapak ke sini. Kalau tidak pasti anak mereka akan ganggu nanti.

"Lena diorang tidur tadi. Awak pula tak nak tidur lagi?"tanya Haura. Rambut Syahriz diusap lembut. Syahriz hanya mengumam. Wajahnya disebamkan di perut Haura yang masih kempis.

"Kau ada check up esok kan?"

Haura mengangguk. Rasanya ini kali terakhir. Syahriz mengangguk faham. Belakang badan Haura diusap.

"Awak..."panggilan Haura mula kedengaran manja. Dia terus melabuhkan punggungnya di atas riba suaminya.Syahriz terus mengerutkan keningnya. Wajah isterinya dilihat. Ah sudah. Ini mesti nak sesuatu. Macamlah dia tak tahu.

"Kau nak pergi shopping lagi ke?"syahriz meneka sebelum Haura memberikan jawapan. Haura mencebik. Ish, kenapa ke situ pula!

"Alah, awak ni. Dengan lah dulu saya nak kata apa"rengus Haura tidak puas hati. Dada suaminya dipukul perlahan. Syahriz tersenyum kecil. Pipi Haura terus dicium sekilas.

"Habistu nak apa?"Syahriz bertanya lembut. Dia layankan sajalah kerenah isterinya. Lagipun, macam lah tak biasa. Haura tersenyum. Dada bidang suaminya diusap.

"Kita kan ada tiga orang anak je.. Saya rasa macam tak adil lah Sumaiyah saja perempuan jadi..."Haura mula menyusun ayat. Syahriz terus melepaskan nafas perlahan. Dah tahu sangat apa yang Haura nak. Lagipun, dia bukannya tak mahu tapi dia takut. Macam mana kalau Haura akan sakit waktu melahirkan kali yang kedua? Dia tak nak ambil risiko.

"No love. Bagi aku twins dah lebih dari cukup. Lagipun, doktor tak benarkan aku sentuh kau lagi kan? Kau kan masih tak sembuh lagi. Aku tak nak ada apa-apa jadi pada kau nanti."putus Syahriz. Kepala Haura disentuh. Haura mencebik. Alah! Dah empat tahun kut? Doktor kata waktu pantang sudah habis jadi bolehlah tambah anak lagi. Lagipun semua kesakitan dia sudah pulih. Doktor pun sudah sahkan dia sudah sepenuhnya sihat. Jadi, apa yang nak ditakutkan?

"Pantang kita dah habislah. Lagipun, saya teringin nak cium bau baby. Awak tak kesian ke dekat saya?"pujuk Haura. Halkum Syahriz diusap lembut. Sengaja dia buat begitu. Lagipun itu adalah tempat sensitif Syahriz.

"H-haura... jangan buat aku macam ni. Kau tahu kan kalau aku mula susah aku nak berhenti nanti?"kata Syahriz tegas. Tangan Haura digengam. Haura menyengetkan bibirnya.

"Sayang... kali ni saja. Selepas ni, saya janji saya tak akan minta lagi pada awak"bisik Haura perlahan. Telinga Syahriz digigit manja. Syahriz terus mengeleng kepalanya. Jangan Syahriz, fikir keselamatan Haura. Tahan nafsu tu!

"Pergi naik atas Haura. Aku nak buat kerja" arah Syahriz tegas. Lagipun, demi keselamatan gadis itu dia terpaksa buat begini. Dia sudah hampir kalah tadi. Haura menjegilkan matanya. Dia mencebik.

"Tak apa. Nanti saya cari suami baru"rengus Haura. Dia menghentak kakinya menuju ke pintu. Tapi apabila dia memulas tombol pintu, pintu tersebut seperti sudah dikunci. Lantas dia sudah panik. Aduhai, salah tempat kau nak cari pasal harini. Ini pasti Syahriz sudah mengunci pintu ini tadi. Lagipun bilik ini adalah bilik yang paling canggih. Syahriz boleh menutup pintu itu sesuka hati dengan menggunakan remote kawalan.

Syahriz terus mengukir senyuman sinis. Wajah pucat Haura dilihat.  Lantas dia mencempuh tubuh kecil Haura lalu dia menghempaskan badan Haura di atas sofa. Baju t-shirtnya ditanggalkan.

"A-awak.. s-saya tak ber-emmppp!"mulut Haura ditekup menggunakan tangan besar Syahriz. Dalam hatinya sudah memaki diri sendiri. Ah padan muka. Nak sangat kawin lagi kan. Hadaplah kau Haura.

"Diam love.."kata Syahriz. Perlahan-lahan dia menindih tubuh kecil gadis itu. Dia mencium lembut umbun-umbun umbun-umbun gadis itu sebelum turun ke bibir Haura.

"Sorry love. Aku terpaksa denda kau harini."suara garau itu mula berbisik. Haura terus membutangkan matanya. Baru saja dia mahu melabuhkan ciuman di mulut Haura,pintu bilik digegar dari luar. Serta merta dia menghentikan perbuatan. Syahriz merengus kasar.

"D-daddy! Buka lah pintu ni!"jerit Sumaiyah dari luar. Haura terus mengetap bibirnya. Aih, macam mana pula Sumaiyah boleh bangun?

"A-awak.. mayah dah bangun. S-saya nak per-" bibir Haura terus disambar laju. Haura hanya pasrah. Lagipun dia yang mulakan jadi hadaplah.

"Biarkan. Aku tahu mayah dengan Rafqi dekat luar. Jadi, boleh kita sambung?"tanya Syahriz setelah dia meleraikan ciuman tadi. Haura hanya melepaskan keluhan perlahan. Dia harap begitulah.












































































SUMAIYAH mengaru kepalanya. Mana daddy ni? Mummy pun tak ada. Tak akan mummy dengan daddy main sorok-sorok? Tapi bukan ke daddy kata kalau main sorok-sorok malam-malam nanti kena sorok dengan hantu. Hem, tak boleh jadi ni.

"Daddy! Bukalah pintu ni! Teman I tidur!"jerit Sumaiyah kuat tapi tiada sahutan. Tangan kecilnya naik mencekak pingang. Ish, mana daddy dia ni?

"Da-"

"Mayah.. daddy awak tu tengah sibuk lah. Jangan lah kacau dia"balas Rafqi perlahan. Daripada tadi dia menguap. Sesekali dia mengosok matanya. Mengantuk! Lagipun badannya sudah penat ni. Dia baru saja balik tapi itulah si kecil ni sibuk tarik dia sampai sini. Haish, nasib baik lah comel. Sumaiyah mencebik. Wajah Rafqi dipandang tajam.

"Alah uncle.. you ni tak nak toyong I lah! I nak tidur dengan daddy!"rengus Sumaiyah. Rafqi ketawa kecil. Dia melutut di hadapan budak kecil itu. Kepala Sumaiyah digosok. Alahai, kecil-kecil dah berkelas. Pandai betul Syahriz didik anak dia.

"Mayah jangan lah kacau daddy dengan mummy dulu. Mana lah tahu diorang nak buat adik untuk you? You kan nak adik?"pujuk Rafqi. Sumaiyah terus memuncungkan mulutnya. Adik?

"Macam mana daddy dengan mummy nak buat adik?"tanya Sumaiyah polos. Keningnya terus bercamtum. Dia nak juga tahu. Rafqi terus terkulat-kulat. Ah sudah. Budak tu nak tahu pula.

"Err.. nanti mayah tahulah macam mana daddy dengan mummy buat. Sekarang ni kita pergi tidur okay? Mayah kesian lah dekat uncle ni. Uncle nak sleep sekarang"pujuk Rafqi. Sumpah, matanya sudah tidak mampu membuka mata lagi. Dia terlalu letih sekarang. Sudahlah esok dia perlu kemas barang. Sumaiyah terus mengangguk kepalanya. Yalah. Dia pun dah mengantuk.

"Okay uncle. Jom lah kita tidur"

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Kde žijí příběhy. Začni objevovat