BAB 29

2.4K 85 1
                                    

LANTAS Haura menolak tubuh lelaki itu. Selepas itu, dia terus membetulkan bajunya sedikit. Mangkuk yang berada di atas meja itu diambil.

"S-saya pergi dulu."pinta Haura. Wajahnya sudah memerah bak tomato. Aish, apasal lah dia lupa tutup pintu bilik. Argh! Malunya!

Hilang saja kelibat Haura, Syahriz merengus. Tajam saja matanya menikam ke wajah lelaki itu. Sibuk betul. Melepas sudah dia.

"Apa kau nak"dingin Syahriz bertanya. Posisi baringannya dibetulkan.

"Maaf tuan. Saya tak tahu pulak tuan nak buat anak tadi. Lain kali tuan buatlah malam-malam. Bahaya tahu tak buat waktu siang macam ni. Saya pun naik seram tengok muka tuan tadi."kata Rafqi. Sempat dia tersengih. Sesekali tangannya naik mengaru kepala.

"Suka hati aku lah nak buat anak masa bila. Yang kau sibuk apahal?"rengus Syahriz. Tak ada mood dia harini.

"Alah tuan ni. Marah je kerja. Nanti kalau tuan cepat tua, mesti ramai nak ambil puan dari tuan kan."usik Rafqi.

"Aku bunuh semua lelaki yang ada dalam dunia ni. Ada hati nak ambil bini aku konon. Langkah mayat aku dulu lah"rengus Syahriz.

Rafqi mengekek ketawa. Aih, cemburu buta betul. Memang pupus lelaki dekat dunia ni nanti.

"Kalau tuan bunuh lelaki dekat dalam dunia ni,mesti puan kena berebut tuan nanti."balas Rafqi.

Tapi betul apa. Kalau Syahriz saja lelaki yang ada di dalam dunia ini, pasti Haura akan berebut dengan gadis lain. Masuk akal juga pemikirannya harini.

Syahriz berdecis.

"Aku bunuh semua perempuan. Kan senang."balas Syahriz selamba. Rafqi mengeluh. Alahai, apa punya jawapan lah.

"Habis saya nak kawin dengan siapa kalau tuan bunuh semua perempuan dalam dunia ni? Kalau macam tu terpaksalah saya jadi madu tuan nanti"kata Rafqi. Nadanya dibuat-buat sedih.

Serta merta Syahriz bangun dari duduk. Bantal yang berdekatan dengannya dibaling mengena lelaki itu. Rafqi tergelak besar.

"Bila kali terakhir kau mengucap?"tanya Syahriz.

Tangannya sudah mengepal membentuk buku lima. Rahangnya bergerak-gerak tanda dia geram. Nak je dia cekik wajah lelaki itu. Dasar anak buah syaitan!

"Masa saya tengok tuan beromen tadi."jawab Rafqi jujur.

Serta merta Syahriz memandang tajam ke arah lelaki itu. Eh, boleh pula dia nampak tadi. Haih, jatuh maruah dia.

"Haish, apa yang kau nak sebenarnya."tanya Syahriz lagi.

Soalan tadi diulang kembali. Malas mahu bergaduh. Lelaki itu bukannya tahu menyerah kalah. Hanya tahu menang saja. Sudahnya dia pula yang perlu mengalah.

"Oh tadi, Rifqi kata dia tak dapat kerja lagi dalam masa sebulan ni atas sebab tertentu. Dia minta izin tuan dulu."terang Rafqi. Dia pun tidak pasti kenapa kembarnya bertindak seperti ini. Mungkin hal peribadi.

"Kalau pasal hal peribadi aku benarkan tapi aku harap dia tak tikam belakang aku. Nanti suruh Shah ganti tempat dia"arah Syahriz.

"Ok settle masalah abang saya. Ada satu hal lagi yang tak selesai. Tapi ini pasal puan."

Kening Syahriz ternaik sebelah. Penting macam mana tu? Haura kawin lain ke?

"Kenapa dengan dia?"tanya Syahriz. Laju saja dia bangun daripada duduk di atas katil.

"Berita tentang perkahwinan tuan dengan puan dah tersebar.Black moon dah bertindak dulu. Tanpa Rifqi kita mungkin agak lemah sikit dari segi serangan tapi kita masih kukuh dalam pertahanan. Jadi apa cadangan tuan?"tanya Rafqi.

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now