BAB 37

2K 70 1
                                    

HAURA sudah gelisah. Tangannya mencubit sesama sendiri. Hatinya tidak tenteram betul. Apalah yang lelaki itu buat sekarang. Bergaduh kah? Sepatutnya lelaki itu sudah petang tadi tapi batang hidung pun tak ada.

Dania kata lelaki itu masih tidak pulang lagi. Aih, inilah yang buat hatinya tidak tenteram. Suami dia kut. Gila tak risau. Sudalah lelaki itu kata ada musuh yang mahu menyerang. Takut lelaki itu terkorban pula ke. Aish, stop it Haura.  Rafqi sudah janji dia akan cari lelaki itu sampai dapat. Jadi rasanya tiada apa yang perlu dirisaukan. Ya Allah, kau lindunglah suami aku.

"Mana abang pergi ni? Abang tak sayang saya ke?"omel Haura. Dia merengus kasar. Aih, tak boleh jadi ni. Dia perlu keluar cari lelaki itu juga. Dengan langkah pantas, dia terus menapak ke arah pintu keluar.

Apabila dia memulas tombol pintu, dia terkejut. Ya Allah! Suami dia! Tanpa sebarang arahan, dia membantu Rafqi memapah tubuh suaminya menuju ke sofa.

"Terima kasih, Raf."kata Haura. Rafqi hanya menganggukkan kepalanya. Wajah muram Haura dilihat. Selepas itu, dia mengeluh.

"Maaf kalau saya bawa tuan dalam keadaan macam tu. Saya tak sempat nak halang dia."balas Rafqi sambil menyerahkan semua barang tuannya pada Haura. Haura tersenyum nipis. Bukan salah lelaki itu pun. Salah dia juga.

"Tak apa. Bukan salah awak. Awak pergilah rehat. Maaf susahkan awak harini."balas Haura. Rafqi tersenyum. Sebelum dia pergi, dia memberi tanda hormat dahulu.Dengan langkah berat dia menapak pergi meninggalkan Haura. Haura mengeluh. Perlahan-lahan dia menapak ke arah suaminya yang masih dalam keadaan mabuk.

"Abang...Jom saya bawa awak pergi mandi" kata Haura apabila dia sampai ke arah lelaki itu. Butang baju kemeja lelaki itu dibuka. Syahriz merengek tanda tidak mahu. Lengan gadis itu diusap.

"Abang.. kalau macam tu jom naik tukar baju"ajar Haura tapi sama saja jawapannya. Syahriz tidak mahu.

"Aku tak laratlah love. Badan aku berat"balas Syahriz. Haura mengeluh.

"Kenapa minum arak abang? Bukan ke aba-"

Bibir Haura ditutup menggunakan tangan besarnya. Walaupun mata masih terpejam. Haura mengelengkan kepalanya. Degil betul.

"It's whisky love. Not same" balas Syahriz. Tangannya bermain di wajah gadis itu. Bibir isterinya diusap lembut. Dia ketagih dengan bibir mungil itu. Haura menekup wajah suaminya.

"Sama je abang. Nama saja lain."balas Haura. Syahriz tergelak kecil. Pinggang isterinya ditarik supaya badan mereka bersentuhan. Secara drastik, tangan Haura terletak di dada bidang suaminya. Sudahlah tidak berlapik. Belum sempat Syahriz mahu menyambar bibir Haura, lantas tangan Haura bertindak terlebih dahulu. Walaupun suaminya meminta, tapi dalam keadaan sekarang dia tidak mahu. Suaminya tengah mabuk.

Syahriz mencebik. Kepalanya disengetkan.

"Why Rose? I can't eat you right now?" Tanya Syahriz. Bibirnya sudah memuncung. Tak nak kawan. Senyuman Haura cuba disembunyikan. Sudah lama dia tidak mendengar panggilan itu dari mulut suaminya.Haih, comel juga ya  bapak singa ni.

"Tak boleh"balas Haura. Syahriz terus memuncungkan lagi bibirnya. Air mata lelaki itu mula bertakung.

"Alaaa, i miss you Rose. Kau dah tak sayang aku lagi ke?"

Haura cuba menahan segala otot yang berada dimukanya. Jangan senyum Haura! Terasa rama-rama sudah berterbangan di perut. Aih  tak pernah lagi lelaki itu berkelakuan kanak-kanak seperti ini. Aih, comelnya! Harap-haraplah anak dia akan ikut perangai versi ini. Mesti lagi comel.

"Jawapan saya tetap tak boleh. Selagi abang tak mandi, selagi tu saya tak nak tidur dengan abang"ugut Haura. Mata Syahriz terus segar. Lantas dia menghulurkan tangannya serupa bayi mahu didukung. Haura mengerutkan kening.

"Untuk apa ni?"

"Tolong bawa aku pergi mandi. Aku nak tidur dengan kau"kata Syahriz. Haura menganggukan kepalanya tanda faham. Tangan suaminya ditarik lalu dipapah.

"Haish, beratlah abang ni!"









































































RAFQI hanya memekakkan telinganya apabila Syahriz mula mengadu. Tangannya ligat menaip sesuatu dilaptop. Lelaki itu langsung dia hiraukan. Haura itulah, inilah. Kan dia sudah kata semalam. Dia tak nak layan! Padanlah muka. Siapa suruh buat kerja gila. Kan dah mendapat.

Syahriz pula merengus tanda tidak puas hati. Kenapa lelaki itu tak layan dia? Sudahlah kali ini Haura semakin berani. Ada ke patut Haura mengunci pintu biliknya tadi? Dia mandi pun dalam bilik Rafqi. Nasib baiklah lelaki itu baik hati.

"Weh, Raf. Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?"kata Syahriz. Bahu lelaki itu digoncangkan berkali-kali. Rafqi berdecis.

"Tuan pergi main jauh-jauh lah. Saya ada banyak kerja ni"rengus Rafqi. Syahriz mencebik bibir. Aish, tak jadi pula.

"Aku ni tuan kau tau. Kau tak boleh layan aku macam ni."kata Syahriz. Dia mengharapkan lelaki itu akan tarik balik katanya. Tapi hampa. Rafqi semakin malas mahu layan kerenah dia.

"Dalam Islam, hamba dan tuan tidak boleh digunakan. Jadi tuan kena berhenti jadikan kami hamba mulai dari harini" balas Rafqi. Syahriz tersentak. Dia mengangguk kepalanya. Haih,pandai pula lelaki itu guna otak. Ingatkan masih hilang lagi.

"Kau tolonglah aku. Haura mengajuk lagi. Aku bukannya sengaja teguk air tu. Kau tolong cakap dengan dia eh?"kata Syahriz. Rafqi mengelengkan kepala.

"Sengaja ke memang ada niat?"sinis Rafqi. Syahriz hanya menundukkan kepala. Yalah. Dia mengaku. Dia sengaja. Setakat 7 botol kut. Tak ada lah banyak sangat pun.

"Yalah. Aku janji aku tak minum lagi dah. Aku minta maaf pasal tu"balas Syahriz. Rafqi mengelengkan kepalanya lagi. Tak. Salah orang.

"Minta maaf pada Allah dengan puan Haura. Semalam puan Haura merayu suruh saya cari tuan tapi tengoklah tuan buat apa semalam? Tak reti bersyukur betul!"sinis Rafqi.

Laptopnya ditutup lalu laju saja dia bangun dari duduk. Tanpa menghiraukan lelaki itu, Rafqi terus menapak pergi. Dalam hatinya sudah mengekek ketawa. Padan muka. Dia buat semua ini pun atas rancangan Haura. Ahak. Sekali sekala. Apa salahnya.

Syahriz sudah terpinga-pinga. Sampai hati betul buat dia begini. Apa salah dia?

"Tak apa kalau dia tak nak tolong aku biar aku yang tolong diri sendiri. Aku Syahriz lah. Apa yang aku nak aku dapat. Heh!"rengus Syahriz. Tunggulah nasib mereka nanti. Dia akan buat sesuatu diluar jangka kauorang. Tunggulah nanti!

Disisi lain,Rafqi sudah mengekek ketawa. Padan muka. Itulah nak sangat buat maksiat kan. Nasib baiklah dia mahir dalam bah mencari orang. Kalau tidak? Dia langsung tidak tahu di mana lelaki itu. Punyalah jantung dia berdegup laju semalam bila Haura call dia. Dia pun ada rasa risau tahu? Haih, semoga apa yang Haura rancang dapat memberi hidayah pada tuannya.

Kita doakan sajalah. Supaya Sejahat syaitan, boleh jadi sebaik malaikat.

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now