BAB 58

1.7K 71 1
                                    

KOTAK cincin dilihat. Lama dia tenung. Di fikirannya terlintas satu perkara. Perkara itu membuatkan hatinya semakin lama debaran itu kian terasa. Hatinya jadi tidak keruan sejak semalam. Takut pun ada juga. Memang dia yang berani cucuk sarang musuh sebab itulah dia perlu hadap kemungkinan yang akan berlaku. Tapi...

"Aku gagal selamatkan Firash dulu Raf. Aku tak nak kejadian tu berulang lagi. Aku tak boleh maafkan diri aku kalau aku gagal selamatkan kau "

Rafqi hanya mengeluh. Dia percaya Syahriz akan selamatkan dia kalau ada apa-apa yang akan berlaku tapi kalau ajal dia sudah sampai nanti apa yang boleh dia buat. Hanya berserah saja lah. Semalam, dia sudah berdoa supaya apa yang dia rancang akan menjadi lancar. Biarlah hari ini hari terakhir dia dapat bersuka ria dia tidak kisah.

"BAAA!"jerkah Syahriz. Lantas bahu Rafqi terhinjut. Dadanya dipegang. Ush, lain macam saja ni. Syahriz ketawa kecil. Belakang lelaki itu ditepuk. Lantas dia duduk di kerusi kosong di hadapan lelaki itu.

"Kau fikir apa ni? Garang je muka"tanya Syahriz. Rafqi hanya tersenyum kelat. Wajah lelaki itu dipandang.

"Tak ada apa-apa"balas Rafqi perlahan. Suaranya pun kini serak sedikit. Mungkin sebab dia tidak minum air sejak semalam. Syahriz hanya mengangguk. Pandangannya teralih ke arah kotak cincin yang berada di tangan Rafqi. Lantas keningnya ternaik. Omoooo Rafqi dah nak meminang orang.

"Tak sangka kau dah pandai nak melamar orang."tegur Syahriz. Lantas Rafqi mengerutkan kening. Melamar?

"Apa yang.."pandangannya teralih ke arah kotak cincin yang berada di dalam tangannya. Lantas dia mengangguk tanda faham. Oh, cincin ni.

"Ohh, cincin ni.. sebenarnya saya nak bagi dekat tuan"balas Rafqi selamba. Tidak semena-mena Syahriz tersentak. Lantas dia bangun dari duduk. Ah sudah! Kalau Haura tahu ni memang mati dia kena smeakdown. Lagipun, Haura sekarang makin garang.

"Kau demam ke apa? Aku suami orang lah"balas Syahriz terkejut. Tangannya serta merta naik memegang dada. Ini pasti kes tak ada orang nak ni. Eh, Rafqi tu kacak kut kenapa dia juga yang lelaki itu nak? Rafqi mengerutkan keningnya. Dah kenapa lelaki ni? Kisah apa aku dia suami orang. Bukannya dia nak try pun.

"Haish, tuan ni. Saya nak suruh tuan jaga cincin ni sampai kes DD ni dah tak wujud dekat dunia ni. Lagipun, saya tak ada seleralah dengan tuan."balas Rafqi senada. Wajah pelik tuannya dilihat sekilas. Syahriz terus mengecilkan bebola matanya. Tak ada selera? Haura berselera je dia tengok.

"Kenapa aku pula yang perlu jaga cincin ni? Kenapa kau tak jaga sendiri je?"tanya Syahriz. Kotak cincin itu dibelek. Tangannya gatal mahu lihat isi dalam. Cantik betul rekaan cincin ni. Pasti untuk orang istimewa. Rafqi tersenyum nipis.

"Kalau saya pendek umur, anggaplah tu hadiah dari saya. Tapi... tuan boleh simpan cincin tu kalau tuan nak. Mana lah tahu tuan nak hadiahkan pada puan pula nanti"balas Rafqi. Serta merta Syahriz terkedu. Tubuhnya tidak bergerak. Kenapa lelaki itu kata macam itu pula? Dah nak mati ke?

"Kalau pasal umpan tu, aku dah janji yang aku akan selamatkan kau nanti. Aku..."

"Saya cakap macam ni pun sebab saya takut saya tak sempat nak minta maaf dengan tuan, dengan puan. Saya cuma takut."cantas Rafqi laju. Memang betul dia takut. Siapa saja tidak takut mati? Dia masih banyak dosa. Syahriz mengangguk faham. Belakang lelaki itu ditepuk beberapa kali.

"Kau memang sama macam Firash. Sebijik sangat. Sampaikan aku rasa kau tu Firash"balas Syahriz. Dia tersenyum kelat. Jujur, dia memang rindu akan kawan baiknya itu. Dia langsung tidak boleh lupakan. Benarlah, orang baik walaupun sudah tiada di dunia ini akan sentiasa dikenang. Rafqi mengeleng tanda tidak setuju. Firash yang dia kenal memang seorang berani tapi dia? Dia seorang yang pengecut. Lelaki itu sanggup mati demi kebaikan kawannya tapi dia? Mampukah dia buat semua itu?

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora