BAB 27

2.6K 84 0
                                    

RAFQI merengus. Muncung saja bibirnya. Mana tidaknya. Sudah seminggu tuannya pergi berbulan madu. Tak akan lah masih tak puas lagi kut. Dia bosan tahu tak!

"Uii""tegur Dania. Sempat dia mencuit bahu lelaki itu.

Rafqi menjegilkan matanya. Minah ni sibuk saja lah. Nak saja dia bagi siku. Tapi disebabkan umur gadis itu lagi tua darinya, dia terpaksa hormat gadis itu.

"Apa kau nak"dingin saja suara Rafqi menyapa.

Dania mencebik. Gurau sikit pun tak boleh. Makin garang pula lelaki ini. Pasal apa pun dia tidak tahu.

"Kau ni kenapa murung je? Daripada semalam lagi kau macam ni. Kau tak nak share masalah kau ke?"tanya Dania. Seraya dia melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Rafqi.

"Aku akan terus jadi macam ni selagi tuan tak balik."kata Rafqi. Dania tergelak kecil. Kepalanya tergeleng-geleng. Pelik-pelik betul.

"Aku tak boleh bayangkan kalau tuan pergi nanti. Macam mana lah perangai kau nanti?"kata Dania. Dia tersenyum. Rasanya lelaki itu boleh jadi gila nanti.

"Kenapa pula kau cakap macam tu? Tak baik tahu tak."kata Rafqi.

Tajam matanya memandang ke arah gadis itu. Dania tidak gerun malah dia terus ketawa lagi. Kelakar sangat ke muka aku ni?

"Tak ada lah. Masa mula-mula kita kerja dengan tuan, kau lah orang yang paling benci tengok muka dia. Aku ingat lagi kau sanggup menyamar jadi pocong semata-mata nak dia demam tapi kau sendiri yang demam."kata Dania sambil tersengih.

Rafqi turut tersenyum juga. Dia pun turut ingat lagi bagaimana cara tuannya melayannya dulu. Lagi garang daripada sekarang. Mahu tergelak pun ada juga dulu. Dia ingat lagi bagaimana tuannya menjaganya semasa dia demam. Lelaki itu walaupun garang tetapi penyayang.

"Yeah, aku pun ingat lagi pasal tu."gumam Rafqi. Secara tidak langsung memori lama menerjah kembali di benak fikirannya.

Bubur yang berada ditangan lelaki itu ditolak. Syahriz mengerutkan keningnya. Kemudian, mangkuk lelaki itu dihempas kasar di atas meja.

"Kau ni jangan nak jadi budak kecik lah. Aku tak ada masa nak layan orang macam kau."marah Syahriz. Sempat dia membebel.

"Kalau macam tu kau pergi lah! Biar aku mati dekat dalam bilik ni"lawan Rafqi. Dia merengus kasar lalu menarik selimutnya sehingga menutupi kepala.

Syahriz mengeluh. Aih, budak ni ada jugak aku bagi makan racun sekejap lagi. Tangan Syahriz terus menarik kasar selimut itu.

"Apa kau nak!"marah Rafqi. Hampir saja dia mahu menumbuk wajah lelaki itu tapi tangan Syahriz pantas menahan. Rafqi mengetap giginya.

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now