BAB 7

3.3K 119 3
                                    

TERUS terangkat kening Syahriz mendengarnya. Keputusan yang bijak tapi belum cukup memuaskan. Dia sebenarnya tidak mahu gadis itu membuat keputusan dengan cara terpaksa tapi tak apa sampai juga jodoh akhirnya.

"Are you sure? "

Haura hanya menganggukkan kepalanya. Dia sudah yakin dengan keputusannya. Dia tidak boleh biarkan kakaknya mati sekali. Kalau ditakdirkan dia mati di tangan lelaki itu sekalipun dia tidak kisah. Sekurang kurangnya dia boleh membantu gadis itu.

"Y-ye"jawab Haura terketar-ketar.

Syahriz pun menganggukkan kepalanya. Baik, kalau itu yang gadis itu nak dia akan buat. Secara tidak langsung tubuh Haira dilepaskan. Terbatuk-batuk Haira dibuatnya. Dipejam mata bagi mengurangkan sakit.

"Kalau macam tu kau bole-"

"Boleh bagi saya beberapa minit?"cantas Haura laju. Kalau boleh dia nak sangat luangkan masa dengan kakaknya walaupun sekejap. Biarpun untuk kali yang terakhir.

Syahriz terus melepaskan keluhan berat. Banyak betul permintaan tapi dia mungkin faham akan maksud sebenar perempuan itu. Jadi dia bukannya kejam sangat tak nak beri perempuan itu peluang.

"Kalau macam aku bagi 4 minit untuk kau"kata Syahriz dengan suara datar.

Selepas itu, dia mengarahkan Rafqi untuk mengangkut semua barang perempuan itu. Selepas memastikan semuanya membuat kerja, dia terus menapak pergi ke luar rumah. Tidak mahu berlama lama di dalam rumah itu. Bukan apa cuma dia mahu melihat suasana di kawasan ini saja.

Rafqi terus bertindak seperti diarahkan. Sempat lagi dia mengeyit matanya ke arah Haura.

"Nanti kita kenal-kenal eh?"bisik Rafqi di cuping telinga gadis itu.

Haura hanya tersenyum kekok saja. Dia ingatkan lelaki itu garang tetapi dia masih tidak percaya saja. Ada lagi orang yang berperangai seperti ini hidup dengan lelaki yang mengerikan itu?

"Tak payah mengadalah"kata Rifqi. Dia terus menolak adiknya bergerak ke keluar. Dia memberikan ruang untuk adik beradik itu buat drama. Kalau ada apa apa terjadi baru dia masuk semula.

Selepas itu, matanya teralih ke arah kakaknya yang jelas kelihatan marah. Dia tahu kakaknya marah sebab apa. Jadi dia perlu hadap saja.

"Kak ak-"

PANG!

Satu tamparan hinggap di pipi Haura. Terteleng dia dibuatnya. Dia terus memegang pipinya yang terasa pijar. Selepas itu, dia kembali melihat ke arah perempuan itu.

"Kau memang suka jantan tu ke sampai kau nak kena kawin dengan dia?!"marah Haira.

Terbutang biji mata Haura mendengar fitnah yang dilontarkan oleh kakaknya. Apa yang perempuan itu fikir sampai jadi macam ni? Apa? Dia ada buat salah?

"Kenapa kau fikir macam tu? Aku pilih jawapan tu pun sebab aku nak selamatkan nyawa kau!"terang Haura.

Mendengar jawapan itu Haira terus berdecis. Apa punya jawapan lah. Kalau macam tu baik dia saja yang kawin dengan lelaki itu.

"Baik aku jual saja kau dari aku bagi free dekat dia. Kalau kau ikut jantan tu aku dapat apa? Kau memang lah dapat duit habis aku ni?"tanya Haira sambil mengoncang badan Haura. Geram betul lah dia!

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now