BAB 6

3.7K 146 4
                                    

"KAU tahu apa salah kau"Tanya Syahriz senada. Dia hanya memandang ke arah kedua orang lelaki itu dengan pandangan datar sahaja. Kedua orang lelaki itu tidak menjawab soalan malah mereka hanya menunduk memandang lantai.

Syahriz terus melepaskan keluhan. Memang dia rasa macam bercakap dengan tunggul sekarang. Tanpa menunggu balasan dia mengambil pistol di dalam laci kecil mejanya. Perlahan lahan dia menarik picu.

Klick!

Pistol itu diarahkan kepada kedua orang lelaki itu. Tangannya sudah bersiap sedia untuk menembak sesiapa saja sekarang.

"Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?"tanya Syahriz perlahan. Tapi suara garau itu cukup membuatkan kedua orang lelaki itu takut.

"D-dengar tuan"jawab Rifqi gagap.

Pucat mukanya memandang pistol itu. Dia tahu lelaki itu tidak bermain dengan percakapan tapi sebaliknya lelaki itu bermain dengan cara fizikal.

"Kenapa kau tak jawab soalan aku kalau kau dengar."tanya syahriz lagi. Nada suaranya masih perlahan. Dia masih tidak meninggikan suaranya.

"M-maaf tuan.S-semalam.. hmm s-semalam"

BANG!

Bunyi tembakan dilepaskan. Terhinjut bahu orang yang berada di sekitar itu. Mana tak nya tiba-tiba saja menekan picu itu memang lah orang lain terkejut.

"Kau tahu aku tak suka menunggu kan?"tanya Syahriz dengan suara datar.

"M-maaf tuan. Saya janji saya tak akan buat lagi"kata Rifqi.

"Sambung"

"S-semalam saya yang cuba halang apa yang Rafqi buat sebab saya takut k-kalau..k-kalau..."kata Rifqi gagap lagi.

Tangannya naik mengaru kepala.Kenapa susah pula dia mahu bercakap pula sekarang. Apa yang sudah jadi pada lidahnya.

"Kalau apa!"tengking syahriz.

Boleh pula lelaki itu gagap dengan ayat akhir. Geram betul dia lah. Kepalanya ditunduk kebawah bagi mengelakkan amarahnya naik mendadak. Takut juga kalau dia tertembak sesiapa nanti.

"Dia takut kalau ayah tuan pun mati sekali nanti. Jujur saya cakap tuan, kalau ayah saya tak jumpa dengan ayah tuan mesti ibu kami masih suci lagi kan?"potong Rafqi sebaik saja dia daripada tadi mendiamkan diri.

Terus terangkat kepala Syahriz apabila mendengar soalan itu. Dia tidak marah tapi dia tahu semua ini berpunca kepada lelaki tua itu. Kononnya peguam yang berjaya, bersifat mulia, dan bertanggungjawab tapi sebaliknya lelaki itu sanggup buang anak sendiri demi kepentingan nama baiknya.

Tapi tak apa bukannya dia mengaku lelaki itu adalah ayahnya jadi dia tidak kisah. Asalkan lelaki itu tidak menganggunya itu pun sudah cukup.

"Kenapa kau tak bunuh saja dia?"tanya Syahriz.

Rafqi terus tersenyum kelat. Dia yakin abangnya tak akan benarkan dia lakukan itu. Jadi apa yang dia boleh buat?

"Kalau saya handal bab tu, mungkin saya dah bunuh dia tapi.."

Dia cuba untuk tidak menangis di depan tuannya. Apatah lagi sekarang dia sudah besar. Jatuh maruah dia nanti. Tetapi perasaan sebak apabila teringat nasib ibunya menusuk ke hati. Dia memang tidak boleh mengingati kejadian itu lagi. Sumpah dia tidak sanggup.

"saya tak sekejam itu. Cukuplah apa yang jadi pada ibu saya. Saya tak nak dia kecewa dapat anak macam saya. Dapat tengok dia senyum pun saya dah gembira."sambung Rafqi.

TAP!

TAP!

Satu tepukan tangan kedengaran dari belakang. Serta merta semua terpaling ke belakang mereka untuk melihat gerangan itu. Lelaki itu menepuk tangannya sambil tersenyum memandang wajah Rafqi.

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now