BAB 46

1.7K 61 1
                                    

BOTOL kaca yang berada di atas meja itu disentuh. Jenama botol itu dilihat dahulu sebelum memandang ke arah lelaki tua yang tersenyum sinis memandangnya.

"Questa cosa è originale o no? (Benda ni asli atau tidak?)"tanya Syahfiq dalam bahasa Itali. Lelaki tua itu tersenyum sinis.

"Deve essere. Ti ricordi che sono povero? (Mestilah. Kau ingat aku ni miskin?)"balas lelaki tua itu. Syahfiq tersenyum sinis. Botol kaca yang berada di tangannya digengam kuat.

"Allora, perché vuoi venire qui? (Jadi, apa yang kau nak datang sini?)"tanya Syahfiq. Tidak mahu membuang masa lagi. Lagipun, selepas ini dia mahu keluar. Air arak dituang ke dalam gelas.

"Dov'è Syahriz? Deve averlo avuto una volta. (Mana Syahriz? Dia mesti perlu ada sekali)"tanya lelaki tua itu. Syahfiq ketawa kecil. Syahriz? Dia pun tidak tahu ke mana lelaki itu pergi setelah semua harta lelaki itu dia ambil.

"Syahriz? Forse mendicante indietro. ( Syahriz? Mungkin jadi pengemis balik)"balas Syahfiq sinis.

Lelaki itu mengerutkan keningnya. Sekejap, apa yang berlaku? Kenapa lelaki sehebat itu boleh jatuh miskin? Pasti ada musuh yang hebat dapat menumpaskan raja itu. Mustahil pun ada juga.

"mendicante? come può essere povero? (Pengemis? Macam mana dia boleh jatuh miskin?)"tanya lelaki tua itu.

Syahfiq ketawa besar apabila melihat wajah pelik lelaki tua itu. Haih, geli hatinya. Tapi masuk diakal juga. Syahriz pun masih tiada khabar berita. Perkara yang lepas terjadi masih teringa-ringa di benak fikirannya.

Beberapa minggu lepas...

KTAK!

Pintu ditendang kuat. Kakinya terus menapak masuk ke dalam suatu bilik. Figura seseorang dicari namun hampa batang hidung pun tidak ada. Syahriz merengus kasar. Baru saja dia mahu menapak masuk selangkah, lengannya ditahan seseorang.

"Keluar kalau kau tak nak mati"ugut salah satu pengawal. Syahriz menempis kasar. Perut pengawal itu ditendang. Senyuman sinis terukir. Mati konon. Pergi berampus lah!

Kolar baju pengawal itu ditarik sehingga tubuh lelaki itu tidak dapat menjejak lantai. Badan lelaki itu dihempas ke dinding berdekatan. Rahang lelaki itu dicengkam.

"Mana tuan kau! Kalau dia nak bunuh aku sangat. Kau cakap sekarang! Mana dia"tengking Syahriz. Cengkaman semakin dikuatkan. Pengawal itu terbatuk-batuk apabila dia tidak dapat bernafas. Tangannya cuba menempis namun gagal.

"Mana tuan kau!"jerkah Syahriz lagi apabila jawapan tidak diberi. Memanglah dia tidak dapat jawapan. Lelaki itu sudah kehabisan nafas tapi dia kisah apa? Biar lelaki itu mati. Baru puas hati dia.

"L-lepas..urk!"ronta pengawal itu. Habis merah padam wajahnya. Kalau makin lama nanti dia boleh mati tercekik. Lagipun, bila mengenangkan dosa, dia masih tidak mampu menapak ke syurga jadi biarlah dia hidup.

"Jawab soalan aku dulu!"marah Syahriz. Rontaan itu dihiraukan. Peduli apa aku kalau lelaki itu mahu mati sekalipun.

"A-aku t-tak tahu! Uhuk! Uhuk!"jawab pengawal itu. Syahriz merengus kasar. Semua tak tahu. Habistu lelaki itu tahu apa je?

"Kau.."

"Tak akan lah pekerja aku pun kau nak bunuh Syahriz. Ingat, ni tempat aku bukan tempat kau"cantas Syahfiq dari belakang. Syahriz tersenyum sinis. Tidak kisahlah pasal tempat. Aku datang sini bukannya mahu tengok tempat pun.

"Pergi mampus dengan tempat kau! Sekarang ni apasal kau nak ambil Haura! Hah! Aku dah bagi DD kan apa yang tak cukup lagi!"marah Syahriz. Syahfiq ketawa kecil. Lucu betul. Raja syaitan sudah sayang isteri ke? Wah, tak sangka betul. Hati lelaki itu sudah hidup.

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now