BAB 15

2.9K 102 0
                                    


"ROSE" Panggil Syahriz. Serta merta langkah Haura terhenti. Lelaki itu memang akan panggil dia dengan nama itu ke? Perlahan-lahan Haura memusingkan badan menghadap lelaki itu. Wajah lelaki itu juga masih sama. Datar, beku dan tegang. Itulah hakikatnya. Tiada langsung senyuman.

"Awak panggil saya?"

"Siapa lagi yang ada dekat sini selain daripada kau? Come. "arah Syahriz. Haura terus mencebik. Ceh, tak pernah berlembut betul. Dasar bapak singa.

Sampai saja Haura berada betul-betul berada di hadapan lelaki itu, dia terus menatap wajah. Uuu, beraninya dia tatap wajah lelaki garang tu.

"Aku ada buat apa-apa ke dekat kau semalam?"tanya Syahriz. Riak wajahnya langsung tiada tanda-tanda lelaki itu rasa bersalah. Malah riaknya tenang saja. Memang tiada perasaan langsung.

Haura terus mengeleng. Rasanya tiada apa apa yang serius pun. Cukuplah semalam dia mengambil kesempatan. Anggap saja lah hadiah lah tu. Syahriz terus mengeluh.

"Kalau aku ada buat apa-apa just tell me."

Cepat-cepat Haura terus menidakkan. Lagipun memang betul tiada apa apa terjadi pun semalam. Lelaki itu hanya tidur saja. Dia pula hanya tukang dodoi. Sudah seperti tidurkan budak-budak pula. Tapi memang betul pun lelaki itu seperti budak-budak. Manja sungguh.

"Pasal kawin tu awak memang betul-betul ke?"tanya Haura.

Dia mahukan kepastian. Tapi malangnya lelaki itu menganggukkan kepala. Aduh, dia takut betul dengan lelaki itu. Bukan apa cuma entahlah dia dapat rasakan banyak aura negatif yang menyerbu dirinya.

"Kita tak boleh kawin selag.."

" Aku tak nak dengar alasan kau. Memandangkan kau tanya lagi pasal ni,aku cepatkan lagi tarikh kawin kita."kata Syahriz. Dia tersenyum memandang wajah pucat gadis itu. Apalah yang gadis itu takutkan? Bukannya dia mahu bedah perempuan itu hidup-hidup. Kawin saja kan?

"Tapi.."

"Tak ada tapi.Get ready my Rose. We don't have many time. "kata Syahriz sambil mengenyitkan matanya.

Haura hanya terkaku. Entah apa yang dia mahu kata sekarang. Macam mimpi saja. Tak lama lagi dia bakal jadi isteri orang? Nak gembira atau mahu nangis? Dia langsung tidak boleh pilih sekarang.

"Apa mak.."

PRANG!

Tersentak Haura apabila mendengar sesuatu yang pecah. Kuat pula bunyinya tu. Syahriz pula sudah tersenyum memandang ke tingkat bawah. Satu tangannya sudah berada di belakang. Entah apa yang lelaki itu pegang pun dia tidak tahu.

Tangan Syahriz pula laju naik mengacu pistol di hadapan Haura. Perlahan-lahan dia menekan picu itu dan kemudian..

BANG!

Haura terus menutup mata. Pasti sakit bila peluru itu hinggap di wajahnya.

Satu saat..

Dua saat..

Tiga saat...

Aik, tak rasa sakit pun? Dia sudah mati ke? Ataupun badan dia sudah kebal? Perlahan-lahan dia membuka matanya. Terbeliak matanya melihat wajah lelaki itu sudah tersenyum memandangnya. Aih, dia hampir mati tahu?

"Awak nak bunuh saya ke?"marah Haura. Mahu gugur jantungnya apabila melihat pistol itu. Haih,nasib dia hidup lagi.

Syahriz terus tersenyum menyenget. Perlahan-lahan dia mendekatkan jarak mereka. Selepas itu, tangannya naik memegang kepala perempuan itu. Disentuh lembut.

"Aku tak akan bunuh kau my Rose. Sudah, mari kau kena pergi dekat tempat selamat. Aku tak nak kau mati pula kat sini. Buat susah aku je nak tanam kau. Come. "Kata Syahriz. Dengan hati yang gembira, dia terus menapak ke bawah seperti tiada apa-apa yang berlaku.

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now