BAB 18

2.7K 101 4
                                    

"KALAU aku gerak apa yang akan jadi?"tanya Syahriz sinis. Dia memandang wajah gadis itu dengan senyuman meleret. Tak sangka perempuan ini semakin berani.

"S-saya bunuh awak"kata Haura. Tangannya terketar-ketar memegang kaca. Dia dapat kaca ini pada cermin yang pecah tadi. Berderai kut cermin itu lelaki itu kerjakan.

"Kau nak bunuh aku?"tanya Syahriz seakan-akan tidak percaya. Perempuan itu memang berani. Tak apa dia suka.

"Saya..."

"Kenapa? Kau nak bunuh aku atas alasan apa?"Tanya Syahriz lagi. Dia langkah ke arah gadis itu perlahan-lahan. Haura sudah gelisah. Dia pegang benda tajam kut. Kenapa lelaki itu boleh rapat pula?

"J-jangan dekat!"jerkah Haura. Syahriz terus menghentikan langkahnya. Dia melepaskan nafas berat.

"Hey, relax. I'm not gonna hurt you. Aku cuma tanya ni Rose,kenapa kau nak bunuh aku?"tanya Syahriz. Tangannya naik ingin memegang kepala gadis itu tapi Haura serta merta menepis kasar.

"Sebab awak tak layak hidup! Awak bunuh orang sesuka hati awak! Awak anggap saya pelacur! Awak memang manusia berhati binatang!"kata Haura. Naik turun nafasnya. Syahriz tersentak. Pandangannya menjadi redup. Dia menghembuskan nafas perlahan.

"Aku ni jahat sangat ke?"

"Ye awak jahat! Lagi kejam dari syaitan!"kata Haura. Biar lelaki itu sedar diri sikit. Ada hati nak sental hati aku guna berus dawai. Hadap dululah perangai sebenar aku.

"Kalau macam tu kenapa ibu ayah aku tak bunuh je aku dulu?"

Haura terus terkedu. Matanya masih memandang wajah lelaki itu. Tapi yang dia pelik sekarang, wajah lelaki itu seolah-olah kecewa dengan dirinya. Pandangan lelaki itu tidak setajam dulu.

"Jangan salahkan ibu ayah awaklah Tuan Syahriz. Awak sendiri yang tak pandai fikir masa depan awak."jawab Haura pedas. Syahriz terus tersenyum kelat.

"Aku dari kecil memang diajar jadi macam ni. Tak ada siapa pun yang nak ubah aku jadi baik. Ayah aku hanya gunakan aku supaya dia dapat apa yang nak sampai sanggup buang aku. Did you see? I'm the only one who call the devil. Tapi dia? Nama dia masih suci."

"Saya.."

"Aku ambil kau sebab aku tahu kau dapat tolong aku jadi lebih baik. Tapi apa yang aku dapat? Kau pun sama je dengan orang lain."potong Syahriz. Air matanya sudah mengalir.

Haura terus terkejut. Sesenang itu lelaki itu boleh menangis? Aku memang dah salah anggap ke selama ni. Entah kenapa lidah aku terkelu memandang lelaki yang memegang gelaran Raja Syaitan itu mudah menangis.

"Saya minta maaf."kata Haura.

"Tak apa. Kalau kau nak aku lepaskan kau baik, aku lepaskan. Kau pergilah.Jangan risau aku tak akan cari kau lepas ni."kata Syahriz. Baru saja dia mahu keluar dari bilik, tangannya ditarik. Serta merta Syahriz memberhentikan langkahnya. Pandangannya jatuh ke arah gadis itu.

"Saya betul-betul minta maaf. Saya tak patut buruk sangka dekat awak. Jujur saya cakap saya takut bila nampak sisi jahat awak. Saya minta maaf"kata Haura.

"Don't blame yourself. I don't like my Rose hurt. Rehatlah."kata Syahriz. Dia melepaskan tangan gadis itu. Selepas itu, dia menghulurkan satu beg plastik. Beg makanan itu diletakkan di atas katil.

" Ni baju kawin kau esok. Terpulang pada kau untuk teruskan perkahwinan esok atau tidak. Aku tak akan paksa kau lagi"kata Syahriz. Dia terus menapak keluar. Pintu yang dibuka ditutup. Haura hanya terkaku saja. Perlahan-lahan dia melepaskan serpihan kaca.

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Onde histórias criam vida. Descubra agora