BAB 25

2.9K 103 0
                                    

HAURA hanya mendiamkan diri. Daripada tadi dia melihat pemandangan di luar tingkap kereta. Apa yang menarik pun dia tidak tahu. Tapi itulah yang dia suka buat dari dulu sehingga sekarang.

"Daripada kau tengok kereta baik kau tengok aku"tegur Syahriz. Dia sebenarnya bosan juga. Daripada tadi gadis itu hanya mendiamkan diri. Apa salah yang dia sudah buat?

"Buat apa saya tengok awak?"balas Haura pendek.

Syahriz mengeluh. Baiklah dia sudah dapat jawapan. Isterinya memang sedang marah sekarang. Mungkin dia buat keputusan sendiri? Alah, pergi honeymoon saja pun bukannya pergi berperang.

"Ye lah. Sorry sebab aku tak bagitahu kau yang kita dalam perjalanan nak pergi honeymoon . Lagipun bukannya aku yang tempah tempat tu tapi orang lain yang tempah."kata Syahriz jujur. Lagipun buat apa dia mahu menipu. Bukannya ada faedah pun. Lagi menyakitkan hati adalah.

"Habistu siapa yang tempah?"tanya Haura.

Secara tidak langsung, wajahnya terpaling ke arah lelaki itu. Matanya masih tetap tajam menikam mata lelaki itu. Tiada langsung senyuman di bibir. Ya! Memang dia marah sangat.

"Raf"balas Syahriz.

Haura menganggukan kepalanya tanda faham. Tangannya mengepal membentuk buku lima. Memang matilah lelaki itu dia kerjakan. Tunggulah nasib lelaki itu nanti!

"Kau nak singgah mana-mana dulu?"tanya Syahriz. Lagipun perjalanan jauh lagi. Takut gadis itu kelaparan pula. Ye lah, perempuan kan memang makan banyak.

"Tak nak"

Syahriz mengeluh. Perlahan-lahan tangannya menarik tangan putih isterinya. Tangan gadis itu digengam. Haura hanya membiarkan. Lagipun sudah halal tak apa kut.

"Kau marah lagi?"

Haura mengelengkan kepalanya perlahan. Dia tidak marah pun lelaki itu. Kenapa tiba-tiba saja?

"Rose.."panggil Syahriz meleret. Perlahan-lahan Haura memandang wajah kacak suaminya. Ye lah tadi dia hanya tunduk saja.

"When I speak, please look at my face. Aku tak suka kalau kau tundukkan muka kau. You are not my slave untuk tundukkan muka"kata Syahriz.

Haura mencebik. Tengok luar salah,tunduk salah. Kalau pandang wajah kau pula nanti kata aku pula yang rogol muka kau. Eh, peninglah macam ni!

"Suka hati aku lah nak pandang mana pun."gumam Haura perlahan. Tapi Syahriz pantas menangkap ayat itu.

"Sejak bila kau pandai melawan ni? Bahasa pun kasar"tegur Syahriz.

Haura tersentak. Dia dengar? Tapi baguslah kalau lelaki itu dengar. Biar lelaki itu sakit hati.

"Sejak kita kawin"balas Haura.

Serta merta sebelah kening Syahriz ternaik. Dia merengus lalu terus menghentikan keretanya di tengah jalan. Tak kisah lah mereka mati sekalipun harini.

Haura terjerit kecil apabila kereta tersebut tiba-tiba saja berhenti. Sudahlah brek mengejut. Mahu dia mati sekejap lagi.

"Awak dah gila ke!"marah Haura.

Syahriz menghembuskan nafas perlahan. Baru saja dia mahu menyentuh kepala gadis itu, lantas Haura menempis kasar.

"Hei, kau kenapa ni? Aku ada buat salah ke Rose?"tanya Syahriz. Nadanya cuba dikawal. Walaupun dia baru saja kenal gadis itu tapi dia tahu Haura bukan perempuan yang suka marah orang secara tiba-tiba.

"Apa yang awak dah buat semalam Syahriz?! Kenapa muka awak lebam hah? Tangan awak calar. Apa yang awak cuba sorokkan dari saya?"

Syahriz terjeda. Dia hanya mampu diam. Gadis itu masih terlalu awal untuk tahu semua kegiatan dia. Dia tidak mahu gadis itu turut masuk dalam dunianya. Dia tidak boleh biarkan gadis itu dalam bahaya.

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now