BAB 19

2.7K 88 0
                                    

DANIA membetulkan awning tudung bawalnya. Haih, asal ada majlis saja mesti tudungnya tidak akan beri kerjasama. Bila pakai hari biasa elok saja. Pelik.

"Tak berubah pun muka kau tu kalau kau hadap cermin lama-lama. Bukannya cantik "sindir Rifqi.

Dania terus memandang tajam ke arah lelaki itu. Berani lelaki itu cakap dia buruk. Macamlah lelaki itu handsome sangat. Kacak lagi si Rafqi tu.

"Kacau hidup awak ke?"kata Dania sambil menjegilkan matanya. Dia menyambung balik perbuatannya yang terganggu tadi. Alahai, kalau lelaki itu nak guna cermin sekalipun di dalam rumah ni belambak cermin. Kecil ada, besar ada, bulat ada lonjong ada. Tak akan lah lelaki itu tak tahu.

"Tak, tapi aku suka tengok"balas Rifqi. Dania terus mengerutkan kening. Aih, itu puji ke? Entahlah dia tidak pasti.

"Tengok apa?"Tanya Dania. Dia memandang wajah Rifqi bingung. Rifqi terus mengeluh. Aih, susah betul nak faham.

"Dah lah pendek. Muka buruk. Dungu. Lembab pulak tu. Aku cakap pun kau tak faham satu apa. Susahlah nak ngorat kau ni"keluh Rifqi. Dia menunjal-nunjal kepala gadis itu. Terus cemberut muka Dania. Sempat pula lelaki itu mengata dia. Apa? Lelaki itu sempurna sangat?

"Kalau tak pandai mengorat jangan mengorat. Sudahlah ada apa yang awak nak sampaikan."tanya Dania. Malas mahu perang mulut. Kalau diteruskan lagi boleh jadi kiamat dunia ni. Lagipun dia tahu lelaki itu menegurnya pun pasti majikannya ada memberi arahan.

"Tuan minta kau tengokkan cik Haura. Kalau cik Haura minta hantar dia balik kau hantar je lah."kata Rifqi. Dania terus tersentak. Aih, bukan ke mereka akan berkahwin. Ah sudah, bergaduh pula ke?

"Bukan majlis mula nanti ke? Kenapa pulak tuan bagi arahan macam ni?"

"Kau ni banyak songeh lah. Kau ingat aku tahu ke? Kau pergi lah tanya Rafqi tu."kata Rifqi. Dia mengeleng kepalanya.

Perempuan tu ingat dia ni pakcik bawang? Tak ada masa lah dia mahu membawang buang masa betul. Kalau begitu lebih baik dia pergi potong bawang je terus. Lagi puas hati.

"Jangan lah marah. Saya tanya je pun."rengus Dania. Sempat dia menjeling memandang wajah lelaki itu. Teruk betul.

"Jeling. Aku korek mata kau kejap lagi kang."kata Rifqi. Tangannya dibuat-buat mahu menarik mata perempuan itu. Tapi Dania malah menjegilkan matanya. Ingat aku kisah?

"Oi dah tu ada jugak aku kawinkan dua ekor ni. Dania, jom kita tengok Cik Haura. Kita jadi mak andam hari ni"potong Rafqi. Di tangannya sudah siap dengan alatan solek. Tinggal mahu siapkan pengantinnya saja.

"Ok. I'm coming! "















































"Ni baju kawin kau esok. Terpulang pada kau untuk teruskan perkahwinan esok atau tidak. Aku tak akan paksa kau lagi"

Ayat tu masih teringa-ringa difikiran Haura. Tangannya masih memegang baju yang diberikan oleh Syahriz semalam. Sumpah, dia menyesal sangat buat lelaki itu marah semalam.

Bercelaru fikirannya sekarang. Dia buntu sangat. Dia tidak tahu sama ada dia mahu meneruskan perkahwinan ini atau tidak.

Kalau diikutkan hatinya, dia nak saja lari daripada lelaki itu tapi dia tidak sanggup. Lelaki itu jaga dia dengan baik walaupun dia hampir hilang maruah dia. Tapi rasa bersalah pula kalau dia tidak meneruskan perkahwinan ini.

"Haura...apa yang kau nak buat sekarang ni"keluh Haura. Dia menekup mukanya. Aih, susahnya nak buat keputusan. Hanya ada dua jawapan saja.

Nak atau tidak.

Macam senang tapi sangat sukar untuk dia buat keputusan. Apalah yang akan jadi pada dia kalau dia teruskan majlis ni? Lelaki itu jaga dia ke? Dia selamat ke nanti?

Tapi kalau dia kembali dekat tenpat itu pun rasanya nasib dia juga boleh jadi buruk. Dia sudah tiada tempat tinggal. Mana dia mahu hidup nanti? Jadi pelacur ke dia nanti? Atau dia mati dulu? Argh! Banyaknya risiko!

"Haish, takutnya! Macam mana kalau lelaki tu pukul aku nanti?" Keluh Haura. Aih, dalam hati mahu tapi otaknya tidak mahu.

"Don't blame yourself. I don't like my Rose hurt. "

Haura tersenyum apabila mengingati semula ayat lelaki itu. Haish, ada masa dia geram juga dengan lelaki itu. Nak je gigit. Manis sangat ayat.

"Aduh, kau dah kenapa Haura! Wake up. Jangan termakan dengan ayat dia." Kata Haura sendirian. Pipinya ditepuk beberapa kali. Aish, kadang-kala dia cair juga dengan lelaki itu.

TOK!

TOK!

Haura terus tersentak. Spontan kepalanya teralih ke arah pintu itu. Tanpa membuang masa, dia terus membuka pintu itu. Manalah tahu lelaki itu ada ke.

Apabila buka saja pintu, terpampanglah wajah Rafqi dan Dania. Mereka tersenyum memandang ke arahnya. Aih, buang tebiat? Senyuman mereka tidak lama apabila melihat dia memakai baju t-shirt berlengan panjang. Mungkin kecewa kut.

"Cik Haura nak balik ke tempat tu semula ke?"tanya Rafqi perlahan. Wajahnya sudah cemberut melihat ke arah gadis itu. Haish, potong mood betul.

"Saya.."

"Sampai hati cik Haura tinggalkan kitorang. Punyalah teruja kitorang nak tengok tuan kawin. Tak apa lah tuan tak ada rezeki harini."potong Rafqi. Tangannya naik memeluk tubuh.

Ada nada merajuk di situ. Haura tersenyum kecil. Haih, lelaki itu memang perangai tak matang betul. Tapi elok juga sebab lelaki itu pun baru saja mahu menjejak 20 tahun.

"Ma.."

"Haah cik Haura. Saya dah pakai cantik-cantik dah. Cik Haura kawinlah dengan tuan. Lagipun tuan tu baik tau walaupun dia jahat."potong Dania. Haura mengeluh. Haih, bilalah dia boleh bercakap ni? Asyik ada yang mencelah saja. Terus berkerut kening Rafqi. Tangannya terus naik menampar perlahan lengan gadis itu.

"Apa yang kau merepek ni?"tanya Rafqi.

"Suka hati aku lah nak cakap apa. Kau ni sibuk je. Sudah sambung pujuk Cik Haura" bisik Dania. Haura sudah berkerut kening. Aih, bisik berdua saja ke? Dia ni tak ada siapa nak ajak?

"Saya tak tahu nak buat keputusan lagi."jawab Haura. Terus terbutang mata Rafqi dan Dania. Aduh, kenapalah perempuan itu tak pilih saja kawin. Benda senang saja kut.

"Cik kawin saja lah dengan tuan. Saya janji walau apa pun jadi dekat Cik nanti saya tanggungjawab. Lagipun cik percaya saja lah tuan. Dia orang baik"kata Rafqi.

Susah betul dia mahu menghasut perempuan itu. Nampaknya dia perlu belajar dari tuannya. Kan lelaki itu King demon? Alah lagipun dia kenal sangat tuannya. Jadi tak akan lah tuannya mahu buat jahat kan? Eh bukan selalu ke lelaki itu buat jahat?

"Tapi.."

"Kalau cik Haura tak percayakan saya, cik Haura perlu percayakan tuan. Saya yakin cik akan bahagia nanti. Jangan risau saya akan lindung cik kalau tuan cuba sakitkan cik ok?"pujuk Rafqi lagi.

Lagipun dia risau mahu lepaskan perempuan itu pada kakaknya balik. Dia takut sangat gadis itu rosak. Lagipun dia sudah anggap gadis itu sebagai kakaknya.

"Betul awak akan lindung saya nanti?"tanya Haura. Bukan apa sekurang-kurangnya dia akan ada jaminan nanti. Lagipun dia bukannya tahu apa yang ada di dalam kepala bapak singa tu.

"Ye Cik Haura. Alah bagi tuan jaga cik ni senang saja. Lagipun tak akan lah dia tak boleh jaga cik sedangkan boy yang seliar binatang buas tu pun dia boleh jinakkan."kata Rafqi sambil mengangkat-angkat keningnya. Dia bangga apa dapat tuan seperti tuannya. Walaupun gajinya asyik kena potong.

"Cik Haura cubalah kenal tuan dulu selepas kawin nanti. Manalah tahu korang boleh satu kepala nanti. "sambung Dania. Rafqi mengangguk tanda setuju. Dia sokong seratus peratus. Bijak juga minah bawang ni. Ingatkan dia seorang saja yang bijak.

"Jadi cik Haura percayakan kami?"tanya Rafqi. Haura terdiam. Di kepalanya sudah menghadam apa yang mereka cuba cakapkan itu. Nak atau tidak? Setelah beberapa minit berfikir, dia terus memandang wajah Rafqi dan Dania. Baiklah dia sudah nekad.

"Saya.."

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now