BAB 54

1.6K 66 3
                                    

"ISH! you tak tahu ke cerita tu best gila? Rugi tau you tak tengok"

Haura hanya tersenyum kecil melihat gelagat mereka. Raisya pula sudah semakin selesa berbual dengan Sally dan dia. Sudah seperti kawan baik pula. Walaupun wajahnya tersenyum melihat Sally bercerita, tetapi fikirannya menyeleweng perkara lain. Mana lah pergi suami dia ni? Kenapa lama sangat lelaki itu pergi? Ish, rindunya.

Sally terus mencuit bahu Raisya apabila tersedar yang si Haura ni termenung. Siap muncung lagi. Terbit satu idea nakal difikirannya.

"Ada orang tu rindu suami lah."sindir Sally. Lantas Haura tersentak. Pandangannya terus teralih ke arah Sally dan Raisya yang mengekek ketawa. Oh, boleh tahan eh sekarang. Buli dia nampak?

"Mana ada."nafi Haura. Riak wajahnya sedaya upaya ditahan.Sally sudah tersenyum nakal. Eleh, dah rindu tu mengaku sajalah.

"Alah, you dengan husband handsome tu bukannya boleh berengang. Macam lah I tak tahu semua tu"balas Sall. Bebola matanya dikecilkan. Raisya pula hanya tersenyum. 

"Dah lah Sally. Kesian Haura tu. Muka dia dah merah dah"tegur Raisya. Sally hanya mencebik. Alah, baru kacau sikit. Ish, bini Rifqi ni. Suka potong line.

"Yalah."

Haura tersenyum menang. Senang betul kalah. Tapi bagus juga dia pun malas mahu bergaduh mulut. Selepas itu, pandangannya teralih ke arah Raisya yang sedang memotong buahnya. Dia bukan apa. Tadi dia teringin mahu makan buah-buahan. Gadis itu pula berkeras untuk menolongnya. Lagipun, dia malas mahu potong buah jadi tak salah kan?

"Raisya, boleh tak saya tanya satu soalan?"tanya Haura. Sally hanya mendengar. Dia pun nak juga tahu. Raisya hanya mengangguk kepalanya. Mangkuk yang berisi buah dihulur ke arah gadis itu.

"Macam mana awak dengan Rifqi boleh kawin ya? Ada buat kenduri ke?"tanya Haura. Kalau mereka ada buat kenduri pasti meriah.Lagipun, tak apa lah semuanya sudah berlalu. Raisya hanya tersenyum kecil.

"Saya dengan Rifqi akad nikah di pejabat agama je. Tak ada kenduri pun sebab Rifqi tak nak musuh dia tahu saya isteri dia"balas Raisya. Haura mengangguk faham. Patutlah Syahriz pun terkejut. Mereka kawin senyap-senyap rupanya.

"Eh, si Rifqi tu I tengok dia garang semacam je. Dia ada buat benda tak elok ke kat you Sya?"tanya Sally. Haura terus menampar kuat lengan lelaki itu. Kisah apa dia kalau dia sakit. Mulut memang main cakap lepas saja. Geram pula dia. Sally pula terus mencebik. Lengannya digosok. Sakit tahu tak? Sudahlah kulitnya sensitif. Ish, habis lah.

"Mana ada lah. Rifqi tu baik orangnya. Cuma saya yang sia-siakan lelaki baik macam dia"balas Raisya. Dia tersenyum kelat. Perkara lama memang pahit namun perkara itulah yang membuatkan dia sedar. Lelaki yang baik memang tidak boleh disia-siakan. Dia pun sudah menyesal dengan perbuatannya dulu. Tapi tak mengapalah. Rifqi pun sekarang sudah semakin terima diri dia. Itu pun sudah bersyukur.

Sally hanya mengangguk faham. Baik tapi garang. Tak apa lah bukan test dia pun. Dia lagi suka suami Haura. Romantik tapi jahat.

"Haura, you dah ada nama untuk babies you?"tanya Sally. Haura terdiam. Ya tak ya. Nama pun masih tiada lagi. Lagipun, lambat laun zuriat ini akan lahir juga. Jadi, dia perlu sediakan nama secepat mungkin.

"Tak ada."balas Haura. Perutnya diusap. Sally terus menekup mulut. Apa! Masih tak ada lagi?

"You ni biar betul Haura? Perut you dah besar macam belon pun masih tak sediakan nama lagi. Ish, teruk betul. Suami handsome you tu ada sediakan nama tak? Kalau tak ada biar I yang letak nama."bebel Sally. Raisya terus menampar lengan lelaki itu. Tidak kuat tapi perlahan. Mata Sally terus tajam melihat ke arah Raisya. Ish, apasal semua orang nak tampar dia? Benci lah macam ni!

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now