BAB 30

2.6K 83 2
                                    

SYAHRIZ hanya diam saja daripada tadi. Mandi pun sekejap saja tadi. Makan? Apatah lagi. Secubit nasi pun tidak masuk ke dalam tekaknya. Entah kenapa dia tidak lalu makan.

Tekaknya kalau boleh mahu makan masakan kampung tapi bila dapat saja, dia tidak lalu. Ini semua salah Rafqi. Kalau lelaki itu tidak basuh dia tadi mesti dia tidak akan jadi begini. Teruk betul.

"Abang.."panggil Haura. Syahriz tersentak. Dia hanya memandang Haura sekilas saja.

Haura mengeluh. Pelik. Tadi ok saja. Tapi sekarang lain pula perangai.

Ini mesti syaitan Syahriz sudah kembali. Hmm, boleh jadi. Nampaknya dia harus memanggil ustaz atau ustazah supaya betulkan sikit suaminya.

"Nak apa?"tanya Syahriz.

Perlahan-lahan Haura menghulurkan satu plastik berwarna putih. Kening Syahriz ternaik sebelah.

"Simpan saja lah ubat tu. Aku nak pergi turun sekejap. "Kata Syahriz. Belum sempat dia menapak keluar, Haura menarik lembut tangan suaminya.

Syahriz mengeluh. Dia melihat wajah isterinya.

"Abang kenapa ni? Ada masalah ke?"tanya Haura lembut. Dalam hatinya sudah gusar. Dia tidak tahu kenapa lelaki itu berubah. Ini mesti lelaki itu ada masalah besar.

"Nothing love."balas Syahriz sambil tersenyum kelat.

Dia menempis lembut tangan gadis itu. Dahi gadis itu dicium lama. Tangannya naik mengosok rambut gadis itu lalu menghadiahkan senyuman kelat. Selepas itu, pintu bilik dibuka lalu ditutup kembali.

Haura melepaskan keluhan berat. Apa yang lelaki itu fikirkan? Kenapa dia rasa macam dia dipinggirkan hari ni? Apa yang sudah berlaku? Argh, banyak betul soalan.

TING!

Telefon pintarnya berbunyi menandakan ada satu mesej masuk. Haura terus menekan butang on di telefonnya. Apabila dia baca saja, darah Haura terus berderau. Apa pula ni!

Gembiralah selagi dia masih ada little Rose. Tiba saja masa nanti, kau akan jadi milik aku.

UNKNOWN

Jantung Haura sudah berdegup laju. Terasa seperti baru saja lepas lari maraton. Siapa pula yang mesej dia? Dia terasa seperti diperhatikan pula.

Lama dia tenung telefonnya. Di dalam kepalanya sudah mula berfikir negatif. Bermacam-macam benda dia sudah bayangkan. Siapa pula yang mahu menganggu hidupnya ni.

"Love?"

Haura tersentak. Terkejut dia bila Syahriz memandangnya dengan pandangan pelik. Tangannya naik mengurut dada. Lemah jantungnya tadi.

"Kau ok?"tanya Syahriz risau. Pucat semacam saja wajah isterinya.

Haura mengangguk perlahan. Mulutnya tidak mampu lagi untuk mengeluarkan suara. Dia terlalu terkejut sehinggakan suara pun tidak mampu lagi untuk keluar.

"Need my hug?" tanya Syahriz lagi. Tangannya didepakan. Tinggal gadis itu mahu gerak atau tidak saja.

Haura tidak menjawab malah dia menundukkan kepalanya saja. Syahriz mengeluh. Perlahan-lahan tubuh gadis itu ditarik masuk ke dalam dakapannya.

"Kau kenapa ni hmm? Siapa yang berani buat love aku takut ni?"tanya Syahriz lembut. Haura mengetap bibirnya. Matanya dipejam rapat apabila lelaki itu mula mengosok belakangnya.

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now