BAB 62

1.7K 61 0
                                    

BALDI yang berisi air itu dicurah ke tepat ke arah wajah Rafqi. Rafqi terus terbatuk-batuk. Sesekali dia cuba untuk membuka matanya. Sakit yang berada di sebelah matanya menyukarkan lagi dia untuk membuka mata. Perit!

"Maaflah. Aku tak tahu pula kau boleh terbatuk. Kuat sangat kut aku baling."sinis Syahfiq. Rafqi tidak membalas. Air yang terkena di mata kirinya menambahkan lagi sakit. Ya Allah! Kenapa dia masih hidup? Dia sudah tidak larat lagi mahu menangung kesakitan ini. Dia terseksa!

Dengan tenaga yang ada, dia cuba memandang ke arah lelaki yang berdiri megah dihadapannya tapi matanya agak sedikit kabur. Dia sudah hampir buta ke? Syahfiq tersenyum sinis. Perlahan-lahan dia menapak ke arah Rafqi yang memandangnya tajam. Walaupun sebelah mata sudah cacat tapi masih berani melawannya lagi. Hebat.

"Selamat pagi, Amril Rafqi Haris. Macam mana tidur? Lena?"sinis Syahfiq. Sengaja dia menanyakan soalan pada lelaki itu. Mana lah tahu selesa tidur dalam keadaan ini?Rafqi mengetap giginya. Tidur? Bila masa dia dapat tidur? Setiap malam dia disoal perkara yang sama. Dia sudah naik rimas. Sakit dibadan pun masih tidak pulih.

"Kau jangan tanya soalan bodoh."balas Rafqi perlahan. Sangat perlahan. Suaranya pun semakin tiada. Mungkin tenaga dia sudah mula berkurangan. Dia langsung tidak larat. Seperti mahu pengsan pun ada juga. Syahfiq ketawa kecil. Garang betul.

"Baiklah. Aku cuma nak tahu perkembangan saja. Tak apa pasal cip tu aku akan tanya Syahriz pula. Dia kan nak datang sini harini? Aku rasa dalam beberapa minit lagi dia akan sampai. Kau mesti rindu dia kan?"tanya Syahfiq. Melihat perubahan riak wajah Rafqi membuatkan hatinya semakin suka. Dia yakin sangat Syahriz akan bawa cip itu nanti.

"A-apa yang kau merepek?"tanya Rafqi terketar-ketar. Dia tidak percaya. Tak akan mereka sudah mulakan rancangan? Cepat betul mereka bertindak.

"Kau mesti tahu Syahriz akan datang sini untuk selamatkan kau. Ini berita gembira apa? Kau macam tak suka aje? Kenapa?"sinis Syahfiq. Walaupun dia tahu apa niat Syahriz yang sebenar tapi apa salahnya dia menjemput tetamu kan? Kan adap?

Rafqi mengelengkan kepalanya. Tak. Syahriz tidak boleh datang sini. Bahaya. Syahfiq sudah gila sekarang. Mustahil lelaki itu akan selamat nanti.

"K-kau! Kau jangan apa-apa kan dia! Ka-"

"Aku apa? Kau ingat aku akan lepaskan musuh aku sesenang tu aje? Aku tak sebaik itu Rafqi. Jangan risau, aku cuma nak sambut kedatangan dia saja"balas  Syahfiq sambil tersenyum menyenget. Tangannya mula menyentuh permukaan pedang katana tersebut. Sangat sesuai. Rafqi sudah panik.Apa yang lelaki itu nak buat. Lelaki itu memang sudah gila.

"A-apa yang kau nak buat dengan benda tu!"jerit Rafqi seperti terkena histeria. Walau apa pun jadi, dia tidak akan biarkan lelaki itu buat kerja gila. Sungguh, dia tidak akan berdiam diri. Syahfiq ketawa. Alahai, sayang betul dengan tuan dia tu. Kelakar pula dia tengok.

"Benda ni? Jangan risau aku cuma nak korek dada dia saja. Lagipun, dalam tu ada Haura kan? Aku tak akan benarkan dia simpan Haura lagi. Jadi, lebih baik aku bawa Haura keluar kan? Bukan itu yang kau nak dulu?"sindir Syahfiq. Lantas Rafqi mengelengkan kepalanya. Tangannya terus mengengam kuat rantai itu. Dia tidak pernah kata pun begitu! Ini semua kerja gila!

"Kau jangan merepek lah bodoh! Aku tak pernah nak semua tu!"jerkah Rafqi. Nafasnya mula naik turun. Penat yang tadi dia hiraukan. Kini yang penting keselamatan Syahriz.

"Shutttt...tak ada siapa yang boleh halang aku Rafqi. Lebih baik kau berdoa banyak-banyak. Yalah. Selepas saja aku cabut nyawa Syahriz, aku akan cabut nyawa kau pula. Jadi bolehlah kau jumpa dia kat syurga. Eh, syaitan macam dia tu layak ke masuk syurga?"sinis Syahfiq. Rafqi mengetap giginya. Geram!

"Dia dah berubah lah sial! Kau saja yang masih sesat di dalam dunia ni. Aku yakin kau akan dapat balasan nanti!"bertak Rafqi. Dia terbatuk sedikit. Tekaknya sangat sakit. Tapi dia gagahkan juga untuk melawan. Syahfiq menjuih bibir.

"Whatever. Sudahlah, aku rasa aku patut pergi. Jumpa lagi Raf"kata Syahfiq sebelum dia menapak pergi. Sempat lagi dia tersenyum menyenget. Harini dia akan pastikan Syahriz mati dan Haura akan jadi milik dia. Dia janji semua tu.














































PENGAWAL yang bersenjata itu dipandang dari jauh. Matanya melihat ke arah kiri dan kanan. Semuanya lengkap bersenjata. Mungkin mereka sudah tahu dia akan sampai? Boleh jadi. Tidak lama selepas itu, Syahriz menoleh ke arah ketiga-tiga orang polis yang mengikutnya. Dia melepaskan keluhan panjang.

"Kau pernah menyamar?"tanya Syahriz. Masing-masing hanya mengangguk. Mereka pernah menyamar tapi jadi badut saja lah. Syahriz mengangguk. Perlahan-lahan dia mengukir senyuman menyenget.

"Bagus. Aku nak kau bertiga masuk sebagai pengawal dekat sini. Aku tak kisah baju siapa yang kau nak rembat tapi pastikan tiada siapa yang tertangkap. Faham?"arah Syahriz. Tangannya ligat memasukkan peluru ke dalam pistolnya.

"Tapi kau ikut mana?"tanya salah seorang daripada mereka. Syahriz tersenyum sinis. Begnya diambil.

"Aku ada cara aku sendiri"balas Syahriz. Dia terus menapak pergi meninggalkan ketiga-tiga anggota polis itu. Biarlah mereka buat kerja mereka. Sekarang ni dia perlu buat kerja dia pula.

Pengawal yang berada berdekatan dengannya ditekup menggunakan kain. Tangan Syahriz terus memusingkan kepala lelaki itu sehingga berbunyi tulang. Sempat lagi Syahriz mengucap. Ya Allah dia bunuh orang lagi! Baju yang dipakai oleh pengawal itu diambil sehingga dia sudah selesai pakai. Eargbug yang berada di telinganya dibetulkan.

"Aku dah masuk"balas Syahriz. Topeng muka dipakai. Nasib baiklah pengawal di sini semuanya memakai topeng untuk menutup identiti. Jadi tak adalah dia terbongkar nanti.

"Baik. Kami akan menyusul"

Balas Kapten Naim dari earbug. Syahriz mengangguk. Lantas dia menapak ke arah pintu masuk. Masuk saja ke dalam Syahriz mengerutkan kening. I-ini ruang kelab ke? Masing-masing berjoget pula? Aih, pelik.

"Weh, Ramli! Kau dah habis bertugas ke?"tegur seseorang dari belakang. Lengan Syahriz dipeluk. Syahriz tergamam. Alamak, apa yang dia nak buat ni?

"Aku dah habis"balas Syahriz perlahan. Ramli pun Ramli lah. Yang penting dia dapat selesaikan semua ini cepat.

"Ouh, tapi apasal kau makin sado lak ni? Sejak bila kau dah pandai buat badan eh Ram?"kata lelaki itu sambil meraba-raba lengan Syahriz. Siap picit lagi. Syahriz melepaskan nafas perlahan. Lantas pisau yang berada di kocek seluarnya dikeluarkan. Tanpa membuang masa, dia terus menekup mulut lelaki itu lalu pisau tersebut ditusuk di perut lelaki itu. Sempat lagi Syahriz dodoikan lelaki itu tidur.

Jatuh saja mayat lelaki itu, secara tidak langsung musik dan lampu terhenti. Syahriz terkaku. Bukan Syahriz saja malah semua terkaku. Ah sudah. Macam mana ni?

"Ramli! Alak kau bunuh si Johan tu?"tanya salah seorang. Masing-masing menekup mulut. Syahriz terus melepaskan keluhan. Kenapa lah orang panggil dia Ramli? Dia Syahriz lah!

"Maaf kalau korang terpaksa bersihkan semua mayat ni nanti"kata Syahriz. Kapten Naim terus mengerutkan keningnya. Kini mereka semua sudah berjaya masuk tapi mereka masih jauh lagi. Berbalik pada ayat. Mayat mana pula Syahriz jumpa?

"Mayat apa pulak kau ni? " tanya Kapten Naim dari earbug. Syahriz tersenyum sinis. Pisau yang berada di perut lelaki tadi itu diambil. Topeng muka yang dia pakai tadi ditanggalkan. Semua yang berada di dalam bilik itu tergamam. Itu bukan ke...

"Sekejap lagi aku akan jumpa mayat."

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now