BAB 60

1.9K 59 0
                                    

KAYU besi terus disebat ke arah seseorang yang sudah diikat kemas. Rafqi mengerang kesakitan. Nafasnya tercungap-cungap. Mulutnya tidak berhenti daripada terbatuk darah. Wajah lelaki yang masih setia melihat ke arahnya dipandang sekilas. Syahfiq tersenyum sinis. Daripada tadi tidak mahu bekerja sama. Jadi, inilah padahnya.

"Aku tanya kau untuk kali terakhir Rafqi. Mana cip aku?"tanya Syahfiq. Rafqi tidak menjawab malah dia ketawa. Cip lelaki itu? Biar betul?

"Cip apa yang kau ada?! Cipsmore?!"sinis Rafqi. Lelaki dibelakangnya terus menyebat kayu besi kuat. Rafqi menjerit kuat. Sakitnya hanya dia dan tuhan saja yang tahu.

"Sakitlah bodoh!"jerit Rafqi dalam kesakitan. Badannya mengeliat sakit. Seksa sungguh bila dia berterusan begini. Rasa seperti nyawanya akan dicabut dari jasad. Benarlah kifarah itu ada. Dahulu dia suka sangat seksa orang tapi lihatlah sekarang. Dia pula yang diseksa. Jahilnya dia dulu.

Syahfiq tersenyum sinis. Tahu pula sakit. Ingatkan mahu melawan lagi. Soalan dia mudah saja. Mana cip dia? Tapi kenapa susah sangat lelaki itu mahu jawab? Bukannya dia tanya soalan K-bat.

"Apa yang susah sangat soalan yang aku bagi? Aku cuma nak cip tu saja. Bukannya aku mahu nyawa kau"balas Syahfiq. Rafqi mencebik.

"Kalau kau tak nak nyawa aku, kenapa kau ikat aku hah! Kau lepaskan aku kalau kau berani! Dasar pengecut! Argh!"terjerit Rafqi apabila perutnya ditendang. Syahfiq terus menarik rambut lelaki itu kuat. Tangannya mencengkam kuat rahang lelaki itu.

"Kau bagi aku cip tu kalau kau tak nak aku rogol adik kau buat kali kedua!"ugut Syahfiq. Rahang lelaki itu terus dilepas kasar. Rafqi terus terbungkam. Wajah Syahfiq dipandang dengan penuh amarah. Mengigil satu anggotanya menahan marah.

"K-kau.."suara Rafqi bergetar saat bercakap. Giginya diketap. Urat mula timbul di tepi dahinya.

"Kau memang nak matilah bodoh! Oi setan lepaskan aku lah bangsat!"jerkah Rafqi. Dia meronta-ronta kuat sehingga rantai yang diikat di tangannya kedengaran. Dia sudah tidak boleh sabar lagi. Lelaki itu memang sudah melampau. Sumpah dia mahu bunuh lelaki itu.

Syahfiq ketawa besar. Dia menanyangkan wajah sedih di hadapan Rafqi. Sengaja mahu naikkan lagi baran yang sudah membara.

"Apa yang kau nak buat? Bunuh aku? Tanam aku? Atau kau nak bakar aku hidup-hidup?"Sinisnya. Rafqi merengus kasar. Dia mengetap kuat giginya. Jujur, dia sudah tidak boleh menahan sabar lagi. Walaupun anggotanya kini agak lemah tetapi apa yang dia mahu kisah?

"Sumpah aku akan kerat badan kau kalau aku dapat kau! Kau memang tempah maut lah sial!"jerkah Rafqi. Nafasnya mula naik turun. Belakang badannya yang sakit diabaikan. Dia pasti luka itu akan meninggalkan parut nanti.

Syahfiq berdecis. Kerat badan? Entah buat atau tidak. Hanya tahu cakap saja.

"Kau dan Syahriz sama sajalah. Kau hanya cakap tapi kau tak akan sanggup buat. Tengoklah dia macam mana sekarang? Aku sentuh Haura pun dia masih berdiam diri. Heh, pengecut."sinis Syahfiq lagi. Rafqi terus melepaskan nafas kasar. Air liur yang bercampur darah diludah kasar.

"Yang pengecut tu kau! Dia tak pernah berdiam diri lah bodoh! Kau saja yang lalai!"bertak Rafqi. Tidak semena-mena wajahnya ditumbuk sebanyak tiga kali. Mata Rafqi hanya mampu terpejam. Dalam hatinya sudah diminta untuk dicabut nyawa. Dia sudah tidak mampu bertahan.

Tangan Syahfiq terus naik menarik rambut Rafqi sehingga terdongak. Dapat dia dengar rengusan lelaki itu tapi apa yang dia mahu kisah? Sekarang dia lebih berkuasa daripada lelaki itu.

"Kau buta atau kau pura-pura buta? Jangan jadi bodoh lah Rafqi! Jantan yang kau banggakan sangat tu dah lemah! Dia tak akan mampu lawan aku! Selamatkan kau pun dia tak akan mampu lah!"jerkahnya kuat. Rafqi hanya mampu tersenyum sinis. Yang buta itu lelaki itu sendiri bukannya dia!

"Aku lagi rela buta daripada aku tengok perangai syaitan kau! Aku yakin kau akan dapat balasan setimpal nanti!"Rafqi melawan. Ya. Dia tahu badannya sakit, dia tahu dia sudah hampir mati tapi selagi dia percaya bahawa Allah akan menolongnya, selagi itu dia akan terus melawan. Dia percaya bahawa Allah itu  sentiasa ada.

Syahfiq ketawa besar. Tangannya terus naik menyentuh pipi lelaki itu.

"Kau nak sangat butakan? Jangan risau aku hanya akan butakan sebelah mata kau saja. Berdoalah pada tuhan kau supaya kau tak akan rasa sakit"bisik Syahfiq. Tangannya mula naik memicit kuat mata lelaki itu menggunakan kukunya sendiri. Dia tersenyum menang melihat Rafqi yang meronta-ronta kesakitan. Banyak darah yang mengalir membasahi pipi lelaki itu.

"ARGH! YA ALLAH!"


















































































PINTU di hadapannya terus ditolak kasar. Syahriz terus merengus kasar. Lantas dia terus menuju ke arah Kapten Naim laju. Kolar baju lelaki itu dicengkam.

"Rafqi mana!"bergema suara Syahriz di dalam bilik itu. Masing-masing hanya terkaku. Dari awal lagi mereka sudah diarahkan jangan masuk campur. Lagipun, mereka tidak boleh buat apa-apa.

"S-syahriz..Ergh!"

Tubuhnya turus ditolak ke dinding. Syahriz merengus tidak puas hati.

"Kau dah janji akan lindung dia! Kenapa kau biarkan mereka tangkap dia! Kau ni memang sial lah!"rengus Syahriz. Baru saja tangannya mahu melayangkan penumbuk, Rifqi segera menahan.

"Tuan sabar!"tahan Rifqi. Tubuh lelaki itu ditarik sehingga ke belakang. Tajam matanya memandang ke arah lelaki itu.Secara tidak langsung kolar baju lelaki itu terlepas kasar. Syahriz mula meraup wajah kasar. Otaknya mula sakit memikirkan nasib lelaki itu. Lelaki itu masih bernafas ke? Masih sihat ke? Dia sudah tidak boleh bayangkan lagi bagaimana keadaan lelaki itu. Sungguh dia tidak dapat memaafkan dirinya.

"Kau nak suruh aku sabar Rif? Rafqi kena culik lah! Mereka pula buat apa? Kenapa masih ada dekat sini lagi! Kalau Rafqi mati macam mana!"tanya Syahriz cemas. Daripada tadi dia tidak boleh duduk diam. Sekejap ke depan, lepas itu pusing balik ke belakang. Rifqi terus mengeluh perlahan. Belakang badan lelaki itu ditepuk perlahan.

"Sab-"

"Naim!"jerit Airil secara tiba-tiba. Tangannya naik memegang kepala. Pening hadap computer lama-lama. Boleh bergegar otak dia nanti. Kapten Naim terus menoleh laju. Syahriz pun begitu juga.

"Apa yang jadi? Kau dapat tahu lokasi dia?"tanya Naim laju. Laju dia menapak ke arah Airil untuk melihat monitor tersebut. Airil hanya mengangkat bahu.

"Aku ada jumpa isyarat asing tapi aku tak boleh tahu sama ada tu Raf punya atau musuh."balas Airil. Naim mengangguk faham. Lantas dia menoleh ke arah Syahriz yang menatap tajam monitor itu dari jauh. Nampak gayanya Syahriz seperti tahu saja. Nak bertanya takut dia dipukul lagi. Sudahlah lelaki itu kuat semacam apabila marah. Seram!

"Biar aku yang pergi tengok kalau macam tu"balas Rifqi. Syahriz terus mengeleng tanda tidak setuju. Tak, dia tidak akan benarkan lelaki itu pergi.

"Bahaya Rif. Biar aku saja yang pergi. Kau jaga orang dekat sini."cantas Syahriz laju. Lengan baju lelaki itu direntap.Rifqi mengeluh. Setakat kerja mengendap ini celah gigi dia saja. Lagipun, dia bukannya tidak biasa.

"Saya handal bab ni tuan. Jangan risau. Korang serahkan pada aku saja kerja ni. Selebihnya, korang selesaikan sendiri"balas Rifqi. Dia menempis perlahan tangan tuannya. Mereka hanya mengangguk tanda faham. Kemudian, pandangannya Rifqi teralih ke arah Airil dan Naim.

"Airil!, hantar aku lokasi. Aku akan gerak sekarang"balas Rifqi. Sebelum dia menapak pergi, wajah kaku Syahriz dipandang. Dia melepaskan keluhan berat.

"Tolong jaga isteri saya sekejap. Saya akan balik nanti"pesan Rifqi sebelum dia menapak pergi. Sempat bahu Syahriz ditepuk. Syahriz mengangguk.

"Aku rasa kita akan mulakan misi ni selepas Rifqi kenal pasti tempat tu"balas Kapten Naim. Lantas Syahriz memandang wajah Kapten Naim seakan tidak percaya. Esok? Mereka boleh jamin ke Rafqi masih hidup esok? Kalau Rafqi mati macam mana!?

"Ka-"

"Kau ikut aku sekejap Syahriz"

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now