BAB 26

2.7K 97 6
                                    

HAURA mengerutkan keningnya. Perlahan-lahan matanya terbuka. Dia mengeliat sedikit. Tubuhnya terlalu sakit untuk bergerak. Mana tidaknya dia dikerjakan oleh suaminya selama 6 jam. Masa yang cukup lama.

Memori semalam mula terbayang di benak fikirannya. Haura tersenyum kecil. Sekarang dia sudah jadi milik lelaki itu sepenuhnya. Tapi hari itulah yang buatkan dia malu sekarang. Dia menekup mukanya. Aish, malunya!

Dengan kudrat yang dia ada, dia bangun dari baring. Selimutnya ditarik menutupi tubuhnya yang terdedah.

"Hai love" tegur Syahriz.

Serta merta Haura menoleh ke arah kanannya. Haura tersenyum. Dia mahu pergi ke arah lelaki itu namun bahagian kewanitaannya terlalu sakit.

"Apa yang awak buat ni?"tanya Haura pelik. Apa lah yang lelaki itu buat di lantai?

Syahriz menayangkan sengihan. Baju milik Haura dicampakkan ke dalam bakul baju. Kemudian, dia terus menapak mendekati isterinya.

"Not 'awak' love. It's 'abang'"tegur Syahriz.

Haura tersenyum kekok. Dia lupa yang mereka sudah mula menukar panggilan.

"Sorry abang. Saya lupa"kata Haura. Dia tersengih.

Syahriz hanya mengelengkan kepala. Perlahan-lahan dia mengemaskan rambut Haura yang sedikit kusut. Selepas itu, dia mengucup umbun-umbun isterinya. Seraya tangannya mengengam erat tangan gadis itu.

"Aku sentuh kau sebab aku memang betul-betul nak kau jadi milik aku. So please. Jangan fikir aku sentuh kau sebab nafsu. "kata Syahriz. Haura mengelengkan kepalanya.

"No saya yang goda abang. Jadi you don't worry about it. "balas Haura. Lengan sasa lelaki itu digosok lembut. Syahriz tersenyum nipis.

"So.Sekarang ni kau tak nak mandi ke or you need my help? "tanya Syahriz. Topik sudah berubah. Dia mengangkat keningnya beberapa kali. Serta merta wajah Haura membahang. Pipinya sudah berubah tona.

"S-saya pergi mandi dulu lah. Tapi.. argh!"terjerit Haura apabila Syahriz terus mencempuh tubuhnya. Secara drastik, tangannya memeluk leher lelaki itu. Dia memandang lelaki itu tidak berkelip.

"Lambat. Jadi jom mandi sama-sama!"kata Syahriz. Dia berlari menuju ke arah bilik mandi. Haura mengekek ketawa.

"Awak! Perlahan lah nanti jatuh!"marah Haura. Dia menjerit kuat. Takut kalau mereka terjatuh. Pasti sakit.

"I don't care!"



































PINGGAN kotor itu diletakkan di dalam sinki. Tangannya lincah membasuh pinggan itu sehingga bersih. Selepas itu, dia menangkup pinggan tersebut. Selesai saja kerja, Haura mengeluh. Lepas makan saja tadi, suaminya terus hilang entah ke mana.

Katanya ada kerja. Ah sudah. Kerja apa lah tu. Jangan kerja membunuh orang sudah. Dia pun tidak mahu lelaki itu jadi pembunuh. Lantas Haura mengelengkan kepala. Apa lah yang dia fikirkan ni. Tak akan lah lelaki itu mahu bunuh orang?

Ah kenapa pula dia fikir sampai ke situ? Tak ada benda lain ke dia boleh fikir? Lebih baik dia fikir pasal makanan. Ya itu lebih baik.

Kakinya automatik menuju ke arah peti sejuk. Apabila dibuka saja, pelbagai buah-buahan dan makanan lain. Tapi itu langsung tidak menarik perhatiannya.

"Hurm"keluh Haura.

"Kenapa ni, hmm?"satu suara menyampuk. Tak semena-mena Haura tersentak. Aih, macam hantu. Suka hati dia je nak terkejutkan orang.

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now