BAB 35

2.2K 91 3
                                    

HAURA tersenyum apabila haiwan itu mula mendekati dirinya. Dia beranikan diri untuk memegang kepala haiwan itu namun tangannya masih terketar-ketar. Yalah. Kalau kucing dia boleh terima lagi tapi ini harimau kut.

Dia bukannya mahu membahayakan diri tapi apa salahnya dia cuba buat kerja gila. Tapi tak ada lah gila mana pun. Kan?

"Me-"

"Love!"

Haura tersentak. Lantas kepalanya tertoleh ke arah Syahriz yang tajam saja memandangnya dari jauh. Lelaki itu laju menapak ke arahnya. Haura tidak berganjak malah dia hanya membiarkan saja.

"Love.. tolong keluar sekarang."pinta Syahriz lembut. Haura hanya membeku. Dia langsung tidak berganjak walaupun sedikit. Dia memang degil!

"Get out love. Jangan buat aku hilang sabar"arah Syahriz. Haura hanya menayangkan muka selamba. Arahan suaminya langsung dia tidak pedulikan. Lelaki itu nak marah dia buat apa?

"Love..please listen to me."pinta Syahriz lagi. Namun gadis itu sama saja. Dia masih mengabaikan dirinya.

Perlahan-lahan tangan Syahriz mengepal membentuk buku lima. Rahangnya diketap. Urat mula timbul di lengannya saat dia mula mengengam kuat tangannya sendiri. Seriuslah perempuan itu abai dia?

"Oi,Kau dengar tak aku cakap apa ni!"tengking Syahriz kuat. Kini tiada lagi panggilan manja yang keluar dari bibir lelaki itu.

Lantak lah kalau perempuan itu mahu marah dia atau tidak. Dia sudah tidak kisah lagi. Dia memang tidak suka orang mengabaikan dia. Pantang betul dia kalau dilayan begini.

Bahu Haura terhinjut. Dia terus menoleh ke arah lelaki itu. Memang lelaki itu sudah marah sekarang. Tapi Haura hanya menayangkan wajah tenang saja. Walaupun dalam hatinya sudah gusar.

"Kenapa saya perlu dengar cakap awak pula?"Haura mula mengeluarkan suara.

Terus tercengang Rafqi dibuatnya. Tangannya automatik naik menekup mulut. Tak percaya langsung. Gadis itu melawan. Baiklah dia boleh lihat pertarungan mulut antara mereka harini.

Raja Syaitan vs puteri misteri.

Menarik juga. Boleh jadi tajuk baru. Kan?

Syahriz menjuih bibir. Dia memandang ke arah isterinya dengan pandangan tajam. Perempuan itu memang sudah lupa sesuatu kah?

"Kau isteri aku Haura. Bukan orang suruhan dan juga bukan orang asing."

Apabila mendengar jawapan itu, Haura berdecis perlahan. Isteri eh? Sengajalah tu guna kuasa veto dia. Benci!

"Jadi?"balas Haura sinis. Sengaja mahu mengapi-apikan lagi kemarahan lelaki itu.Syahriz pula tersenyum sinis. Memang perempuan itu nak kena dengan dia nanti.

"Keluar dari situ atau ak.."

"Atau awak nak heret saya keluar? Buatlah Syahriz saya tak kisah"cantas Haura laju.

Syahriz mengelengkan kepalanya. Dia mula tersenyum senget. Dia merengangkan dahulu badannya sebelum menapak ke arah isterinya. Apabila masuk saja di dalam pagar itu, tubuh isterinya dituju.

Senyuman nakal dia cuba sembunyikan. Dia melutut dihadapan isterinya lalu kekura tangan gadis itu dicium. Selepas itu, wajah isterinya dilihat. Perlahan-lahan dia mendekatkan wajahnya ke cuping telinga gadis itu.

"Atau aku akan buat kau menyesal sekarang juga"

Suara maskulin itu membisik di telinganya. Haura meneguk air liurnya. Sungguh dia lemah. Lagi-lagi bila deruan nafas lelaki itu menyambar lehernya. Argh,imanya tergugat!

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now