BAB 1

5.9K 154 1
                                    

"LEPASKAN aku lah bodoh! Dasar Syaitan!"

Syahriz hanya membiarkan sahaja jeritan itu. Jeritan itu langsung tidak menganggu kerjanya. Perkataan yang sama selalu didengar membuatkan dia bosan. Tidak ada perkataan lainkah orang mahu menyebut?

Syaitan?

Ya. Memang orang memanggilnya dengan perkataan itu. Dia tidak boleh menutup mulut manusia jadi dia biarkan sahaja.

Kalau dia mahu menutup mulut manusia hanya ada satu cara sahaja.

Mati.

Lebih baik manusia itu mati di tangannya daripada mati sia-sia. Sekurang kurangnya dia dapat menolong meringankan beban orang sekeliling.

"Oi syaitan lepaskan aku!"bertak seorang lelaki yang berumur 50 tahun itu.

Tersenyum sinis Syahriz mendengarnya. Berani betul orang tua itu memanggilnya dengan gelaran itu?

Tak apa mungkin lelaki tua itu tidak sedar bahawa dia sekarang berhadapan dengan orang yang akan mencabut nyawanya nanti. Mungkin selepas ini lelaki itu akan berterima kasih padanya.


"Syaitan ni juga kau minta tolong dulu. Manusia memang tak kenang budi." sinis Syahriz. Dia hanya meneruskan sahaja kerjanya.

Jujur dia katakan walaupun dirinya juga manusia tetapi dia tidak suka akan makhluk bernama manusia. Janji manis hanya digunakan pada waktu terdesa. Selepas itu? Tidak tunaikan langsung janji. Semuanya dusta belaka.

Tanpa membuang masa dia memakai sarung tangan berwarna hitam bagi mengelakkan kesan cap jarinya melekat pada senjata atau permukaan.

"A-aku janji aku akan bayar balik. Bagi aku masa" rayu lelaki tua itu.

"Kau nak berapa lama?" Tanya Syahriz. Perbuatannya tadi terus terhenti. Dia menoleh ke belakang untuk melihat wajah lelaki itu.

Terkejut lelaki tua itu mendengar soalan tadi. Raja syaitan itu beri dia peluang ke?

"S-setahun. Aku janji aku bayar dalam tempoh masa tu."kata lelaki itu.

"Setahun?"

Lelaki tua itu terus menganggukkan kepalanya laju. Syahriz yang melihat lelaki itu bersungguh - sungguh menyakinkannya terus mengeluh. Mungkin dia perlu bagi lelaki itu peluang.

"Baik. Aku rasa kau boleh keluar sekarang"arah Syahriz . Dia menoleh kembali memandang senjata kesayangannya di atas meja itu. Tangannya ligat mengasah senjata itu. Biar tajam.

Tersenyum lebar lelaki tua itu mendengarnya. Selepas ini dia akan larikan diri daripada raja syaitan itu.

"T-terima kasih. Aku janji aku bayar balik"kata lelaki tua itu. Dia memberikan tanda hormat berulang kali. Terkedu lidahnya memandang senjata yang tajam di atas meja itu.

Terbutang matanya melihat lelaki bertopeng itu memegang kapak. Macam tajam sahaja kapak itu. Kalau terkena di lehernya mungkin kepala akan terus tercabut.

"Pergi sekarang sebelum aku ubah fikiran!"

Terhinjut bahu lelaki tua itu. Dengan perasaan takut dia terus menapak keluar dari tempat yang menjijikkan itu. Mahu termuntah dia kalau berlama -lama disana.

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now