BAB 33

2.1K 84 0
                                    

LAJU Syahriz mengejar susuk tubuh lelaki itu namun dia masih tidak dapat kesan jejak langkah gerangan itu. Syahriz merengus. Aish, apasal lelaki itu licik sangat?

Puas matanya melilau sekeliling namun masih sama juga. Dia baru saja perasan yang dia sudah berada di tingkat yang paling atas. Memang tiada orang langsung di atas ini.  Dia pun tidak dapat jejak gerangan itu.

Lagipun dia yakin sangat orang itu bukan orang sebarangan. Pasti ada orang lain yang mengupah lelaki itu supaya perhatiannya.

Nampaknya dia perlu cari di tempat lain. Baru saja dia mahu menoleh, ada satu tangan menumbuk wajahnya. Serta merta Syahriz mengundur ke belakang.

Di tepi bibirnya sudah mengeluarkan cecair berwarna merah. Syahriz tersenyum kecil. Selamba tangannya naik mengelap bibirnya seakan-akan mengelap makanan saja.

Lelaki itu merengus. Laju tangannya menyerang wajah Syahriz, malah dengan mudah Syahriz mengelak. Satu per satu serangan bertubi-tubi berjaya dielak. Wajah Syahriz tidak menunjukkan riaksi letih langsung.

Setelah puas mengelak, kaki Syahriz terus naik menendang wajah lelaki itu sehingga lelaki itu terundur kebelakang. Syahriz tersenyum sinis. Air liurnya yang bercampur dengan darah diludah.

"Kau kena belajar lagi. Well aku suka cara kau"kata Syahriz sambil tersenyum menyenget. Baru saja dia mahu menapak, kakinya disadung sehingga dia terjatuh.

Kaki lelaki itu sudah berada di perutnya. Serta merta Syahriz tersenyum menyenget. Licik betul. 

"Not bad huh? " kata Syahriz sambil tersenyum sinis.

Pisau yang berdekatan dengan perutnya itu langsung tidak mengerunkan dirinya malah dia semakin suka. Memang sudah lama juga dia tidak bermain darah ni. Rindu pun ada juga.

"Jangan bergerak kalau kau tak nak pisau ni masuk dalam kulit kau."kata lelaki itu.

Syahriz sedikit pun tidak gentar. Alahai, pisau secomel ini mahu masuk ke dalam kulitnya? Sangat kelakar.

"Kau nak tahu tak ramai orang mati sebab apa?"balas Syahriz.

Lelaki itu terus mengerutkan keningnya. Main teka teki pula ke?  Syahriz yang menyedari lelaki itu sedang leka, lantas dia menyiku lelaki itu sehingga lelaki itu mengerang kesakitan.

Pisau yang hampir terjatuh itu dirampas. Selepas itu, laju tangannya menikam perut lelaki itu sehingga mengeluarkan suatu cecair.

"Rest in peace brother "bisik Syahriz.

Dia menikam perut lelaki itu berkali-kali sehingga lelaki itu tidak bergerak. Perlahan-lahan Syahriz melepaskan tubuh itu jatuh.

Nafasnya tercungap-cungap. Penat tapi seronok. Walaupun sekejap saja. Aih, dia kena sorokkan perkara ini daripada Haura lah nampaknya. Dengan rasa malasnya, dia bangun dari baring.

Baju kemejanya yang terkena darah dilihat. Dia mengeluh perlahan. Alahai, apasal lah darah terkena bajunya? Aish, salah langkah ni.

"Macam mana aku nak balik ni? Memang aku kena ceramah dengan Haura nanti"keluh Syahriz.

Bajunya kemejanya dibuka lalu ditanggalkan. Selepas itu, kot bajunya dipakai tanpa baju di dalam. Biarlah nampak pelik. Dia tidak kisah.

"Tuan!"panggil seseorang.

Syahriz tidak memandang malah membiarkan saja. Dia hanya menapak pergi. Tahulah balik rumah nanti dia kerjakan semua orang.

"Tuan! Saya na-"

"Balik rumah dulu Shah. Aku ada benda nak cakap dengan kau"potong Syahriz.

Shah tergamam. Air liurnya ditelan. Pasti ada perkara yang lelaki itu tidak puas hati ni.

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now