BAB 12

3K 100 2
                                    


TERSENTAK Haira dibuatnya. Siapa pula yang datang rumahnya. Siapa beri salam lagi. Tak akan lah pejabat agama pula. Mustahil pejabat agama boleh sampai sini. Lagipun kawasan ini tak pernah lagi dia jumpa ahli masjid. Tapi bila dia dengar macam suara Sally. Buat apa pula sajat tu datang?

"Siapa pulak tu?"rengus Haiqal.

Dia mengemaskan rambutnya. Biar tak nampak seperti baru bangun tidur. Lagipun dia tidak boleh berlama-lama di rumah ini. Kalau ada anggota polis lain yang bertugas di sini nanti habislah dia.

"Kawan Haura kut. Kau dah nak pergi ke?"tanya Haira. Dia menghulurkan dompet lelaki itu. Kalau tidak nanti mulalah lelaki itu minta ganti rugi.

"Ye sayang. Malam nanti aku datang sini eh. Kirim salam dekat adik kesayangan kau tu" kata Haiqal. Dia tergelak kecil melihat wajah cemberut gadis itu. Cakap pasal adik kesayangan perempuan itu mulalah buat muka. Ni mesti mereka bergaduh lagi.

"Dia dah tak tinggal sini"balas Haira acuh tak acuh. Terus berkerut kening Haiqal. Dia tak salah dengar kan? Macam tak percaya pula perempuan itu tak tinggal sini.

"Apa maksud kau?"tanya Haiqal tidak percaya. Terkejut sangat bila dapat tahu. Dia ingatkan perempuan itu tak mahu tinggalkan kakaknya. Kononnya tak sanggup tinggalkan kakak. Ceh, ayat je lebih.

"Ada ora-"

"Uuii! Sibuk sangat ke sampai tak buka lagi pintu ni! Panas tahu tak kat luar ni. You tak kesian dekat i ke Haura!"cantas orang yang berada di luar rumah.

Tangannya dikibas-kibas akibat panas melampau. Dunia ni memang sengaja hitamkan kulit dia! Bukannya senang nak jaga kulit ni tau! Rambut panjangnya diselak ke belakang. Sesekali matanya menjeling ke arah lelaki yang melihatnya. Apa? Tak pernah tengok perempuan menjerit ke?

Mana pula Haura ni. Biasanya perempuan itulah yang paling suka bila dia datang rumah. Sekarang? Mana pula batang hidung perempuan tu. Tak ada langsung! Sampai hati Haura buat dia macam ni! Benci lah benci!

"Sajat tu dah memekak pulak. Kau layan lah dia aku nak pergi kerja"kata Haiqal.

Dia terus membuka pintu bilik. Selepas itu, dia terus menuju ke pintu keluar. Bila buka saja pintu itu, terselah lah wajah lelaki yang sudah menyerupai perempuan. Dia bukannya tidak biasa jumpa lelaki ini tapi sudahlah dia malas mahu melayan kerenah lelaki itu.

"Hai abang."sapa Sally sambil tersenyum memandang wajah lelaki itu. Sekali sekala dia kacau orang pun apa salahnya. Mana lah tahu laku ke nanti.

"Eii tepi lah."halau Haiqal.

Dia menjauhkan jarak antara dia dan lelaki itu. Tidak tahu lah nak gelarkan apa. Kalau mahu kata lelaki perangai lelaki itu sudah sepenuhnya perempuan. Tapi kalau mahu kata lelaki malah sebaliknya pula.

"Alah abang ni macam tak biasa pula jumpa Sally. Benci lah!"kata Sally dengan nada gediknya. Dia menjeling sedikit memandang lelaki itu. Tak sporting langsung!

"Eh sibuk lah kau ni. Aku nak keluar pun susah"rengus Haiqal. Dia menolak kasar tubuh lelaki itu supaya jauh darinya. Geli tahu tak! Lantas dia terus menyarungkan kasutnya. Tak mahu berlama-lama lagi. Dia sudah tidak tahan!

"Aduh! Sampai hati abang buat Sally macam ni. Tak apa i doakan you kawin dengan sajat. Padan muka you!"marah Sally. Dia menjelirkan lidahnya. Eii geram betul lah.

"Aku tak gay macam kau"sindir Haiqal. Dia terus menapak laju pergi dari situ. Dia lebih rela kena kejar anjing daripada kena kejar lelaki itu. Seram!

"Hish, i tak gay lah!"marah Sally. Dia menjuih bibirnya. Ishh, dia cuma lembut bukannya gay. Dasar tak belajar dekat sekolah! Tangannya naik menampar dinding di hadapannya. Geram!

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now