BAB 21

3K 91 3
                                    

HAURA menolak perlahan pintu bilik. Dia melihat ke arah katil bersaiz King milik lelaki itu. Jujur ini kali pertama dia menjejakkan kaki ke dalam bilik lelaki itu atau lebih tepat bilik suaminya.

Ini atas arahan suaminya juga. Ada ke patut lelaki itu suruh Dania pindahkan barang dia di bilik ini. Tak reti sabar betul. Ceh, mentang-mentang dah official.

Dapat dia lihat lelaki itu tidur dalam keadaan hanya berseluar saja. Baju lelaki itu? Sudah bersepah di atas lantai.Tak sejuk ke? Selesai saja majlis tadi, suaminya terus meminta diri dahulu. Mungkin penat menangis?

Perlahan-lahan dia menapak ke dalam. Pintu bilik itu ditutup rapat. Selepas itu, dia menanggalkan tudung bawalnya. Rambut yang kusut itu dikemaskan.

Tidak lama kemudian, pandangannya teralih ke arah lelaki itu. Lelaki itu betul-betul tidur ke atau buat-buat tidur. Bermasalah juga kalau lelaki itu berpura-pura.

Dia menapak ke arah lelaki itu. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggungnya di tepi. Tangannya dilambai-lambai. Tapi tiada gerak balas. Cuma wajah kacak lelaki itu saja yang ada.

Haura menghembuskan nafas. Mungkin dia masih lagi tidak percaya dengan lelaki itu sebab itulah dia hanya fikir buruk. Baru saja dia mahu bangun, tangannya ditarik.Badan Haura spontan terbaring. Berderau darahnya melihat lelaki itu menindih badannya.

"Kenapa? Takut?"tanya Syahriz sinis. Dia tersenyum nakal melihat wajah cuak Haura. Apalah yang perempuan itu fikir?

"A-awak, saya tak nak" tolak Haura apabila tangan Syahriz mula menyentuh bibirnya. Syahriz tergelak.

"Aku ingatkan kau innocent. Sejak bila kau pandai bab ni, hmm? Sejak jadi bini aku?"tanya Syahriz.

"M-mana ada. Tangan awak tu boleh tak jangan merayap."kata Haura apabila tangan Syahriz mula merayap di bahunya. Tolonglah dia tidak sedia lagi.

"Don't worry aku tak nak bunuh syaitan malam ni."kata Syahriz. Tangan Syahriz terhenti di tangan gadis itu. Cincin yang tersarung di jari Haura disentuh. Selepas itu, dia tersengih. Sesekali tangan gadis itu dicium.

"A-awak saya nak mandi lah"kata Haura. Tangannya masih lagi menolak dada bidang lelaki itu. Rasa berdosa pula bila sentuh kulit lelaki itu. Jujur, dia tidak sanggup.

Syahriz mengeluh perlahan. Tak bagi peluang langsung.Tidak lama selepas itu, dia bangun dari menindih gadis itu. Haura sudah terkebil-kebil memandang ke arahnya.

" Pergilah mandi. Aku nak sambung tidur."kata Syahriz.

Haura mengerutkan kening. Haih, apa motif lelaki itu buat macam tu? Syahriz tersenyum. Kenapa perempuan itu masih tidak berganjak lagi? Nak sesuatu ke?

"Kau nak buat baby ke?"tanya Syahriz.

Terus terbutang mata Haura. Dia terus menjauh dari lelaki itu. Eiii, tak nak. Dia tak sanggup lagi. Menyesal pula dia kawin dengan lelaki itu. Ini semua salah Rafqi. Tunggulah nasib lelaki itu nanti.

"M-mana ada."nafi Haura.

"Kenapa? Kau tak nak baby?"tanya Syahriz lagi. Wajahnya dibuat-buat naif. Serta merta wajah Haura merah. Bahang pula pipinya.

"Nak eh tak. Tak!"kata Haura. Syahriz tergelak kecil. Sengaja dia mendekatkan jarak antara mereka.

"Kau tak nak? "

Haura menganggukan kepalanya laju. Syahriz tersenyum menyenget. Mukanya didekatkan di cuping telinga isterinya.

"Tapi aku nak."bisik Syahriz.

Haura terus menolak tubuh lelaki itu sehingga terjatuh. Syahriz mengerang kesakitan. Tak sakit cuma dibuat-buat.

"S-saya minta maaf."kata Haura. Dengan pantas dia berlari menuju ke tandas. Syahriz hanya melihat saja pemergian isterinya. Dia mengelengkan kepalanya. Haih, melepas.

"Rose! Tak nak ajak aku ke!"

"Tak nak!" Balas Haura

Syahriz tergelak kecil. Haih, macam-macam ragam betul. Betullah kata Rafqi, ada bini ni bahagia. Bukan bahagia je best pula tu.




















































































RIFQI merengus kasar. Haish, daripada tadi tak ada sahutan. Perempuan itu pergi mana? Rafqi pula daripada tadi memberi salam. Tapi hampeh ,salamnya tidak dijawab.

"Haish, kalau dia tak buka pintu ni memang mati aku kerjakan!"marah Rifqi. Dia menyepak tin minuman yang berdekatan dengannya.

Rafqi mengeluh. Kenapalah abangnya panas baran? Kenapa tak pondan saja terus. Menyusahkan. Bukannya tolong dia pun. Tahu nak mengeluh saja.

"Sabar lah sekejap. Mana lah tahu dia pergi buang hajat. Tak reti sabar betul lah kau ni"kata Rafqi. Tangannya naik mencekak pingang.

"Orang yang buang tebiat je buang hajat sampai malam. Daripada petang tadi sampai matahari hilang entah ke mana kita tercegat dekat sini. Kau suruh aku sabar pula. Aih, melampau."rengus Rifqi. Rafqi menganggukkan kepalanya tanda setuju juga. Tak akan lah perempuan itu buang hajat sampai malam.

"Betul jugak kata kau. Tak akan lah perempuan tu buang hajat sampai malam. Dia buang benda lain kut."kata Rafqi. Rifqi mengerutkan kening. Buang apa pula?

"Buang apa?"

"Buang masa. Sudahlah jom kita pergi. Perempuan tu dah mati kut sebab tu dia tak buka pintu"kata Rafqi. Dia menarik tangan abangnya supaya berjalan.

"Apasal kau tak ajak je dari tadi?"keluh Rifqi. Rafqi sudah menekup mulut lelaki itu. Rasanya dia perlu cepat sebelum-

"Tunggu!"

Rafqi mengeluh. Sudah terlambat. Lelaki itu sudah sampai pula. Perlahan-lahan Rafqi menyorok ke belakang abangnya. Lagipun lelaki itu garang. Dia sudah trauma.

"Apa kau nak?"tanya Rifqi. Berkerut keningnya melihat cara pemakaian lelaki itu. Dengan bajunya tak cukup kain. Macam kena baham dengan harimau.

"Amboi, garangnya. Seksilah suara you"kata lelaki itu tergedik-gedik. Dia mahu menyentuh lengan sasa lelaki itu tapi ditempis kasar. Rifqi sudah membutangkan mata. Aih, lain macam.

"J-jauh lah. Apa kau nak ni hah!"marah Rifqi. Sungguh dia tidak selesa sekarang. Patutlah adiknya nak sangat balik cepat. Rupa-rupanya ada pontianak yang datang.

"Alah you ni, macam tak biasa pulak. Harini, I ada buat potongan harga tau. Seratus ringgit untuk satu malam. You nak?"tanya lelak itu. Dia cuba memegang  bahu lelaki itu tapi ditempis lagi. Tak apa dia suka lelaki garang. Nampak seksi . Rawr!

"Eh tak apa lah. Hah, adik aku nak. Kan Raf?"kata Rifqi. Dia menolak tubuh adiknya ke arah lelaki lembut itu. Rafqi sudah terkedu.

"Apa masalah kau ni! "marah Rafqi. Nak saja dia sikukan muka abangnya. Lelaki lembut itu terkejut. Dia tersenyum nakal memandang wajah kalut Rafqi. Dua dalam satu eh.

"Eh abang comel! Kenapa dah lama tak jumpa Amy. Amy rindu dengan abang."kata lelaki yang mengelarkan dirinya sebagai 'Amy'. Rifqi sudah keliru. Aih, adiknya pernah tempah lelaki itu ke? Eh lain macam.

"A-aku rasa tuan ada panggil aku lah tadi. Maaflah Amy nanti aku datang lagi. Aku nak cepat ni. Bye."pamit Rafqi. Dia terus pergi berlari meninggalkan Rifqi yang terkebil-kebil.

"Adik aku pernah tempah kau ke?"tanya Rifqi. Amy mengangguk kepalanya tanda benar. Rifqi terus menutup mulutnya tanda tidak percaya. Astagfirullah al-azim, adik aku gay rupanya.

"Ermm, tak apa lah. Tak dapat abang comel dapat abang seksi pun jadilah"kata Amy sambil tangannya naik merayap dibadan Rifqi.Dia tersenyum memandang wajah pucat lelaki itu. Alah, kalini dia bagi percuma.

"Matilah aku"

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now