BAB 39

2K 70 0
                                    

TANGAN kasar suaminya dipegang. Diusap lembut tangan lelaki itu. Haura mengeluh kesal. Wajah pucat lelaki itu dipandang. Kepala suaminya yang dibalut itu diusap. Takut juga jika lelaki itu hilang ingatan. Doktor kata pada dia kemungkinan besar ingatan lelaki itu akan hilang. Jujur, dia tidak sanggup. Dia takut sangat apa yang dikatakan itu berlaku.

Pintu bilik wad dibuka oleh Rafqi. Dia mengeluh melihat wajah kusam gadis itu. Kesian dia melihat Haura dan pada masa yang sama dia kesian dengan tuannya. Takut lah juga bila lelaki itu tidak ingat tentang dia macam mana? Dia akan dipecat ke nanti. Perlahan-lahan langkahnya menapak ke arah gadis itu.

"Puan.."tegur Rafqi. Dia memberikan tanda hormat dahulu sebelum memandang wajah sunggul isteri tuannya. Haura hanya menghadiahkan senyuman kelat.

"Tak nak makan?"tanya Rafqi. Tugas dia juga untuk menjaga gadis itu sekiranya tuannya jatuh sakit. Kalau dua-dua sakit macam mana? Dia bukannya doktor. Lainlah kalau dia sambung belajar. Pasti cita-citanya tercapai. Haura mengeleng lemah. Tak akan dia mahu makan jika suaminya masih terlantar? Pasti dia akan dicop isteri derhaka.

Rafqi mengeluh. Nasi goreng kampung yang dibeli tadi dihulur.

"Ambil ni. Lagipun saya takut puan jatuh sakit nanti. Kalau tuan tahu mesti tuan marah saya nanti. Saya tak nak kena marah. Puan makan eh?"pujuk Rafqi. Haura mengeluh. Bungkusan itu dipandang. Tidak lama kemudian dia mengetap giginya. Air mata mula bertakung di kelopak mata.

"K-kalau saya tak buat rancangan bodoh tu mesti Syahriz tak kemalangan kan. S-saya ni memang tak guna"bergetar bibirnya saat dia mula bercakap. Kali ini air matanya mula mengalir di pipi. Terasa dia sudah buat dosa besar.

Rafqi sudah panik. Alamak, dia ada salah cakap ke? Tangannya mula naik mengaru kepalanya yang tidak gatal. Mahu pegang bukan mahram pula. Takut juga nanti Syahriz bangun dari tidur nanti. Memang mati dia di sini.

"Eh puan, jangan lah nangis. Saya tak pandai nak pujuk isteri orang, kalau isteri sendiri saya pandailah. Puan tak salah pun tuan yang salah. Puan jangan nangis ya?"pujuk Rafqi. Perasaan panik cuba diusir sejauh-jauhnya. Dia datang pun mahu menenangkan gadis itu tapi lain pula yang jadi.

Haura tersenyum nipis. Bungkusan yang dihulur itu diambil. Rafqi tersenyum. Lega bila gadis itu seakan-akan faham dengan maksudnya.

"Saya nak keluar sekejap. Nanti saya datang balik"pinta Haura. Rafqi hanya mengangguk faham. Dia memberikan ruang untuk gadis itu keluar. Hilang saja kelibat Haura, Rafqi mengeluh. Katil wad tuannya dituju.

PAK!

"Sakitlah bengap!"marah Syahriz. Lengannya digosok beberapa kali. Sempat dia menjeling memandang wajah lelaki itu.  Suka hati saja nak pukul aku. Tahulah aku nanti nak bagi pengajaran nanti. Tunggulah!

"Mati-matilah saya ingat tuan dah mati tahu tak! Kalau puan tahu habislah saya."marah Rafqi kembali. Memanglah dia marah. Punyalah dia gelabah selepas melanggar kereta tuannya. Dengan kereta sudah hancur teruk nasib tuannya hanya cedera sedikit kalau tidak? Pasti dia akan diburu oleh kawannya yang lain. Jujur dia kata idea ini paling teruk. Ash, menyeramkan!

"Tapi aku hidup lagi kan? Setakat kemalangan apalah sangat. Lagipun, Haura dah mula risaukan aku. Thanks to you. " balas Syahriz. Tangan yang disentuh Haura dicium. Rafqi menjegilkan matanya. Aish, kalau dia tahu sudah lama dia langgar lelaki itu sampai mati.

"Apa yang tuan nak buat pasal penyakit amnesia  tu? Macam mana tuan nak berlakon? Aish, tuan ni memang suka betul lah cari masalah!"kata Rafqi. Kepalanya sudah sakit memikirkan tentang pasangan ini. Kenapalah dia saja yang perlu tanggung? Argh, aku lebih rela buat kerja lain daripada kerja ini. Sangat menyusahkan.

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now