BAB 23

2.9K 90 2
                                    

KERTAS yang berada di genggamannya dicampak. Panas hatinya sekarang. Apa lelaki itu ingat dia boleh jatuhkan aku semudah itu? Lelaki itu belum cukup kenal aku siapa. Dasar tak mengenang budi.

"Kau tunggu sini sekejap"arah Syahriz. Dia bergegas masuk ke dalam biliknya semula. Haura yang daripada tadi terkebil-kebil dihiraukan.

Baju t-shirt berwarna hitam diambil. Tidak lupa juga dengan jacket hitamnya. Kali ini dia tidak akan memakai sebarang topeng untuk menutup mukanya. Lagipun musuhnya ini sudah lama lihat mukanya.

"Awak nak pergi mana?"

Haura mula bersuara. Tak akan lah lelaki itu mahu pergi sekarang. Lagipun hari sudah malam. Bahaya kalau lelaki itu keluar.

"Jangan ambil tahu"balas Syahriz dingin.

Haura mengerutkan keningnya. Eh, tiba-tiba saja lelaki itu jadi garang. Tapi aura lelaki itu pun lain apabila masuk tadi. Mungkin ada benda yang membuatkan lelaki itu marah. Hormon lah tu.

"Saya minta maaf"

Perbuatan Syahriz terus terhenti. Terbit rasa bersalah pula pada dirinya. Haish, Syahriz kenapa dengan kau ni. Jangan cepat sangat kesian dengan perempuan. Dulu dia langsung tiada sifat macam ini. Kalau ada pun jarang.

Syahriz menghembuskan nafas kasar. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah isterinya. Wajah mendung isterinya dilihat. Dia menapak ke arah isterinya. Kemudian, tubuh isterinya ditarik sehingga masuk di dalam dakapannya.

"Aku nak pergi kerja sekejap. Ada hal yang aku nak selesaikan hari ini.Aku tak janji yang aku balik malam ni. Aku nak kau jaga diri kau, hmm?"kata Syahriz lembut. Dia tidak mahu gadis itu salah faham nanti. Manalah tahu gadis itu fikir buruk lagi.

Haura hanya membeku. Dia tidak tahu mahu balas apa. Jadi dia hanya diam. Buntu fikirannya. Dia langsung tidak mahu lepaskan lelaki itu pergi.

"Bila awak balik?"tanya Haura. Dia mengengam kuat hujung baju lelaki itu. Seperti tidak mahu lepaskan. Syahriz tersengih.

"As soon as possible. "Jawab Syahriz pendek.

Laju dia melabuhkan ciuman di dahi isterinya. Sempat rambut gadis itu digosok sehingga kusut. Selepas itu, dia terus menapak keluar meninggalkan Haura yang terpinga-pinga.

"Raf"

Serta merta Rafqi memandang ke arah tuannya. Dia menyambut pistol yang dibaling ke arahnya. Aih, nasib baik dia tangkas kalau tidak pasti lebam pipinya nanti.

"Kita nak pergi mana?"tanya Rafqi pelik. Tak akan mahu berperang lagi kut. Aih, kalau macam tu pasti seronok.

"Play some game."kata Syahriz sambil menapak pergi. Rafqi terus tersenyum menyenget. I like this.

"Call Rifqi. Parti ni tak seronok kalau tak ada dia"jerit Syahriz. Tanpa sebarang rungutan, Rafqi mengikut perintah. Lantas dia mendail nombor telefon abangnya.

Tutt...tutt...

"Apa kau yang kau nak!"









































BUNYI musik di kelab malam itu menyakitkan telinga Syahriz. Kuat betul. Matanya melilau melihat keadaan sekeliling.

Macam-macam ragam betul manusia yang ada. Ada yang berjoget seperti orang kurang siuman. Ada yang cuba merabanya. Ada juga yang cuba mengodanya. Tapi semua itu tidak dilayan. Dia masih waras lagi mahu menempah pelacur. Jijik.

"Tuan, tu"kata Rifqi sambil menunjukkan figura seseorang.

Syahriz terus menoleh ke arah yang Rifqi tunjuk. Dia kenal sangat siapa orang tua itu tapi dia lupa. Tidak lama kemudian, dia membulatkan mata. Oh dia sudah ingat.Musuh ketatnya yang paling dia benci siapa lagi kalau bukan...

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang