BAB 34

2.1K 85 0
                                    

RAFQI mengeluh apabila Syahriz merengek di hadapannya. Punyalah dia fikir tuannya ada masalah penting. Bila dia sampai saja, masalah rumah tangga rupanya. Dia sudah kata pagi tadi. Pasti ada makhluk lain yang merasuk tuannya sehingga tuannya jadi pelik.

Dengan keadaan tuannya dia sudah tidak boleh bayangkan lagi dah. Apa yang Haura sudah buat sehinggakan lelaki itu angau? Kalau beginilah rupanya dia sudah tidak berani mahu kawin. Lantak lah tak ada siapa yang mahukan dia, dia tidak kisah.

"Raf.. kau tolong aku. Haura dah marah sangat dekat aku sampaikan pandang muka aku pun dia tak nak. Kau tolonglah aku. Macam mana nak pujuk dia ni?"rengek Syahriz.

Lengan lelaki itu digoncangkan. Serta merta Rafqi terus menolak tubuh lelaki itu supaya menjauh. Dia rimas betul. Apa tuannya fikir dia doktor cinta? Aduhai, dia lagi suka tuannya yang dulu daripada yang sekarang. Teruk betul rupanya.

"Apa yang jadi ni tuan? Macam mana puan boleh merajuk pula? Apa yang tuan dah buat?"tanya Rafqi bertubi-tubi. Syahriz terus mengeluh. Kali ini memang semua orang mahu marah dia ke?

"Aku bunuh orang tadi lepastu aku tipu dia. Aku kata aku beli minyak angin dekat mall tu. Sebab tu dia marah aku"kata Syahriz.

Serta merta Rafqi tergelak. Sejak bila pula minyak angin ada jual dekat mall? Lagi satu, hebat betul Haura sehinggakan lelaki itu pun dia marah. Terus cemberut muka Syahriz dibuatnya.

"Tuan kena marah? Seriuslah!"tanya Rafqi seakan-akan tidak percaya. Syahriz hanya menganggukkan kepalanya. Habistu, lelaki itu pekak ke apa?

"Padanlah muka tuan. Siapa suruh tipu. Apa salahnya tuan jujur je tadi. Lagipun bukan ke tuan kata tuan nak berhenti? Haih, teruk lah tuan ni"herdik Rafqi.

Syahriz tersentak. Aih, lagi sakit hati pula bila dia tanya lelaki itu. Baik dia tanya Rifqi saja kalau beginilah rupanya.

"Habistu, dah ada orang serang aku tadi. Kau nak aku mati ke apa?"balas Syahriz. Rambutnya dikuak kebelakang. Serabut betul. Nasib baiklah hal kerja dia sudah siapkan tadi.

"Haih, tuan bincang dengan puan elok-elok. Lagipun tuan tunggu saja lah dia  berlembut hati dulu. Perempuan ni macam kerak nasi je lah tuan. Nanti dia elok lah tu"terang Rafqi.

Serta merta Syahriz mengerutkan kening. Kerak nasi lah pula. Apa yang lelaki itu merepek.

"Kerak nasi mana yang kau ambil ni? Aku cerita pasal Haura bukan kerak nasi. Kau Jan... Argh! Sakitlah bodoh!"marah Syahriz apabila lelaki itu menarik telinganya. Tajam saja matanya memandang wajah lelaki itu.

Rafqi hanya ketawa mengekek. Tahu pula sakit. Tadi punya lama lelaki itu tarik telinganya boleh pula. Dia baru saja tarik sikit itu pun sudah sakit.Tidak lama selepas itu, dia  mengeluh perlahan.

"Kita memang tak cerita pasal kerak nasi tapi saya nak bagi tuan faham yang hati puan tu sama macam kerak nasi. Alah, perempuan kalau marah tak lama pun lah."kata Rafqi.

Kening Syahriz terangkat sebelah. Entah boleh pakai ke tidak ayat lelaki itu. Kalau Haura masih marah dengan dia dalam jangka masa lama macam mana? Dah satu hal dia perlu memujuk orang.

"Boleh percaya ke cakap kau ni? Kalau Haura masih marahkan aku macam mana?"

Rafqi terus melepaskan keluhan. Lelaki itu tak nak percaya dia ke? Apa selama ni dia selalu salah? Eh, Rafqi Haris tak pernah salah.

"Saya yakin sangat puan marah tuan sekejap je. Puan cuma merajuk saja. Tak ada masalah punyalah."balas Rafqi.

Syahriz hanya menganggukkan kepala. Rasanya boleh percaya kut. Masuk di akal juga kata lelaki itu. Lagipun, mana mungkin Haura akan marah padanya dalam jangka masa yang lama.

"Fine. Aku pegang kata kau"balas Syahriz. Dia tunggu lah dahulu kemarahan gadis itu reda. Kalau tidak menjadi dia akan cuba guna cara lain.

Rafqi tersenyum senang. Dia yakin sangat apa yang dia katakan itu betul.

"Tuan!"panggil salah seorang pekerja yang berada berdekatan di situ. Serta merta pandangan Syahriz teralih ke arah lelaki itu. Apahal ni?

"P-puan.. d-dia hilang."kata pekerja itu terketar-ketar. Takut baran tuannya naik mendadak. Secara automatik Syahriz bangun dari duduk. Matanya tajam memerhati sekeliling.

"Kerahkan semua pekerja cari dia sekarang!"







































































TAP!

TAP!

TAP!

Bunyi tapak kaki yang sedang berlari berbunyi kuat. Jantungnya berdegup kencang seperti hendak tercabut. Kelibat seseorang dicari namun dia tidak jumpa.

Satu per satu pintu dihadapannya dibuka kasar. Lantak lah pintu itu mahu rosak atau tidak. Lagipun dia tidak kisah sekarang. Haura lagi penting.

"Love!"jerit Syahriz namun tiada sesiapa yang sahut. Dia meraup wajah kasar. Kenapa dia bodoh sangat biarkan gadis itu berseorangan. Sepatutnya dia tidak boleh tinggalkan gadis itu walaupun gadis itu tengah marah.

"Aish, Haura! Kau keluar sekarang!"jerit Syahriz. Almari yang berada di hadapannya ditendang. Kos barangan itu dia tidak kisah. Asalkan isterinya ada.

"Tuan!" Jerit Rafqi. Dia berlari ke arah tuannya.

Tersentak lelaki itu dibuatnya. Dadanya dipegang. Nasib dia tiada masalah kesihatan berkaitan dengan jantung.Kalau diikutkan hatinya mahu saja dia koyakkan mulut pekerjanya.

"Kau ingat aku pekak ke!" Jerkahnya.

Terhinjut bahu Rafqi. Dia hanya menghembuskan nafas perlahan. Lupa pula yang tuannya sangat sensitif sekarang. Jadi dia perlu bersabar sedikit.

"Maaf lah tuan, sikit - sikit nak marah. Saya nak bagitahu yang abang saya dah jumpa love. "Kata Rafqi.

Memang dia terpaksa hubungi abangnya tadi semata-mata kejadian gadis itu hilang. Sanggup betul lelaki itu datang. Ish, ish, ish. Jahat betul tuannya.

"Sapa love kau! Dia love aku! Kau nak mati ke?!"marah Syahriz.

Ada sedikit nada tidak puas hati. Lelaki itu memang nak kena. Kolar baju Rafqi ditarik kasar. Rafqi ketawa mengekek. Tangan tuannya ditempis.

"Aish susahlah kalau bekerja dengan tuan Lee Syahriz Dani ni! Macam perempuan tengah datang bulan. Saya gurau saja itu pun nak marah."sindir Rafqi. Bajunya dikemaskan. Nasib baik tak koyak.

"Kisah apa aku kalau matahari datang sekalipun. Kau kata kembar kau jumpa dia? Mana dia!"tanya Syahriz. Matanya memandang ke kiri dan ke kanan namun kelibat gadis itu dia tidak nampak langsung. Lelaki itu tipu dia ke?

Geram dengan lelaki itu tidak habis habis mahu mencari gaduh. Tetapi gaji bukan main mahu tinggi melangit.

"Puan ada dengan boy."

Terus terbutang mata Syahriz. Perempuan itu? Dengan boy? Ah sudah. Memang duda dia nanti.

"Apa yang bodoh sangat kau ni! Kalau dia makan bini aku macam mana!"tengking  Syahriz kuat. Mahu saja dia bakar lelaki di hadapannya. Tanpa membuang masa dia terus berlari keluar. Risau kalau haiwan peliharaannya bertindak liar.

"Aku mana ada bodoh"omel Rafqi sendirian.

Tangannya terus naik mencekak pingang. Rasanya dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah dia selalu mendapat tempat pertama dalam tingkatan kut. Tak akan dia masih dicop bodoh? Aih, ke tuannya cakap diri sendiri? Mungkin.

"Rafqi Haris! Kau nak boy makan bini aku ke baru kau nak gerak!" Marah Syahriz dari jauh.

Terus tersentak Rafqi dibuatnya.

"Maaf tuan saya datang ni !" Jerit Rafqi. Dia terus berlari mengikuti jejak Syahriz.

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now