BAB 50

1.9K 67 5
                                    

RIFQI menoleh ke arah kereta Lamborghini milik Syahriz. Kunci yang berada di poket seluarnya dikeluarkan. Apabila Rafqi sudah keluar dari perut kereta, lantas dia membaling kunci tersebut. Tangan Rafqi lantas menangkap. Dia tersenyum.

"Rindu betul aku dengan kau"kata Rafqi. Dia mahu memeluk lelaki itu namun pantas Rifqi menolak. Gila punya adik. Bukannya lama dia pergi. Sekejap saja pun.

"Kalau kau dekat, aku tumbuk kau"ugut Rifqi. Rafqi tersenyum nakal. Keningnya diangkat-angkat. Tahulah apa yang dia nak buat nanti. Hehehe.

"Rif, maaf dah susahkan kau"kata Syahriz. Bahu lelaki itu ditepuk. Rifqi hanya tersenyum kecil. Alah, benda kecil je lah.

"Tak ada lah susah sangat. Rumah ni pun saya beli untuk tinggal sekejap. Lagipun lebih baik saya bagi tuan tinggal sementara. Sekurang-kurangnya rumah ni ada penghuni"balas Rifqi. Syahriz hanya menganggukkan kepala. Betul lah tu. Lagipun apa salahnya kalau dia duduk. Jimat duit dia.

"Ermm, aku nak letak barang dulu lah. Aku risau tak ada siapa yang nak teman Haura nanti."pinta Syahriz. Adik beradik kembar itu menganggukan kepalanya.Lantas Syahriz menapak ke arah kereta untuk mengambil beberapa barang. Selepas itu, kakinya mengorak langkah ke arah rumah tersebut.

Rifqi pula mengeluh saat dia mengerli ke arah jam. Rasanya dia perlu pergi sekarang sebelum musuhnya tersedar. Lantas Rifqi menoleh ke arah adiknya. Sehelai lipatan surat dihulur kepada Rafqi.

"Apa yang kau suruh, semuanya aku dah settlekan. Pandai-pandai lah kau uruskan selebihnya"bisik Rifqi. Rafqi hanya menganggukkan kepalanya tanda faham. Kertas itu diambil.

"Sayang kau"balas Rafqi sambil tersenyum. Rifqi menjegilkan matanya menyampah. Aih, ada juga mata lebam nanti.

"Sudahlah, kata kat tuan aku pergi hospital dulu dengan Raisya. Lagipun, budak tu seorang diri dalam kereta. Kalau ada masalah, roger"balas Rifqi. Rafqi menganggukkan kepalanya. Haih, sekejapnya singgah. Bukannya mahu hulur duit pun. Ceh, maklumlah orang tu dah kaya.

"Yalah. Kau tu jangan lupa mimpi aku."balas Rafqi. Rifqi hanya menghembuskan nafas pasrah. Lantak kau lah. Lantas Rifqi masuk ke dalam perut keretanya. Beberapa saat kemudian, kereta itu terus bergerak meninggalkan kawasan. Rafqi hanya mengeluh pasrah. Kertas yang berada di tangannya dimasukkan ke dalam poket.

Semuanya sudah lengkap namun hatinya berkata berhenti. Entah kenapa dia akan tidak sedap hati. Mungkin firasat saja kut. Lagipun, setakat mahu mengambil cip penting apalah sangat. Mereka bukannya guna pun. Kan?

"Tapi kalau mereka tahu macam mana?"omel Rafqi. Tangannya naik mengusap dagu. Seperti gaya orang yang sedang berfikir. Kalau mereka tahu pasti dia akan menjadi sasaran nanti. Tapi, apa yang mereka akan buat? Pukul dia atau kerat anggota badan dia? Eh, kalau sekejam itu rasanya Syahriz saja yang buat. Lagipun, tuannya sudah insaf jadi rasanya tidak akan ada perkara teruk kut yang akan jadi.

"Setakat pukul je kut. Alah, Raf dulu kau pun kena pukul dengan Syahriz. Hidup je."kata Rafqi sendirian. Nadanya pun seakan menyindir pihak lawan. Baginya mereka tidaklah kuat mana pun. Jadi, apa yang perlu dirisaukan?

"Raf! Tolong aku sekejap"jerit Syahriz. Rafqi tersentak. Uih, terkejut dia. Nasib baik jantung tidak terkeluar. Kalau tidak? Apalah nasib dia nanti.

"Sekejap tuan, saya datang ni!"




































PUAN Aida menatap ke arah longkang di hadapannya. Perlahan-lahan dia menekup wajahnya. Perasaan rasa bersalah mula bermaharaja lela di hatinya.

Takut.

Gusar.

Sedih.

Semuanya bercampur baur. Esakannya pun masih tidak pudar lagi. Entah kenapa dia terasa bodoh sangat. Kenapa hatinya terlalu bencikan gadis itu? Kenapa? Apa salah dia? Perkara yang tadi masih berlegar-legar di fikirannya. Dia pun turut trauma juga. Tangannya mengigil. Hatinya tersepit dengan kesalahan.

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Место, где живут истории. Откройте их для себя