BAB 17

2.7K 105 5
                                    

MAKANAN yang ada di atas rak itu diambil. Segala coklat, makanan ringan, ramen, Maggie segera pun masuk dalam troli. Lagipun, aku bukannya tahu yang perempuan itu nak makan apa. Main ambil saja lah. Kalau perempuan itu mati pun aku cari orang lain. Apa yang susah sangat? Betina belambak kan?

"Cukup ke tak ni eh?"omel Syahriz seorang diri. Hampir penuh troli ini aku kerjakan. Kalau tak cukup pandai-pandailah aku suruh Rafqi yang belikan. Buat tambah stok lah katakan.

"Ah cukuplah ni. Perempuan tu bukannya makan banyak sangat pun. Bayar je lah lama-lama dekat sini buat apa"keluh Syahriz seorang diri. Troli itu ditolak sehingga sampai kaunter bayaran. Makanan yang diambil diberikan supaya cepat dia boleh berambus dari sini.

"Banyak nye Encik beli? Ada kenduri ke?"tanya seorang perempuan. Dia tersenyum memandang wajah garang Syahriz. Kacak betul orangnya.

Syahriz pula menjegilkan matanya. Alahai, perempuan ni memang sibuk lah. Suka hati aku lah nak buat kenduri ke, nak buat tahlil sekalipun. Apa? Kacau rumah perempuan itu ke?

"Aku kacau hidup kau ke? Buat kerja cepat sikit boleh tak? Aku nak cepat"balas Syahriz.

Perempuan itu mencebik. Ceh, sombongnya nasib baik kacak. Dia terus fokus buat kerjanya. Monitor yang berada di tepinya dilihat. Lelaki ini memang banyak betul dia beli. Tak takut membazir ke?

"Tak baik cakap macam tu dekat perempuan. Saya ni cepat terasa tau."kata perempuan itu. Apa dia ni tak cukup cantik ke sampaikan lihat pun lelaki itu tak mahu?

"Not my problem."balas Syahriz pedas. Perempuan itu terus memuncungkan bibir. Ingat comel?

"Susah encik nak kawin nanti kalau perangai encik macam ni. Lagipun, encik ni bujang. Tak baik menyombong."kata perempuan itu. Syahriz terus berdecis.

"Kau jangan bercakap boleh tak? Buat kerja kau tu. Lembab!"marah Syahriz. Sibuk saja nak kacau hidup orang. Hei, esok aku kawinlah!

"Ye lah."balas perempuan itu. Nak merajuklah kalau macam ini. Malu lah dia bila lelaki itu tengking dia sampai macam ni sekali.

"Semuanya lima ratus ringgit."kata perempuan itu. Barang yang dimasukkan ke dalam plastik itu dihulur.

Dengan cepat Syahriz mengeluarkan duit yang berada di dalam dompetnya. Lima keping duit berwarna unggu dicampak ke arah gadis itu. Selepas itu, barang yang siap diikat diambil. Malas mahu berlama.

"Hei!"marah perempuan itu. Duit yang berada di lantai dikutip. Aish, tahulah kaya tapi tak payahlah sampai macam itu sekali. Poyo betul.

"Tu lah, jangan main-main dengan Raja Syaitan tu. Kan dia dah mengamuk. Padan muka kau Atiqah."celah Aisyah. Mengekek dia ketawa melihat wajah cemberut perempuan itu. Perempuan gedik siapa saja nak layan? Orang gila pun belum tentu nak layan.

Atiqah terus memandang tajam ke arah perempuan itu. Haish, memang mengalahkan makcik bawang. Sibuk sajalah!

"Excuse me. Raja apa? You kenal lelaki tu ke?"tanya Atiqah. Duit yang dikutip tadi dimasukkan ke dalam tempatnya. Selepas itu, dia memandang ke arah perempuan itu.

"Lah, siapa je yang tak kenal dengan Raja yang paling kejam dalam Malaysia ni? Kau tahu tak lelaki itu kaya tau tapi ganas."kata Aisyah. Cara cakap pun memang sama macam mak cik bawang.

Atiqah sudah tersenyum. Kaya eh? Kalau dia dapat pasti dia akan dapat banyak emas. Ush, dia kena pikat lelaki itu secepat mungkin.

"Tapi nasib malanglah siapa yang dapat dia."sambung Aisyah. Atiqah sudah mengerutkan kening. Aik, apasal pula?

"Why?" Tanya Atiqah. Pelik. Apa yang malangnya? Lagi beruntung adalah.

"Ye lah kau tak tahu ke baru-baru ni dia ada culik orang? Perempuan pula tu. Aku dengar perempuan tu asal dari lorong. Tempat tinggal lama kau tu lah. Aku ada dengar nama perempuan tu tapi aku lupa lah."kata Aisyah. Tangannya naik mengusap dagu. Apa eh nama perempuan itu dia lupa pula. Haih, maklumlah umur dah 25. Eh, bukan muda lagi ke?

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now