PROLOG

9.8K 196 0
                                    

"SYAITAN macam kau memang tak akan bahagia ! Itu janji aku!"

"Arghh!"tidak sedar suaranya naik menjerit. Mata yang tertutup itu terus terbuka. Nafas mula turun naik. Sudah sedar di dalam dunia realiti.

Kepalanya yang berdenyut-denyut akibat bangun mengejut dipicit . Berulang ulang kali mimpi yang sama muncul. Dia pun tidak pasti makna mimpi itu. Adakah mimpi itu satu petunjuk untuknya? Dia pun tidak pasti.

Jam digital yang berada di atas mejanya itu dilihat. Kening bertaut. Pelik. Kenapa dia boleh tertidur pula di sini? Jarang pula dia mahu tidur petang. Mungkin dia penat?  Tidak lama selepas itu  kepalanya terus digeleng perlahan. Rambut yang kusut itu dibiarkan. Drastik butang bajunya dibuka sedikit. Entah kenapa terasa bahang pula. Penyaman udara di dalam bilik ini tidak berfungsi ke apa? Panas betul!

TOK! TOK! TOK!

Syahriz tersentak kecil. Tidak lama, dia terus meneutralkan kembali wajah. Nafas dilepas perlahan. Entah siapa pula yang ganggu dia sekarang. Kacau betul!

"Masuk"

Sebaik sahaja suara garau lelaki itu kedengaran, Rian terus membuka pintu itu perlahan-lahan.Selepas itu,dia terus masuk ke dalam. Pintu yang terbuka itu ditutup rapat.

"Maaf ganggu, saya ada berita untuk tuan."kata Rian. Dia memberikan tanda hormat pada lelaki yang bergelar tuannya itu.

"Hmm."balas Syahriz pendek. Tidak menarik baginya. Berita harini ini makin banyak. Semuanya tidak berguna. Tanpa menghiraukan pekerjanya,matanya terus tertutup rapat.

"Tuan nak berita baik atau buruk dulu?"tanya Rian. Kepalanya yang tidak gatal digaru. Kalau dia main cakap nanti takut lelaki itu mengamuk pula. Jadi lebih baik dia minta pendapat lelaki itu dulu.

"Mulakan yang buruk dulu"

Rian mengangguk faham. Dia menarik nafas dahulu sebelum bercakap.

"Polis sudah serbu salah satu kelab malam tuan semalam. Hampir separuh pekerja tuan dekat kelab tu tertangkap. Separuh lagi sudah berpindah ke negeri lain. Apa yang saya tahu, sebahagian dari mereka sudah buka mulut. Jadi, Rafqi sudah maklum pada saya yang dia akan bertindak."terang Rian. Kepalanya ditunjukkan kebawah. Takut kalau Raja syaitan itu mengamuk pula nanti.

Apabila mendengar laporan tersebut,terus terbuka mata Syahriz. Keningnya terangkat seakan akan terkejut. Tidak lama selepas itu, dia tersenyum sinis.

"Mereka memang tak kenang budi."Syahriz mengumam perlahan. Rian hanya mampu berzikir di dalam hati. Takut lelaki itu melepaskan kemarahan padanya nanti.

"Polis masih siasat mereka?"

"Ya tuan"balas Rian. Kepala masih ditundukkan ke bawah. Sesekali mata dia gatal mahu mengerli ke arah lelaki itu.

Bila jawapan itu keluar, Syahriz melepaskan nafas perlahan. Wajah lelaki dihadapannya dilihat. Mata helangnya memerhati segenap wajah itu. Penuh dengan ketakutan.

"Kau tahu sasaran dia selepas ini di mana?"suara garau itu bertanya lagi. Kakinya diletakkan di atas meja kerja itu. Mata helang masih galak memerhati wajah itu.

"Di casino milik tuan pula"

Syahriz hanya menganggukkan kepalanya.Tidak lama selepas itu, dia terus tersenyum menyenget. Dia tahu apa yang dia nak buat selepas ni.

"Kau boleh tolong aku?"

"Tolong apa tuan?"menempah maut. Kenapa pula dia bertanya lagi? Sudah tentulah kerja yang lelaki itu akan beri nanti akan meragut nyawanya jika dia tersalah langkah. Memang sial betul lah kau ni Rian!

"Aku nak kau hantar lima orang untuk serang casino itu. Letupkan tempat itu sebelum polis tiba. Kalau boleh, bunuh mereka sekali."arahan gila dia kerah. Syahriz tahu ini gila tapi dia sudah tidak boleh berfikir tenang sekarang. Polis sudah mula bermain dengan sarang tebuan maka mereka perlu terima akibatnya.

Rian sudah tersentak sedikit. Ya tuhan, bunuh polis? Tidak pernah dibuat gangster lagi! Mampukah dia buat semua itu!

"Tapi tuan.."

PRANG!

Gelas kaca dibaling sebelum Rian sempat menghabiskan ayatnya. Tidak semena-mena lidah dia keras. Tidak mampu berkata walau apa pun

"M-maaf tuan!"balasnya apabila Syahriz berura menapak ke arahnya. Bergegar lutut dia. Takut!

Syahriz tersenyum sinis. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah jam dinding itu.

"Lagi satu, aku nak kau pergi sekali. Aku tak nak kau bakar mayat polis dekat tempat biasa. Mayat polis tu kau hantar balik dekat tempat asal mereka. Selain tu kau boleh bakar." Arah Syahriz.

Rian mengangguk faham. Tidak lama selepas itu, keningnya terus berkerut. Hantar balik dekat tempat asal mereka? Maknanya dia perlu pergi balai polis kah? Lelaki itu sudah gila ? Kalau dia tertangkap macam mana? Ini memang kerja gila!

"Tempat asal? Maknanya balai polis ke tuan?"tanya Rian. Dia kurang yakin pula dengan ayat tuannya. Lelaki itu hanya menganggukkan kepalanya tanda benar. Syahriz terus bangun dari duduk. Dia menapak ke arah sofa berdekatan.

"Kalau macam tu baiklah tuan"akur Rian.Kalau dia bantah nanti lain jadinya pula. Jadi sekarang dia perlu bijak membuat kerjanya. Takut pula dia yang mati nanti. Kalau bukan polis yang jadi mayat dia pula yang akan jadi mayat.

"Ada apa apa lagi?"tanya Syahriz.Dia menghempaskan badannya di atas sofa. Tangannya naik menutup dahi. Matanya terus tertutup rapat. Mencuba nasib untuk masuk ke alam mimpi balik.

"Ada tuan."balas Rian.Syahriz terus merengus kasar. Apa lagi yang tidak selesai.

"Apa"

"Rifqi dah jumpa dia."kata Rian.Serta merta Syahriz mengangkat kepalanya. Penat yang dia rasa tadi serta merta hilang. Kalau berkaitan dengan seksa orang dia tidak akan penat. Ini yang dia suka. Dia terus senyum menyenget.

"Siapkan barang aku"

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now