BAB 45

1.9K 66 5
                                    

HAURA menjegilkan matanya. Lantas dia menapak pergi meninggalkan Syahiz yang masih terkebil-kebil.Ceh, dalam perut ni pun tak keluar lagi ada hati nak tambah baby. Sudahlah dia yang beranak nanti. Kalau lelaki itu tak apa lah juga. Bolehlah kalau nak ada anak ramai. Aish, nasib suami kalau tidak sudah lama dia mandikan lelaki itu dengan air Yasin. Geram betul.

"Love! Tak nak ke?"jerit Syahriz. Haura hanya memekakkan telinga. Tidak mahu melayan kerenah lelaki itu lagi. Cukuplah dalam perutnya sudah ada kembar.

Syahriz hanya memandang tubuh Haura dari belakang saja. Setelah hilang kelibat isterinya, dia ketawa kecil. Haih, suka pula dia menyakat Haura. Sebelum ni jarang betul mahu bergaul. Mungkin sebab dia bekerja dulu. Bila fikirkan pasal kerja, dia baru teringat. Dia sudah tiada kerja sekarang. Jadi apa yang dia nak buat?

Kerja apa yang sesuai untuk dia? Di mana dia boleh cari kerja? Banyak betul soalan yang berlegar di kepalanya. Cuma sekarang ini, dia perlu mencari rumah lain. Dia tahu Haura tidak selesa duduk di sini. Buktinya semasa Haura menolong membuat sarapan tadi, dia terdengar gadis itu disindir. Teruk juga sindiran Puan Aida.

Sampai berubahlah riak wajah Haura. Dia pun tidak mahu Haura tersakiti. Cukuplah dia sudah sakitkan hati gadis itu dulu. Tak apalah, dia boleh cari rumah berdekatan dengan kampung ini apabila dia sudah dapat kerja nanti. Tidak kisahlah kerja apa pun.

"Abang.."tegur Rausa. Serta merta Syahriz tersentak. Laju dia menoleh ke arah Rausa yang tersenyum manis ke arahnya. Syahriz hanya tersenyum kelat. Tangan gadis itu ditempis perlahan. Dia tidak mahu Haura mengajuk. Sudahlah Haura susah dipujuk.

"Tegur boleh tapi tangan tu tak payah lah pegang aku."tegur Syahriz dingin. Rausa mencebik. Alah, pegang pun tak boleh.

"Berlapik lah abang. Lagipun Kak Haura kan dah masuk dalam. Kenapa? Takut kak Haura cemburu?"ajuk Rausa. Syahriz tersenyum sinis. Eh, eh. Biarlah Haura nak cemburu ke nak apa. Sibuk je.

"Dia isteri aku. Memanglah dia wajib cemburu."

Rausa menjegilkan matanya. Eh, asyik nak menangkan Haura saja dah kenapa ? Sebelum ni bukan main susah lagi nak menangkan perempuan. Kalau beginilah caranya dia mesti buat sesuatu. Bibirnya melakar senyuman senget. Perlahan-lahan dia cuba memegang tangan Syahriz namun Syahriz pantas menempis.

"Rausa, aku hormat kau sebab kau adik Raf kalau tidak nasib kau sama je macam kawan kau dekat kedai tu. Lagipun tak elok kalau Haura nampak."tegur Syahriz. Tangannya dikesat dibaju. Takut Haura boleh kesan ke nanti. Haura bukannya boleh percaya.

"Daripada tadi abang sebut nama kak Haura je dah kenapa? Abang bukannya sayang sangat pun dengan dia. Entah-entah perempuan tu nak harta abang."balas Rausa. Wajahnya dicemberutkan. Syahriz melepaskan keluhan berat. Dah Haura tu isteri aku. Apa salahnya kalau dia nak sebut pun? Dapat dosa kah?

"Kalau aku tak sayang dia, dia tak akan mengandung."balas Syahriz ringkas. Rausa mendecis. Lelaki dekat luar sana ada saja anak walaupun mereka tidak sayangkan isteri mereka. Kira normal lah kan?

"Abang sentuh dia pun sebab nafsu kan? Alah, lagipun kak Haura bukannya sayang abang pun. Dia cuma nak harta abang je. Ka- argh!"

BUK!

Kerusi batu yang elok terletak jatuh akibat tendangan Syahriz yang kuat. Rausa terjerit kecil. Dia meneguk air liurnya pahit.

"Kalau dia nak harta aku kenapa dia masih ada dengan aku?"tanya Syahriz. Ah sudah! Soalan Kbat pula yang keluar. Rausa mengerutkan keningnya tanda dia tidak faham.

"Apa ya-"

"Untuk pengetahuan kau, Haura memang isteri mithali. Walaupun aku ni dah tak ada apa-apa, tapi tengok lah. Dia tetap ada dengan aku. Kau nak tahu sebab apa?"tanya Syahriz sinis. Rausa hanya terdiam. Dia masih memandang ke arah lelaki itu. Lantas Syahriz mencengkam kuat lengan gadis itu. Pandangannya yang tadi redup, kini bertukar tajam.

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now