BAB 20

3K 111 7
                                    

SYAHRIZ mengeluh perlahan. Dia memandang ke arah pintu masuk tapi hanya tetamu saja yang ada. Dia mengukir senyuman tipis. Memang seperti apa yang dia jangkakan. Gadis itu tak akan mahu dekat dengannya.

"Where are you Rose? Did you just leave me? "Gumam Syahriz. Cemberut saja mukanya. Muka garang dia sudah tiada. Entahlah mungkin Rafqi yang ambil.

"Sebab awak tak layak hidup! Awak bunuh orang sesuka hati awak! Awak anggap saya pelacur! Awak memang manusia berhati binatang"

Kata-kata Haura teringa-ringa dikepalanya.Dia menundukkan kepalanya kebawah. Entah kenapa dia boleh jadi lemah pula. Dia tidak sepatutnya lemah. Lagi-lagi dihadapan gadis mentah itu. Tapi gadis mental itu jugalah yang buat dia jadi macam ini.

"Aku ni kejam sangat ke?"omel Syahriz.

Dia menghembuskan nafas kasar. Rasanya dia terlebih kejam. Mungkin selepas ini dia akan kurangkan sikit kekejaman dia. Kalau dia mampu.

"Tuan!"jerit Rifqi.

Syahriz tidak menoleh malah dia hanya membiarkan saja. Sedikit pun tidak kisah dengan keberadaan lelaki itu. Haih, dia nak healing lah!

Rifqi memberikan tanda hormat dahulu sebelum bercakap. Selepas itu, dia menghembuskan nafas berat.

"Semua dah siap cuma tunggu tuan saja ni. Pengantin perempuan pun dah ada. Tuan nak teruskan?"tanya Rifqi gentar.

Entah kenapa tangannya mengelentar saja. Rafqi pun satu. Entah perempuan mana pula dia rembat. Ini mesti dia ambil orang di hospital lagi. Itu lah dia sudah cakap jangan ambil orang sebarangan tapi lelaki itu degil. Nak juga ambil. Selepas ini, dia yakin sangat dia akan mati sekejap lagi.

Rifqi mengerutkan kening. Lah, tuannya sudah merajuk ni. Itulah orang suruh mengorat dulu tak nak sekarang tahu pula nak muncung. Padan muka.

"Tuan?"panggil Rifqi.

Dia menyentuh sedikit bahu lelaki itu. Takut tidak dengar apa yang dia cakap tadi. Kalau lelaki itu tak dengar memang menyesal saja dia cakap banyak-banyak. Buang air liur saja.

"Apa"jawab Syahriz. Tegang saja suaranya.

Rifqi terus mengeluh. Aih, lelaki itu tak dengar apa yang dia cakap. Dia sudah jangka dah.

"Dokumen, tok kadi, pengantin perempuan dengan tetamu pun dah ada. Yang tak ada sekarang ni pengantin lelaki saja."balas Rifqi. Syahriz terus menoleh ke arah lelaki itu. Sebelah keningnya diangkat.

"Jadi?"

Rifqi sudah tercengang. Aih, tuan dia ni memang nak makan penampar ke apa? Jadi? Jadi apa? Jadi orang lah!

"Tuan nak teruskan atau tuan nak saya batalkan saja majlis ni?"tanya Rifqi. Syahriz mengeluh perlahan.

"Aku tak tahulah Rif. Aku rasa macam tak nak teruskan. Rose mesti dah balik dekat tempat dia kan? Aku dapat apa?"keluh Syahriz.

Rifqi menghembuskan nafas berat. Haih, tak pernah lagi dia tengok tuannya macam ini. Selalunya lelaki itulah yang paling susah sekali mahu bercakap. Kalau bercakap pun hanya sekadar untuk memberikan arahan.

"Tak apa lah tuan. Semalam kan kita dah solat. Tuan dah doakan supaya tuan dengan dia ada jodoh. Mana lah tahu Allah makbulkan doa tuan. Kalau jodoh tuan dengan cik Haura ada, dia mesti akan jadi isteri tuan nanti. Cuma cepat atau lambat saja"pujuk Rifqi. Sekali sekala apa salahnya dia bagi ceramah tak berbayar dekat tuannya. Lagipun berguna apa ayat dia tadi?

"Aku rasa kau betul. Kalau aku ada jodoh dengan dia mesti dia akan jadi isteri aku nanti. Berguna jugakkan kau ni"kata Syahriz. Rifqi hanya tersenyum bangga. Well kalau tak berguna tu bukan Rifqi lah maknannya.

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now