BAB 61

1.6K 62 0
                                    

SYAHRIZ mengeluh perlahan. Wajah Haura daripada tadi dipandang. Lihat saja wajah cemberut gadis itu, dia tersenyum kecil. Pipi gadis itu dipicit. Haura terus tersentak.

"Sayang! Duduk diam boleh tak. Saya nak kemaskan rambut awak ni"rengus Haura. Rambut Syahriz dibetulkan supaya nampak segak. Lagipun dia tidak boleh biarkan lelaki itu nampak selekeh. Jatuh maruah dia nanti. Syahriz tersenyum nipis. Hidung gadis itu dicuit.

"Aku nak pergi berperang love, bukannya pergi dating "balas Syahriz. Tudung senget isterinya dibetulkan. Sesekali tangannya gatal bergerak ke pipi gadis itu. Bukan apa makin bulat. Geram pula dia. Haura tersenyum kecil. Wajah suaminya terus dilihat.

"Kisah apa saya? Yang penting suami saya handsome."ujar Haura selamba. Syahriz terus mengecilkan bebola matanya. Tidak lama selepas itu dia tersenyum nipis. Ada je nak menjawab. Siapa lah yang ajar?

"Love.."panggil Syahriz meleret. Tangannya terus mencapai tangan isterinya. Sempat dia mencium lembut tangan gadis itu.

"Kau jaga diri baik-baik ok? Jangan nakal-nakal pula. Aku takut Raisya dengan Rifqi tak nak jaga kau nanti. Kau jangan suruh mereka belikan kau coklat. Nanti kau dapat kencing manis pula. Faham?"pesan Syahriz. Sempat lagi dia selitkan amaran. Lagipun Haura bukannya boleh percaya. Nanti macam-macam benda terjadi. Itulah padah dapat isteri degil. Susah pula dia mahu jaga. Haura hanya menjegilkan matanya. Eh, eh! Biarlah dia mahu makan apa pun. Coklat saja pun bukannya manis sangat.

"Yalah. Awak tu pun jaga diri. Saya nak awak balik dengan keadaan baik. Kalau ada darah, saya tak akan izinkan awak ikut mereka lagi. Faham?"sempat lagi Haura meniru cara percakapan Syahriz. Bukan apa sekali sekala. Apa salahnya? Syahriz mengangguk faham.

"Dengan izin Allah, aku akan selamat balik. Kau jangan risau hmm? Selagi aku masih bernyawa, selagi tu aku akan kembali pada kau. Lagipun, kau kan sentiasa ada dekat sini.."

Secara drastik,tangan Haura ditarik ke arah dadanya. Perlahan-lahan Haura mengukir senyuman kecil. Wajah suaminya dipandang. Sempat dia menghadiahkan senyuman. Tangan kanan Haura terus naik menyentuh pipi suaminya. Walaupun tangannya sedikit mengeletar.

"A-awak..."

Bergetar suara Haura menahan rasa takut di hati. Kepalanya ditunduk ke bawah.Dia takut ini kali terakhir buat dia. Dia takut ini kali terakhir dia lihat wajah suaminya. Sungguh dia takut.

"Awak tak akan tinggalkan saya kan?"soalan itu dikeluarkan. Kalau lah jawapannya tidak maka dia tidak kuat untuk meneruskan hidup. Syahriz sudah seperti nyawanya sekarang. Tanpa Syahriz mungkin dia tidak mampu berdiri dengan kuat. Syahriz tersenyum kelat. Dia terus menarik tubuh kecil isterinya masuk ke dalam dakapannya.

"Aku tak akan tinggalkan kau, hmm? Jangan fikir macam tu. Kita sama-sama doakan semoga jodoh dan umur kita panjang ok?"pujuk Syahriz. Umbun-umbun isterinya dicium lembut. Sesekali belakang isterinya digosok beberapa kali. Haura hanya mengangguk lemah.

KLICK!

Syahriz terus menoleh ke arah pintu. Wajah Airil dipandang sekilas. Tidak lama selepas itu, pelukan dileraikan. Sempat lagi Haura membetulkan baju suaminya. Tak apa kalini saja dia akan lepaskan lelaki itu. Ini kali yang terakhir. Selepas ini, dia tidak akan benarkan.

"Aku pergi dulu"pinta Syahriz. Haura menganggukan kepalanya. Lantas tangan lelaki itu disalam buat kali terakhir. Syahriz tersenyum nipis. Dia berharap sangat selepas ini dia dapat lagi berjumpa dengan gadis itu. Insya Allah. Dengan izin Allah dia akan berjumpa lagi dengan Haura. Tidak kisahlah dalam keadaan apa pun. Dia reda.
















































































WAJAH anggota polis dilihat satu persatu. Masing-masing sibuk menyediakan kelengkapan senjata. Kapten Naim daripada tadi tidak senang duduk. Sekejap dia menapak ke hadapan selepas itu dia berpatah balik. Risau betul dia. Kelibat  Syahriz masih tidak kelihatan lagi. Dia takut lelaki itu bertindak sendiri pula. Kan bahaya tu?

"Naim.."tegur seseorang. Lantas Kapten Naim menoleh ke belakang. Dia melepaskan keluhan panjang.

"Mana Syahriz? Dia tak turut serta ke?"tanya Kapten Naim. Matanya melilau sekeliling namun batang hidung Syahriz pun dia tidak nampak. Tak akan lah lelaki itu sudah berputus asa kut?

"Aku kat sini"sampuk Syahriz. Tersentak Kapten Naim dibuatnya. Lantas dia menoleh ke kirinya. Lelaki itu boleh sibuk membelek senjata pula. Dia ingatkan Syahriz tidak mahu turut serta. Kapten Naim menghembuskan nafas lega. Tak apa lah. Janji orang terpenting sudah ada.

"Bila kau sampai?"tanya Kapten Naim terkejut. Punyalah tadi dia panik tapi lelaki itu boleh pula tayang muka selamba? Wah, nak kena betul.

"Dalam 4 minit tadi. Kau pula dah kenapa? Isteri suruh tidur luar?"sinis Syahriz. Naik rimas pun ada juga dia tengok. Daripada tadi berpusing-pusing.

"Mana ada lah."rengus Kapten Naim perlahan. Setelah itu, pandangannya teralih ke arah jam. Hanya tinggal 25 minit lagi sebelum mereka bergerak. Tanpa membuang masa, dia berdehem sedikit sebelum bercakap.

" Berikan perhatian. Aku akan terangkan tugas masing-masing."arah Kapten Naim. Secara automatik semua tertumpu ke arah Kapten Naim. Mereka memberikan tumpuan penuh pada lelaki itu.

"Mengikut lokasi yang baru saja aku dapat, kita akan menuju ke lokasi ni. Apa yang aku tahu, tempat ni ada tiga pintu keluar. Satu di bawah tanah, satu di laluan pintu masuk, dan satu lagi di bahagian laluan hutan.Jadi...untuk masuk ke dalam kita perlu berpecah ke empat kumpulan. Kumpulan pertama akan ikut aku ke laluan hutan. Kumpulan kedua akan ikut Airil untuk berperanan sebagai hacker. Kumpulan ketiga akan masuk ke laluan bawah tanah dan kum.."

"Kumpulan aku akan masuk ikut laluan pintu masuk. Aku cuma perlukan tiga orang je."potong Syahriz laju. Tangannya ligat memasukkan senjata ke dalam beg khasnya. Dia langsung tidak memperdulikan orang yang memandangnya. Kapten Naim terus mengerutkan kening. Aik, tiga orang? Cukup kah?

"Kau boleh bertahan nanti?"soal Kapten Naim. Mustahil mereka akan dapat bertahan nanti. Lagipun jumlah orang yang menjaga laluan itu lah yang paling ramai. Akan menjadi masalah nanti kalau lelaki itu tidak boleh masuk ke dalam. Syahriz melepaskan keluhan.

"Habistu? Kau nak aku bawa seratus orang? Aku nak tiga orang saja. Kalau ramai-ramai nanti susah aku nak jaga."balas Syahriz dingin. Susah sangat ke permintaan dia? Tiga orang saja kut. Bukannya dia minta tiga ratus.

"Yalah, ikut kau.Kalau perlukan bantuan nanti, roger"balas Kapten Naim. Lagipun kalau bergaduh nanti bila mereka akan bergerak? Sudahlah ini misi penting. Tidak lama kemudian, pandangannya teralih ke arah jamnya. Hanya ada 10 minit lagi. Rasanya dia perlu bersiap sedia sekarang.

"Hanya tinggal sepuluh minit saja lagi. Selepas itu,kita akan terus bergerak. Jadi macam biasa. Aku nak Airil mengetuai bacaan doa kita harini."arah Kapten Naim. Lantas Airil bertindak mengikut arahan. Semua menadah tangan semasa doa dibacakan sebelum mereka mengaminkan beramai-ramai.

"Kita mungkin tak sehebat mereka tapi aku percaya kita boleh tumpaskan mereka harini juga. Demi negara, demi keselamatan rakyat kita, kita mesti berjuang."putus Kapten Naim. Masing-masing hanya mengangguk tanda benar. Mereka anggota polis. Jadi tugas mereka sangat besar dari apa yang disangkakan.

"Demi negara, demi keselamatan rakyat, Kita berjuang!"masing-masing mengikut apa yang dikatakan. Mereka sudah semakin bersemangat tetapi tidak pada Syahriz. Tujuannya hanya dua. Selamatkan  Rafqi dan hapuskan Syahfiq. Itu saja matlamat dia. Bukan atas sebab negara tapi atas izin Allah. Dia perlu pergi dan kembali dengan selamat seperti yang dia janji pada Haura.

"Ya Allah, kau peliharalah keluarga aku jika aku tidak ditakdirkan untuk bernyawa lagi. Aku reda jika nyawa aku ditarik harini"

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon