BAB 8

3.5K 122 0
                                    

KAKINYA melangkah laju mengikuti pegawai perempuan itu. Sekali sekala, kepalanya menoleh ke arah orang yang berada di sekelilingnya. Semuanya sibuk melepas rindu dengan keluarga masing-masing. Seperti esok kepala mereka akan digantung pula.

Ada yang mereka kenal dan ada juga orang yang mereka langsung tidak kenal tapi lelaki itu seolah olah meminta tolong padanya supaya dilepaskan. Ah, memang tak lah dia mahu lepaskan banduan itu. Kawan-kawannya pun sudah tentu sukar untuk diikat jamin.

"Ini dia Encik. Kami beri masa 30 minit untuk encik"kata pegawai itu. Selepas itu, pegawai itu terus menapak pergi.

Syahfiq terus duduk di kerusi yang disediakan. Dihadapannya sekarang sudah ada Alex yang menunggunya mengangkat telefon yang tergantung di tepinya. Tanpa membuang masa, Syahfiq terus mengangkat telefon itu.

"Mana tuan Syahriz?"tanya Alex.

Riak wajahnya hanya datar saja. Matanya melilau mencari susuk tubuh tuannya tapi tiada. Hanya ada adik tuannya dan Rafqi saja. Siap tunjuk pis lagi.

"Syahriz ada hal. Dia tak dapat nak lawat korang. Sepatutnya aku nak ikat jamin saja korang tapi tak boleh."balas Syahfiq.

Apabila mendengar jawapan itu, Alex terus mengeluh perlahan. Faham benar dengan sikap tuannya. Tapi tak apa dia faham dengan maksud lelaki itu. Lagipun di sini, sudah banyak benda yang dia perlajari tentang Islam. Rasanya lebih elok jika dia tinggal di sini lama sedikit.

"Aku faham. Kes kitorang memang berat. Polis pun tak akan lepaskan kitorang macam tu saja."balas Alex tenang. Syahfiq hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju.

"Kau macam mana duduk dalam ni? Tenang? Insaf?"tanya Syahfiq. Tergelak dia memandang wajah Alex yang hanya pasrah saja.

"Alhamdulillah, aku baik dalam ni"balas Alex sambil tersenyum tenang. Apabila mendengar jawapan itu Syahfiq terus membuka cermin mata hitamnya. Aih, sejak bila pula lelaki itu tukar agama?

"Kau tukar agama?"tanya Syahfiq seakan akan tidak percaya. Tak sangka secepat ini lelaki itu berubah. Selepas itu, dia menoleh ke arah Rafqi yang tersenyum kagum. Alex hanya mengangguk kepalanya . Wow amazing.

"Ni mesti kau suruh Rian yang ajar kan? Anyways congrats. Aku bangga dengan kau"kata Syahfiq sambil tersenyum. Tetapi dia pelik melihat riak wajah lelaki itu. Apa lelaki itu tidak suka kah dia memberi sokongan? Atau sokongan dia tidak berguna?

Alex terus mengeluh. Bercelaru fikirannya apabila teringat tentang Rian. Ada kalanya perasaannya seperti mahu cincang lelaki itu sampai lumat. Ada kalanya dia kecewa terhadap lelaki itu.

"Ye tapi.."

"Tapi apa?"Tanya Syahfiq.Secara tidak langsung keningnya terangkat. Macam penting saja.

"Tapi dia ajak aku masuk Islam dengan keadaan yang lain. Maksud aku, Rian ajar aku mengaji, ajar aku solat lepas dia ada masa lapang ataupun dia baru habis kerja. Dia sebenarnya anggota polis yang diarahkan untuk tangkap Tuan Syahriz secara senyap. Aku tak nak Tuan Sya-"

"Dia tahu"cantas Syahfiq laju. Apabila mendengar jawapan itu, serta merta Alex tergamam. Tak, setahu dia hanya dia saja yang tahu pasal ni. Bagaimana lelaki itu dapat info secepat ini?

"Habistu, Rian macam mana? Dia masih hidup sekarang?"tanya Alex bertubi-tubi. Syahfiq terus tergelak kecil. Kenapalah lelaki itu ambil berat sangat dengan pembelot? Padahal semua orang tahu Syahriz tak akan biarkan pembelot itu hidup tenang.

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Onde histórias criam vida. Descubra agora