BAB 40

2.3K 80 3
                                    

HAURA hanya tersenyum melihat telatah suaminya. Kepala Syahriz diusap. Masuk hari ini lelaki itu masih memanggilnya dengan panggilan 'kakak rose' . Jujur, dia terasa sangat sakit apabila melihat lelaki itu seperti budak-budak berumur 5 tahun. Tapi apa yang nak dibuat? Inilah ujian untuknya.

Tapi apabila mengingati nasihat doktor, lelaki itu akan berubah mengikut masa. Tapi satu perubahan pun dia tidak nampak. Dia langsung tidak faham. Lelaki itu memang sudah sepenuhnya jadi budak ke apa!

"Kakak Rose, kenapa muram ni?"tanya Syahriz. Wajah lelaki itu dilentokkan di atas peha Haura. Matanya memandang wajah gadis itu. Haura tersenyum nipis.

"Mana ada. Saya baik je. Awak tak nak main toys lagi?"tanya Haura lembut. Panggilan 'abang' pun sudah tidak digunakan lagi.Syahriz mengeleng. Tangan Haura diambil lalu dimain.

"Boleh tak saya nak tanya?"tanya Syahriz. Haura mengerutkan kening. Soalan pula. Masuk harini sudah 46 soalan keluar dari mulut lelaki itu.

"Tanya apa?"balas Haura. Serta merta wajah Syahriz tersenyum. Dia bangun dari baring lalu duduk menghadap gadis itu.

"Kenapa kakak tak panggil saya abang?"

Haura tersentak. Terkejut pun ada juga. Dengan keadaan sekarang, mampu kah dia mahu memanggil lelaki itu dengan panggilan tersebut? Entahlah, dia tidak tahu.

"Saya.."

PAK!

"Hi everyone!" Kata Rafqi riang. Bungkusan Mcdonald diletakkan di atas meja bersebelahan dengan katil wad. Syahriz sudah menjegilkan mata. Aish, asal nak bermanja saja mesti lelaki itu sibuk menganggu. Tak apa, bila lelaki itu kawin saja nanti dia akan ganggu lelaki itu pula. Tunggulah nanti.

"Eh, Raf. Banyak makanan awak bawa. Untuk apa ni?"tanya Haura pelik. Rafqi tersengih.

"Untuk kita makan. Lagipun lepas ni, doktor nak jumpa puan dengan adik Syahriz. Nanti jangan lupa pergi."pesan Rafqi. Sempat lagi dia menyakat tuannya. Syahriz memandang Rafqi tajam. Wah, pandai betul sekarang eh. Kecik besar saja aku pandang lelaki itu.

Haura tersenyum kekok. Adik Syahriz? Macam comel saja bunyinya.

"Oh, duduk lah dulu. Saya nak kemas beg sekejap"balas Haura seraya dia bangun dari duduk. Rafqi menganggukkan kepalanya. Lantas dia duduk bersebelahan dengan Syahriz yang daripada tadi memandangnya dengan pandangan maut. Tapi dia kisah apa. Dia kan ada Haura. Pasti Haura akan marah lelaki itu nanti.

"Mati kau lepasni"bisik Syahriz. Rafqi mengekek ketawa. Ada aku kisah?

"Comelnya, adik ni. Ni abang ada bawa ayam goreng. Adik suka tak?"tanya Rafqi. Nada suaranya diubah seperti bercakap dengan budak. Syahriz merengus. Rambut lelaki itu ditarik kuat.

"Argh, sakit!" Jerit Rafqi apabila rambutnya ditarik. Dia cuba menolak tapi tidak berjaya. Haura terus menoleh ke belakang. Matanya terus membulat besar. Aih, budak ni nak kena ke?

"Syahriz, awak nak kena dengan saya ke?"kata Haura. Nada suaranya digarangkan. Serta merta Syahriz melepaskan rambut lelaki itu. Dia memandang wajah garang isterinya. Aduh, kena marah lah pula.

"Tak nak"balas Syahriz. Kepalanya ditunduk kebawah. Garang pula isteri dia ni.

"Habistu? Kenapa tarik rambut abang Raf?"tanya Haura. Syahriz tercengang.  Abang? Puih! Tak kena langsung! Memang jatuh maruah dia nanti.

"Dia cari pasal dulu. S-saya.."

"Minta maaf sekarang."pinta Haura. Sekali lagi Syahriz tercengang. Uih, lambat lagi dia nak buat. Rasa menyesal pula bila buat rancangan ni. Jujur, rancangan ini adalah paling bodoh dia pernah buat.

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن