BAB 52

1.7K 63 0
                                    

KAPTEN Naim menganggukkan kepalanya apabila mendengar apa yang dia baru saja dengar. Kepalanya menoleh ke arah kawannya. Airil terus menghembuskan nafas perlahan.

"Apa yang kita nak buat?"tanya Airil. Terasa bersalah pula dia setelah melihat keadaan isteri lelaki itu. Kapten Naim hanya melepaskan keluhan. Nak atau tidak dia perlu juga selesaikan tanggungjawab dia sebagai seorang polis. Lagipun, kegiatan jenayah lelaki itu sudah jelas lagi bersuluh semuanya angkara lelaki itu.

"Kita tunggu dia sampai dulu."balas Kapten Naim. Airil pula hanya mengangguk. Baiklah, dia harap ada sesuatu yang baik akan berlaku.

"Kalau ada maklumat aku akan bagitahu selanjutnya"kata Naim. Syahriz yang baru sampai di sana sudah tercengang. Apahal ada polis pula ni? Ada kes apa? Ke mereka nak tangkap dia?

"Rifqi, apa yang jadi?"tegur Syahriz dari belakang. Rifqi hanya melepaskan keluhan. Wajah keliru lelaki itu dipandang.

"Tuan selesaikan dengan mereka cara baik. Saya minta diri dulu ya tuan"pinta Rifqi. Lengan tuannya ditepuk sebelum menapak pergi. Syahriz hanya mengangguk perlahan. Hilang saja kelibat Rifqi dah Raisya, Syahriz terus menoleh ke arah Kapten Naim dan Airil. Nafasnya ditarik sebelum memulakan perbualan.

"Kau datang nak tangkap aku?"tanya Syahriz. Kapten Naim dan Airil terus mengelengkan kepalanya sebagai jawapan. Dengan hati yang lega, Syahriz terus mengangguk. Alhamdulillah, dia masih dikurniakan rezeki untuk menjaga Haura.

"Kami nak bincang sesuatu pasal DD."balas Kapten Naim. Lantas Syahriz mengerutkan keningnya. DD? Mereka sudah mahu jatuhkan DD ke? Tapi apa kena mengena dengan dia?

"Sebelum tu, boleh kita bincang dekat dalam? Aku nak duduk dengan isteri aku"pinta Syahriz. Kapten Naim hanya mengangguk. Kepalanya ditoleh ke arah Airil. Lelaki itu pun tidak ada masalah.

Tanpa melengahkan masa, lantas pintu bilik ward Haura ditolak. Syahriz tersenyum nipis. Dahi Haura dicium lembut sebelum meletakkan beg berwarna unggu itu di atas meja.

"Maaf, sebab aku bawa mereka masuk dalam ward ni. Jangan risau aku tak akan benarkan mereka tengok kau"bisik Syahriz. Langsir itu ditarik menutupi keliling katil itu. Selepas itu, Syahriz terus menapak ke arah sofa. Wajah lelaki itu dipandang.

"Maaf, aku tak suka lelaki lain tengok isteri aku. Jemputlah duduk"pelawa Syahriz. Lagipun, bilik ward ni luas. Rifqi sudah memindahkan Haura ke ward VVIP. Kaya betul. Kalah dia. Kapten Naim mengangguk faham. Dia faham. Sebagai lelaki, dia faham kenapa lelaki itu tidak benarkan jadi dia tidak kisah. Asalkan masalah ini dapat dibendung serta merta.

"Aku pun minta maaf sebab ganggu kau. Boleh kami tanya kau soalan?"tanya Naim. Syahriz hanya mengangguk sebagai jawapan. Lantas Naim menoleh ke arah Airil sebagai arahan. Tanpa melengahkan masa, sampul surat berwarna coklat dihulur kepada Syahriz. Syahriz hanya mengambil tanpa rasa ragu-ragu. Baru saja dia melihat sehelai gambar, matanya sudah terbeliak. Helaian yang lain diambil lalu dilihat.

"Kami tahu kau pernah jadi ketua DD dulu. Pada asalnya kami nak bawa kau bincang di balai tapi bila kami tahu kau ada niat untuk serah diri, aku terus batalkan niat aku. Sekarang ni aku cuma nak tahu, apa kegiatan kau dulu sebelum kau keluar dari DD?"Naim mula soal siasat. Manakala Airil sudah sedia memegang pen dan buku untuk mencatat isi penting. Syahriz menghembuskan nafas. Sampul surat itu diletakkan di atas meja sebelum menoleh ke arah kedua orang lelaki tersebut.

"Aku cuma memproses senjata api dan air minuman keras. Itu je kerja yang aku buat dulu"balas Syahriz. Naim mengangguk kepalanya.

"Kau ada buka apa-apa yang melibatkan ekonomi?"soalan seterusnya dilontar. Syahriz hanya mengangguk.

"Aku ada buka 5 pusat beli belah. 10 pusat penghiburan kelab malam dekat Malaysia."balas Syahriz. Airil terus mencatat apa yang dikatakan. Selepas itu, dia terus menoleh ke arah Naim. Naim hanya membuat isyarat mata supaya bersabar.

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now