BAB 2

4.4K 153 0
                                    

BERKERUT kening Adelia dan Fayyad mendengar gadis itu meminta maaf. Gadis itu ada buat salah ke?

"Cik, kenapa minta maaf?"tanya Adelia lembut.

Dia memandang suaminya yang masih berwajah beku itu. Dia tahu lelaki itu tidak suka bercakap dengan perempuan selain dari dirinya.

"S-saya menyusahkan awak dengan suami awak . Saya betul betul minta maaf" terang Haura.

Dia menundukkan kepalanya kebawah. Sudah seperti dia pula yang bersalah. Tetapi rasanya semua ini berpunca daripadanya. Jadi memang betulah dia yang bersalah.

"Kau ni gila ke atau otak kau hilang?"sinis Fayyad.

PAP!

Adelia terus menampar kuat belakang suaminya. Semakin hari memang lelaki itu makin kurang ajar.

"Aduh! Sakitlah Wife"kata Fayyad.

Berkerut keningnya memandang isterinya itu. Sudah seperti singa bunting. Sejak bila dia berkahwin dengan singa?

"Mulut tu jaga sikit eh,Wife cili mulut Hubby baru tahu" ugut Adelia. Sempat lagi dia menarik telinga suaminya.

Haura hanya tersenyum kekok. Dia rasa seperti menganggu masa mereka bermanja pula. Tangannya naik mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"Ermmm, s-saya minta diri dulu ye? M-maaf ganggu korang berdua"pamit Haura.

"Tahu pun. Ingatkan tak sedar lagi".sinis Fayyad.

PAP!

Tangan Adelia sekali lagi naik menampar belakang badan suaminya. Biar dia rasa! Mulut memang daripada dulu tidak terjaga.

"Maaf pasal suami saya cik. Kalau macam tu baiklah. Jangan lupa datang lagi ya?"kata Adelia dengan senyuman sambil tangannya mengosok belakang badan suaminya. Kesian pula melihat wajah lelaki itu seperti mahu menangis pula.

"Baiklah. Terima kasih. Saya pergi dulu ya?"kata Haura.

Dia membalas senyuman gadis itu. Baru sahaja dia mahu menapak pergi, tangannya ditarik oleh seseorang.

"Maaf kalau perbuatan saya ni tak sopan tapi kalau cik nak minta pertolongan lagi, cik boleh datang sini. Ini kad saya. Selamat berkenalan ye cik " kata Adelia sambil menghulurkan kad.

"Oh. Selamat berkenalan juga. Cik panggil saja saya Haura"balas Haura.

"Kalau macam tu panggil saya Adelia."kata gadis itu lagi.

"Oh baiklah Adelia. Saya pergi dulu ya. Kalau ada masa saya datang" kata Haura.Selepas itu, dia terus menapak pergi.

Keluar sahaja dari cafe itu dia terus mengeluh kasar. Hari ini adalah hari yang paling malang baginya. Satu per satu perkara buruk yang terjadi.

Entah apa pula perkara malang akan berlaku padanya nanti. Dia sendiri pun tidak tahu. Dia menapak ke hadapan perlahan lahan. Sudah seperti orang berputus asa dalam kehidupan rupanya sekarang.

Rambut yang diikat terus dilepaskan. Dia membetulkan sedikit rambutnya yang kusut. Selepas ini, dia akan berhadapan dengan kakaknya pula. Pasti gadis itu akan marah padanya nanti.

Tidak. Dia yakin dia akan dimarahi nanti. Salah dia juga kerana tidak mengikut kata kakaknya.

Penat sungguh dia harini. Sungguh dia sangat penat. Penat menahan malu. Penat dengan kerjanya. Lebih tepat lagi dia penat dengan dunia. Bilakah dia akan pergi dari dunia yang kejam ini?

Tetapi kalau dia pergi bagaimana dengan kakanya? Walaupun orang lain memandang gadis itu jijik tetapi bukan pada pandangannya. Baginya gadis itu adalah gadis yang paling suci sekali di dunia.

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Onde as histórias ganham vida. Descobre agora