BAB 64

1.9K 77 6
                                    

4 TAHUN KEMUDIAN.

LAJU kaki Syahriz menapak masuk ke dalam kelas tingkatan 3. Dia mengeluh perlahan. Dia terlambat pula masuk harini. Rotan yang dipegang dihempas kuat di atas meja guru. Masing-masing terus berlari menuju ke tempat duduk masing-masing. Cikgu Syahriz sudah sampai!

"Assalammualaikum"tegur Syahriz apabila semua tersenyum-senyum memandang ke arahnya.

"Walalaikummussalam Cikgu!"balas mereka serentak. Bacaan doa belajar dimulakan sebelum mereka mengaminkan beramai-ramai. Syahriz tersenyum. Dia memberikan arahan supaya muridnya duduk.

"Okay, sekarang semua buka buku teks. Yang tak ada buku teks pergi jalan itik dekat luar"arah Syahriz. Pen marker yang berada di atas meja guru diambil. Masing-masing mengeluh.

"Alah cikgu! Sekarang kan waktu pendidikan jasmani. Jom lah kita pj cikgu"bantah seorang murid. Syahriz terus mengecilkan bebola matanya. Eh, eh. Suka hati dia je nak mengarah aku. Suka hati aku lah nak buat apa pun. Aku cikgu kan!

"Pj, pj! Sampai bila kau nak pj? Belajar pun semua kelaut. Kalau macam tu bila kau nak pandai?"sindir Syahriz. Budak tak budak. Dia kisah apa? Murid lelaki itu mencebik.

"Yalah cikgu."murid lelaki itu mengaku kalah. Alah, setakat belajar pendidikan jasmani dengan kesihatan dapat apa saja?

"Ok harini kita akan belajar tajuk kekeluargaan. Apa yang kau faham pasal keluarga?"tanya Syahriz. Dia memandang ke arah anak muridnya semua mengangkat tangan laju.

"Ha kau"murid lelaki yang memakai baju sukan berwarna hijau dipilih.

"Kawin cikgu"

Syahriz terus mengerutkan kening. Kawin? Macam lari saja topik yang dia akan ajar nanti. Tapi jawapan itu menarik juga.

"Kenapa pilih jawapan tu?"Syahriz terus mengacukan soalan. Budak lelaki itu tersengih. Dia mengaru belakang kepalanya.

"Mestilah sebelum membina keluarga dulu kena kawin. Kalau kita tak kawin mesti kita tak akan ada keluarga."balas lelaki itu selamba. Syahriz terus mengangkat sebelah keningnya. Pulak. Logik tapi pemikiran cetek. Sama saja macam Rafqi.

"Habis kau tak ada keluarga? Baiklah, untuk membersihkan otak kau, tak semestinya perkahwinan dapat membina keluarga. Kawan rapat, orang yang terdekat dengan kita pun boleh dianggap keluarga. Tak kisahlah orang tu ada pertalian darah atau tidak. Mereka pun boleh dianggap keluarga juga. Jadi-"

KRING!

"Cikgu sekarang waktu balik!"jerit mereka beramai-ramai. Syahriz melepaskan nafas lega. Akhirnya.

"Okay tunggu apa lagi. Berambus lah"usik Syahriz. Masing-masing ketawa. Mereka mengucapkan terima kasih dahulu sebelum pergi. Ada di kalangan mereka menyalami tangan Syahriz dahulu sebelum keluar dari kelas. Hilang saja kelibat anak muridnya, Syahriz melepaskan keluhan. Buku teksnya diambil sebelum keluar. Tidak lupa juga untuk menutup suis kipas yang masih berputar.

Setelah keluar saja, telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Tanpa ragu-ragu dia terus menjawab panggilan tersebut.

"Daddy!"suara comel anaknya kedengaran di corong telinga. Syahriz terus tersenyum.

"Yes Mayah. Kenapa ni sayang?"tanya Syahriz. Langkah Syahriz terhenti di hadapan tangga. Senyuman tidak pudar di bibir. Rindu betul dia dengan semua si kecil dia.

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now