BAB 63

1.9K 66 1
                                    

KAPTEN Naim mengerutkan keningnya. Di earbugnya terdengar macam-macam bunyi. Ada bunyi percikan darah, bunyi tembakan, ada juga dia terdengar bunyi seperti orang menjerit. Entah apa lah yang Syahriz buat. Pasti lelaki itu buat sesuatu yang berada di luar jangkaan ni. Haih, tak apa lah.

"Kapten, ada satu pintu yang tak boleh buka. Saya dah cuba buka guna kata laluan tapi tak boleh."kata salah seorang daripada ahli kumpulannya. Lantas Kapten Naim menoleh ke arah lelaki itu. Kakinya terus menapak ke pintu tersebut. Kata laluan yang Syahriz beri diletakkan namun kata laluan itu salah. Ini pasti kata laluan di pintu ini sudah berubah.

"Airil, pintu dekat sini tak boleh buka lah. Cuba kau cari kata laluan pintu ni"arah Kapten Naim. Dia menoleh ke arah CCTV di atas kepalanya. Tangannya melambai-lambai. Lagipun dia tahu lelaki itu nampak dia.

" Kata laluan untuk pintu tu 5677. " suara Airil kedengaran di earbug. Tanpa membuang masa, lantas Kapten Naim mencuba kata laluan tersebut. Tapi kali ini kata laluan itu betul. Bangga diri sekejap. Buka saja pintu itu, semua tergamam.

"S-syahriz..."panggil Kapten Naim lemah. Pandangannya daripada tadi tidak teralih melihat suasana itu. Adakah mereka sudah terlambat?

"Apa! "Suara Syahriz kedengaran. Nafas lelaki itu dapat didengar. Kasar saja bunyinya. Mungkin baru saja selesai berlawan.

"Kami dah jumpa Rafqi tapi kau fokus cari ketua DD sementara kami tengah cari cara untuk bawa Raf keluar. Kau jangan risau, Rafqi masih bernyawa cuma keadaan dia lemah sekarang"arah Kapten Naim. Dia berharap sangat yang lelaki itu ikut arahan dia. Kalau tidak pasti misi akan gagal lagi.

Syahriz melepaskan keluhan berat. Di sekelilingnya dilihat. Sudah seperti medan perang. Darah merata tempat. Mayat berterabur di sana sini.Tangannya yang luka dilihat. Nampak macam dalam saja tapi tak apa lah dia sudah biasa. Topeng muka yang masih elok diambil lalu dipakai.

"Baik, aku akan ikut arahan kau"kata Syahriz setelah dia berfikir panjang. Lagipun, hatinya sudah lega sedikit. Rafqi sudah diselamatkan. Jadi satu tugasnya sudah selesai.Kapten Naim mengangguk kepalanya. Langsung pandangannya teralih ke arah Rafqi yang sudah terkulai lemah.

"Farhan, kau tolong aku lepaskan Raf.  Yang lain tolong cover kami"arah Kapten Naim. Masing-masing bertindak mengikut arahan. Lantas Kapten Naim menuju ke arah Rafqi. Rantai yang mengikat di tangan lelaki itu ditilik.

"N-naim, pergi sekarang"arah Rafqi terketar-ketar. Tangannya menolak tubuh lelaki itu. Mereka tidak boleh ada di sini sekarang. Bahaya.

"Kita akan gerak sama-sama Raf. Aku tak akan tinggalkan kau dekat sini"balas Kapten Naim. Rantai di kaki Rafqi dikerat menggunakan alatan yang sesuai. Begitu juga dengan tangan lelaki itu. Agak sukar dia mahu lakukan namun dia paksa juga. Kalau tidak mereka tidak akan berjaya keluar nanti. Lantas Rafqi mencengkam tangan Kapten Naim kuat. Tolong lah dengar kata dia. Sekali aje. Itu pun sudah cukup.

"Kau tak boleh ada di sini. Bawa semua keluar sekarang. Kau akan mati kalau kau masih ada dekat sini. Tolong de-"

BAM!

Tubuh seseorang ditendang kuat sehingga terdorong kebelakang. Lantas Kapten Naim menoleh ke arah bunyi tersebut. Matanya terbutang.

"Kau tak rasa ke kau datang sini semata-mata untuk selamatkan budak ni buang masa?"sinis lelaki bertopeng itu. Dia menapak perlahan-lahan ke arah mereka. Tangannya masih setia memegang pedang katananya. Kapten Naim melepaskan hembusan perlahan. Wajah Farhan dipandang.

"Kau uruskan dia sementara aku cuba hentikan lelaki bertopeng tu"arah Kapten Naim sambil bangun dari melutut. Tangannya sudah bersedia memegang pistol.Farhan mengangguk. Kerjanya diteruskan. Walaupun tangannya sudah mengigil. Menyesal pun ada juga.

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now