"Eiii, daddy tak malu minta kiss dekat mummy. Shah pun nak jugak!"Shah menyelit perbualan antara mummy dan daddynya. Syahriz mencebik. Suka hati dia lah. Haura kan dia punya?

"Tak boyeh. Mummy daddy punya"kata Syahriz. Tidak mahu kalah dengan anaknya. Shah terus mengerutkan keningnya. Wajahnya dibuat garang. Mana boyeh! Mummy dia punya juga!

"Ish, Daddy ni! Mummy pun Shah punye! Daddy ni sibuk je"bidas Shah. Dia terus berpeluk tubuh. Pandangannya dialih ke arah lain. Serupa mengajuk. Syahriz terus berdecis. Mummy awak tu daddy punya lah. Dari zaman jahiliah lagi daddy dah culik mummy awak tahu?

"Daddy tak kira. Mummy daddy punya!"Syahriz tidak mahu kalah. Wajah anaknya dipandang tajam. Shah pun apatah lagi dia membalas renungan tajam itu. Ingat daddy seorang saja ganas? Shah pun ganas juga tau!

"Ishhh, mummy!  Tengok daddy tu!"Shah mengadu. Wajahnya dibuat-buat sedih. Air mata sudah bertakung di kelopak mata. Syahriz menjelirkan lidahnya. Mummy awak tu hari-hari tengok daddy. Heh!

"Sudah-sudahlah tu. Twins jom naik kereta. Daddy dengan mummy kau tu sampai esok pun tak gerak nanti."sampuk Rafqi. Dia pun sudah malas melihat drama antara ayah dengan anak. Dua-dua tak reti mengalah. Sama lah tu perangai. Anak borek bapak rimau.

"Okay uncle!"setuju terus adik-beradik kembar itu. Sebelum mereka bergerak ke arah kereta, tangan mummy dah daddynya disalam. Sempat lagi Shah menumbuk perut Syahriz menggunakan tangan tembamnya. Yaa! Rasakan!

"Aduh! Bertuah punya anak"rengus Syahriz perlahan. Perutnya diusap. Haish, dapat anak macam ni susah betul.

"Bye mummy, daddy! Jangan noty-noty tau!"pesan mereka sebelum berlari terkedek-kedek menuju ke arah Rafqi. Sempat lagi mereka melambai-lambai. Haura tersenyum kecil. Alahai, baru berapa minit dia dah mula rindu. Sumaiyah masih setia memeluk kaki Syahriz. Lagipun, Sumaiyah kan cinta hati Syahriz Dani.

"Dah jom sarapan love. Aku dah lapar ni. Jangan kau pula yang jadi sarapan aku sudah"kata Syahriz sambil mendukung anak daranya. Sempat lagi buat perangai gatal dia tu. Haura mengecilkan bebola matanya. Ish, suka hati dia lah nak makan bila.

"Awak! Nanti Sumaiyah dengar!"
































































DOKTOR Syahidah tersenyum melihat sepasang suami isteri itu. Dia menghembuskan nafas perlahan. Wajah comel Sumaiyah dilihat.

"Macam mana dengan anak? Ada perkembangan pada mereka?"soalan dituju. Haura tersenyum. Sangat banyak perkembangan.

"Alhamdulillah, diorang sihat. Cuma diorang masih bergantung pada vitamin lagi"balas Haura. Doktor Syahidah mengangguk faham. Selepas itu, dia menoleh ke arah Syahriz.

"Puan macam mana?"soalan dituju kepada Syahriz.

"Dia baik saja doktor. Kenapa?"tanya Syahriz pelik. Tak akan lah Haura tak sihat lagi kut. Doktor Syahidah tersenyum kecil. Dia menoleh ke arah dokumen pesakit.

"Ermm, boleh saya tanya. Maaf ini soalan yang agak sensitif sikit."kata doktor Syahidah. Haura dan Syahriz hanya mengangguk. Kalau melibatkan kesihatan buat apa mereka nak malu kan? Sumaiyah hanya diam menikmati coklat berbentuk gajahnya. Jadi semalam ini, yang meminati gajah bukan Haura tapi si kecil ni. Pantang betul nampak gajah. Pasti nak menjerit. Dia pun tidak tahu kenapa.

"Tak apa. Doktor tanya saja lah saya ok aje"balas Syahriz selamba. Haura hanya tersenyum. Dia pun tidak tahu nak cakap apa. Jadi dia diam sajalah. Doktor Syahidah mengangguk faham.

"Bila kali terakhir puan dengan encik bersama?"

Haura terus mengangkat keningnya. Ya Allah. Soalan apa ni?

"Semalam doktor. Kenapa? Isteri saya dah mengandung ke?"tanya Syahriz selamba. Siap tersenyum lagi. Haura pula sudah tergamam. Pipinya merona merah. Astagfirullah. Suami siapa ni? Menyesal pula dia datang sini!

"Kemungkinan besar boleh mengandung sebab rahim puan subur jadi saya nasihatkan puan kena jaga kesihatan dari sekarang."balas Doktor Syahidah. Syahriz mengangguk faham. Baiklah, dia perlu pantau Haura dari sekarang. Sumaiyah yang terpinga-pinga mengaru kepalanya. Coklat gajah yang berada di tangannya diabaikan.

"Doter..."panggil Sumaiyah meleret. Doktor Syahidah tersenyum. Dia menjawab panggilan si kecil itu.

"Bercame tu macam daddy dengan mummy buat adik kan?"polos wajah Sumaiyah bertanya. Lantas Haura tersentak. Pipinya sudah bertukar merah padam. Ya Allah! Kenapa semuanya jadi macam ni? Doktor Syahidah ketawa kekok. Dia memandang wajah Haura dan Syahriz bergilir ganti.

"Err. Mayah, jangan menyampuk sayang. Nanti mummy tinggal you dekat sini"bisik Haura. Sumaiyah tersengih. Mulutnya ditekup. Opss! Sorry mummy!

"Okies mummy. I corry"bisik Sumaiyah. Sempat lagi dia tersengih memandang wajah mummynya. Nanti mummy majok lagi siapa nak pujuk?

"Tak apa Mayah. Nanti daddy bagi dekat you okay?"bisik Syahriz. Haura terus memandang wajah Syahriz tajam. Wah, wah. Memang nak kena ni!

"Awak!"

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now